Pengalaman "Relaxing Full Body Massage" di INAI - Muslimah Spa

By Monday, June 13, 2022 ,

 

Setelah bertahun-tahun lamanya saya tidak berurut. Hari ini, saya mencuba perkhidmatan "Relaxing Massage" dari INAI Muslimah Spa. 

Antara salah satu sebab kenapa saya mahu berurut adalah mahu melengkapkan cabaran Bukan Soal Kurus yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Nanti saya boleh pangkah kotak "Get a massage"

Suatu ketika dahulu, saya pernah mengalami pengalaman berurut yang tidak memuaskan. Apa yang saya ingat adalah, pekerja di situ membuat andaian yang karut marut ketika sesi urut sedang dijalankan. Tiada istilah 'relaxing' yang saya alami.

Kemudian, saya mencuba perkhidmatan urut servis ke rumah. Keesokan harinya, saya terasa sengal-sengal dan sakit satu badan. Agak kuat juga dia mengurut. Salah saya sendiri juga kerana saya tidak beritahu untuk dia perlahankan urutannya.

Saya berehat dahulu daripada menjalani sebarang sesi urutan sehingga lah ke hari ini saya baru berani mencuba.

INAI Muslimah Spa menawarkan pelbagi perkhidmatan rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Terdapat juga pakej untuk pengantin, ibu yang baru melahirkan anak dan juga orang biasa.

Sampai sahaja di muka pintu spa, saya disambut mesra oleh pekerja di situ. Suasana yang berlatarkan muzik bali, aroma segar dari "essential oil" menyebabkan rasa fikiran begitu tenang. 

Walaupun ada pelbagai pakej yang ditawarkan, saya hanya memilih untuk berurut satu badan sahaja. Ini kerana, saya perlu bergegas keluar mengambil anak-anak pulang dari sekolah. 

Sebelum sesi urut dimulakan, saya diberi minum secawan air kosong dan diberikan sehelai kain batik lepas untuk dipakai ketika sesi urutan dijalankan.

Sesi urutan berjalan hampir sejam. Pekerja memang sangat profesional. Sepanjang sesi urut dijalankan, memang dia tidak bercakap langsung. Urutannya pun tidak terlalu kuat atau perlahan. 

P/S : Sila beritahu jika kita tidak selesa dengan tahap kekuatan urutan yang dilakukan.

Urutan dimulakan dari bahagian belakang badan dan diakhiri dengan bahagian hadapan badan. Sungguh terasa sekejap benar masa berlalu. Saya terlelap dan hanya tersedar apabila pekerja tersebut memberitahu yang sesi urut sudah selesai.

Setelah selesai berurut

INAI Spa. Hanya untuk perempuan sahaja.
Harga untuk Full Body Massage - RM100. Bayaran boleh dibuat secara tunai ataupun dalam talian dan juga menggunakan aplikasi lain seperti Maybank2u.

InshaALLAH, nanti ada rezeki dan panjang umur saya akan cuba rawatan muka pula.

Sesiapa yang berminat boleh cari lokasi di bawah ini ya :

B-4-1 Jalan PP25 Putra Walk, 

Pusat Bandar Putra Permai, 

43300 Seri Kembangan, Selangor

Terima kasih INAI Spa!
 



You Might Also Like

3 comments

  1. bila penat keje..mmg suka pi spa urut2 bdn..relax2..mmg sblum urut dh bgtau jgn urut kuat2..so tkde la sakit2 sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? sebenarnya bukan selalu pun pergi massage. Ikut budget gitu.

      Delete
  2. WOW! Bestnya. saya pun dah lama sangat tak pergi spa. Nak pergi jugak nanti kalau ada kesempatan

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.