Simpan emas pada usia 40-an dengan Public Gold
Walaupun usia kita sudah mencecah angka '4 series' tidaklah menjadi kerugian sekiranya kita baru berjinak menyimpan emas. Seiring la dengan gelaran usia 'warga emas' lalu saya pun mula menyimpan emas. 😆
Simpanan atau pelaburan adalah suatu perjalanan yang panjang. Sama seperti penjagaan kesihatan. Ianya suatu perjuangan dan perjalanan yang ada jatuh dan bangunnya.
Apa yang pasti, jika kedua-duanya diamalkan dengan ilmu InshaALLAH akan memberikan pulangan yang cukup baik.
Kenapa saya menyimpan emas?
1) Hasil pembacaan beberapa buku penulisan Tuan Shamsuddin Kadir yang bertajuk :
a) Cash flow untuk keluarga
b) Makan Gaji Tetapi Kaya
c) Cash flow untuk wanita
Kesemua buku ini menyebabkan saya tersedar bahawa betapa pentingnya untuk seseorang itu mempunyai sejumlah emas di tangan.
2) Untuk penambahan keuntungan dalam pelaburan
Dalam buku-buku tersebut penulis ada memberitahu bahawa "Don't put eggs in one basket" . Jika bakul itu terjatuh, habis pecah kesemua telur tersebut. Begitulah juga dengan wang yang kita ada. Ianya patut disimpan dan dilaburkan di pelbagai tempat kerana setiap pelaburan itu mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Saya sudah ada beberapa pelaburan kecuali Emas.
3) Untuk berkongsi ilmu dengan kawan-kawan yang senasib
Saya mengaku bahawa saya agak menyesal kerana baru tersedar tentang kepentingan memiliki emas. Tahniah buat anak-anak muda yang sudah mula menyimpan emas. Untuk saya dan rakan-rakan yang senasib, usah dikenang perkara yang lepas. Terus pandang ke hadapan dan tetapkan impian.
Seronok sebenarnya apabila kita sudah ada ilmu baru yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain. Moga ianya menjadi pahala yang mengalir buat saya kelak.
4) Beri kesedaran awal kepada anak-anak
Buat pengetahuan semua, saya sudah pun mula menyimpan di Public Gold melalui EPP ( Easy Purchase Payment ) dan akaun GAP ( Gold Accumulative Purchase)untuk anak-anak dengan pembelian serendah RM100. InshaALLAH, apabila saya sudah mendapat emas di tangan akan saya kongsikan di sini.
Alhamdulillah, tahun ini kita semua dapat ziarah menziarahi pada hari raya. Jadi, dapatlah anak-anak duit raya. Walaupun tak seberapa jumlahnya, itu tak penting. Apa yang lebih bermakna apabila kita dapat menyimpan berapa banyak duit tersebut di tempat yang mendatangkan keuntungan pada kemudian hari.
Jika kawan-kawan mahu belajar menyimpan dengan saya, jangan segan dan malu untuk bertanya ya! Boleh klik di sini : bimbingan beli emas.
5) Pengeluaran khas RM10K KWSP
Bukan selalu kerajaan membenarkan kita mengeluarkan wang simpanan KWSP RM10K. Kita pun tidak tahu bila lagi peluang begini akan tiba. Apapun, kembali kepada maksud asal KWSP tersebut. Ianya merupakan dana persaraan terutama kakitangan syarikat swasta. Apabila kita sudah tidak bekerja nanti, duit itulah yang akan kita gunakan. Kecuali kita ada pendapat pasif yang lain seperti rumah yang disewakan atau hasil hartanah yang lain.
Saya mengambil keputusan untuk menukarkan RM10K tersebut dengan membeli emas dengan Public Gold dan terus mendaftar menjadi normal dealer bersama Public Gold. InshaALLAH, dengan pembelian emas ini saya yakin, ianya dapat ditukarkan menjadi satu harta simpanan berharga buat saya di kemudian hari nanti.
Apatah lagi, dengan inflasi setiap tahun saya andaikan bahawa mat wang ringgit kita akan susut nilainya. Berbanding jika ditukarkan RM10K tersebut dengan emas.
Beli emas menyesal, tak beli emas lagi menyesal!
1 comments
Pelaburan jangka panjang yang menguntungkan
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.