Kelebihan dinar atau jongkong emas dijadikan sebagai hantaran kahwin.

By Friday, June 17, 2022 , ,

 

Ada beberapa kelebihan jika pasangan pengantin memilih untuk menjadi dinar atau jongkong emas sebagai hantaran kahwin. 

1) Emas mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi. Ianya akan menyebabkan rasa sayang yang lebih berbanding nilai pada wang kertas. 

2) Apabila kita mempunyai kesan emosi yang mendalam pada dinar atau jongkong emas. Ini akan menyebabkan 'kekayaan' kita bertahan lebih lama. Jika wang kertas yang digunakan, kita akan 'menariknya' sedikit demi sedikit dan tanpa sedar duit itu habis dibelanjakan. 

3) Nilai emas akan terus kekal mahal sepanjang zaman kerana ianya kalis inflasi. Tambahan pula ianya adalah kenangan manis dalam hidup seseorang. Sudah pasti kedua-dua penyebab ini menyumbang faktor bahawa dinar emas adalah simbolik cinta sepanjang zaman.

4) Sesetengah ibu-bapa pengantin perempuan akan menyalahgunakan duit hantaran yang diberikan oleh menantu mereka kepada anak perempuannya. Mungkin tidak diambil kesemuanya tetapi jika duit hantaran kertas tersebut digantikan dengan dinar atau jongkong emas, maka kurang lah risiko ianya akan disalahgunakan.

Apa nak buat dengan dinar atau jongkong emas itu?

Wanita yang bijak dan waras adalah wanita yang mampu memikirkan dan membuat persediaan awal sekiranya dia diceraikan atau suami nya meninggal dunia. Lelaki yang bertanggungjawab pula adalah mereka yang memikirkan masa depan isteri dan anak-anak yang bakal ditinggalkan sekiranya dia menceraikan atau meninggal dunia lebih awal.

Dinar atau jongkong emas yang diterima oleh isteri, boleh ditukarkan menjadi wang untuk pembayaran muka bagi memiliki rumah atas namanya seorang. Ianya sebagai langkah dan persediaan awal untuk masa hadapan dirinya dan anak-anak jika ada perkara buruk yang berlaku . Pepatah Melyu mengatakan "Sediakan payung sebelum hujan" dan "malang juga tidak berbau"

Strategi simpan emas untuk kahwin

Bagi lelaki yang masih belajar di universiti, usahakan untuk menyimpan serendah RM100 sebulan bagi pembelian emas. Cuba buat business di universiti. Jika sudah bekerja dan gaji bulanan RM2800 ke atas simpan secara displin. Cuba peruntukkan dalam Rm1200-Rm1500 sebulan untuk target 5 gram sebulan. Ini hanya cadangan sahaja kerana perlu lihat kepada komitmen lain.

Pada tahun 2006, wang hantaran kahwin saya adalah RM10,000. Cuma ketika itu, tiada ilmu kewangan dan emas. Jadi duit itu memang digunakan oleh keluarga untuk belanja kenduri. Cuma tidaklah semuanya digunakan. Rasa rugi pula tak tulis di mana-mana tentang pencirian perbelanjaan duit hantaran kahwin itu.

Jadi saya andaikan lagi tiga tahun,sekurang-kurangnya perlu ada RM30 untuk melangsungkan perkahwinan. Perlu masuk kan juga inflasi yang berlaku setiap tahun dalam 2%-3%.

Katalah target untuk berkahwin lagi tiga tahun. Setahun perlu kumpul dalam RM10K. Sebulan pula perlu ada dalam RM800.00. Seminggu perlu ada 210.00. Sehari perlu paksa diri untuk menabung lebih kurang dalam RM28.00 -RM30.00 .

Boleh juga cuba buat teknik menabung 'si hijau, si merah atau si oren'. Setiap hari selepas solat subuh, masukkan 'si hijau' ke dalam tabung emas. Cukup sebulan dapat RM150. Kalau nak lebih cepat mungkin boleh guna 'si merah'. 

Tukarkan wang tersebut dengan emas. Dengan menggunakan akaun GAP Public Gold, kita boleh menukarkan RM30K tersebut dengan jumlah gram mengikut harga emas semasa. 

Apapun bincang dahulu samada pihak pengantin perempuan bersetuju dengan jumlah dinar ataupun jumlah duit.

Jika bersetuju dengan jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis akad nikah akan berlangsung enam bulan lagi. Tetapi, jika setuju dengan nilai duit tetapi dinilaikan kepada dinar, sebaiknya belilah pada waktu yang hampir dengan majlis pernikahan supaya tidak berlaku perbezaan yang ketara antara harga dinar dan nilai duit yang dipersetujui. Ini kerana harga emas ada perubahan turun dan naik. 

*Idea penulisan diolah dan diambil dari hasil pembacaan buku-buku di bawah :

 



You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.