Selamat Jalan Kiddo!
Selepas menghantar anak-anak ke sekolah pagi semalam. Saya mengambil keputusan untuk berjoging sebentar di PUJ. Jika berjoging di kawasan rumah waktu itu sudah lewat pagi. Matahari sudah memancar kan sinarnya. Kulit sekarang semakin sensitif terhadapa kesan sinaran cahaya UV. Semakin rajin lah saya menyapu sunscreen di muka.Semoga flawless hendaknya!
Sejurus sampai di rumah, jiran uncle Chinese memanggil saya. Kata tuturnya tidak berapa jelas dek kerana giginya yang sudah banyak tanggal. Begitulah faktor usia dalam kehidupan.
Dia memberitahu, kucing berwarna putih mati. Saya agak terkejut kerana waktu itu, kucing lain yang berwarna putih oren ada di sebelah sedang asyik menggesel-geselkan badannya ke kaki saya. Godzil namanya.
Saya hampir terlupa, uncle pernah memberitahu Uwais bahawa dia ada masalah penglihatan. Rabun katanya. Memang benar, semalam dia memakai cermin warna hitam kerana mata sebelahnya baru sahaja menjalani pembedahan.
Apabila dia melihat saya seperti tidak percaya. Dia menambah ayat " kucing yang Uwan ( panggilan dia kepada Uwais ) sangat suka!
Dalam hati saya -
"Ya Allah! Kiddo ke? "
Menurut uncle, dia baharu sahaja menjumpai mayat Kiddo di hadapan keretanya di bawah payung-payung. ( Satu perkara yang memang akan dilakukan oleh uncle adalah dengan meletakkan beberapa kaki payung sebagai melindungi kereta nya dari terkena hujan / pancaran sinaran matahari. Oh! ini telahan saya sahaja ).
Ada pendarahan di bahagian leher Kiddo. Katanya, dia cuba memanggil suami saya dari luar tetapi mungkin ketika juga suami saya berada di tandas atau di bilik atas. Suara uncle pun kadang-kadang perlahan. Tak berapa jelas untuk tembus masuk ke dalam rumah. Lainlah kalau kami semua bertelinga lintah.
Uncle meletakkan Kiddo ke dalam plastik dan mencuci darah yang ada di atas lantai simen kawasan garaj kereta. Mayat Kiddo yang sudah ada di dalam plastik cuba saya perhatikan. Luluh nya hati melihat keaddan Kiddo. Saya tak mampu nak melihat dengan jelas lagi. Cukup lah setakat itu sahaja. Mata sudah berkaca-kaca.
Saya membantu uncle memasukkan mayat Kiddo ke dalam beberapa plastik lagi. Masuk ke dalam rumah saya memberitahu Hannah dan suami. Semua pun terkejut. Tersentak dengan berita pemergian Kiddo yang secara tiba-tiba.
Saya terfikir, mungkin Kiddo dilanggar ataupun termakan sesuatu yang beracun. Ntahlah. Tetapi dia sempat berjalan menuju ke rumah uncle. Mungkin tahu, ajalnya sudah hampir dan kami semua tidak berteka-teki dengan kehilangannya nanti.
Cabaran paling besar buat saya adalah tidak pasti bagaimana mahu menyampaikan berita ini kepada Umair dan Uwais. Takkan mahu disimpan sahaja. Lama-kelamaan mereka pasti akan tahu juga.
Bercakaplah benar walaupun pahit.
Satu perkara yang saya belajar semalam. Sebagai seorang ibu atau dewasa, saya kira saya perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik. Lagi cepat diberitahu, lagi cepat kesedihan berlalu.
Dalam perjalanan untuk mengambil mereka di sekolah, saya singgah di 7-Eleven yang berhampiran. Ini kerana dua hari yang lepas saya sudah berjanji untuk membeli slurpee kepada mereka. Janji perlu dipatuhi.
Masuk sahaja mereka di dalam kereta, Saya membuka mukadimah.
" Mama ada berita sedih nak bagitahu. Harap semua bersabar"
"Kiddo dah mati"
Sesaat selepas itu, Uwais meraung sekuat hati. Merah padam muka dia, teresak-esak menangis. Allahu...
Saya terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan dan memujuk sebentar.
Kami semua menangis melayan perasaan. Saya cuba memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak.
.
.
.
.
Pemanduan yang sunyi dan suasana muram. Saya cuba mengajak si abang yang duduk di sebelah untuk berborak. Tetapi saya tahu, ianya hambar dan dibuat-buat. Adik masih meraung di tempat duduk belakang.
Semoga Kiddo tenang di sana. Terima kasih ALLAH kerana memberikan pinjaman kasih - sayang kepada kami semua. Kami belajar menyantuni haiwan. Semoga kami lebih menghargai apa yang ada di sekeliling.
Ajal dan maut itu pasti. Tidak terlewat atau awal walau sesaat. Semoga anak-anak kami juga lulus menghadapi ujian yang satu ini. Anak-anak terutama Uwais masih mengambil masa untuk menstabilkan emosinya. Semoga kesedihannya diangkat dan ALLAH gantikan dengan seuatu yang lebih baik.
Selamat jalan Kiddo!
You are going to be missed forever!
1 comments
bersih je dia, bila kita bela kucing kalau dia mati...sedih tu tak terucap...
ReplyDeletedana dah pernah kematian 3 ekor kucing, kadang bila kita nak sebut nama dia air mata otomatik menitis, terus terkenang keletahnya...biar pun dia kucing yg nakal tapi mesti selalu ada yang buat kita gembira tengok keletahnya
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.