Malaysia Darul Suplemen?

By Saturday, June 11, 2022

Dokumentari yang berdurasi hampir 47 minit oleh pihak CNA ( Channel News Asia)  ini membongkar tentang lambakan segala jenis jenama produk kelangsingan, kecantikan dan kesihatan yang ada di Malaysia.
 
 

Bagaimana rakyat Malaysia yang masih ramai tertipu dengan mengambil produk-produk yang kononnya mampu memberikan kepuasan kepada pengguna.

Untuk pemasaran dalam talian, ada sesetengah syarikat yang menggunakan perkhidmatan cybertroopers. Mereka dibayar mengikut cas tertentu. Satu like bersamaan dengan 10 sen. Mungkin kadar bayarannya berlainan mengikut  KPI syarikat masing-masing. Apa yang pasti, cybertroopers akan bekerja keras untuk memastikan produk itu berada pada tangga teratas sehingga mampu dilihat oleh netizen.

Hebat tak hebat strategi pemasaran mereka ini kan?

CNA ( Channel News Asia) juga menemubual beberapa mangsa produk suplemen langsing / sihat. Seorang pengguna yang dikenali sebagai Fauzi mengakui selepas bersarapan nasi lemak atau roti canai dia akan mengambil produk kurus yang bernama Choco Fit.

Dia juga tidak menjamah sebarang makanan sehinggalah waktu malam.  Hanya air kosong sahaja yang menjadi peneman setia. Dan hasilnya?  Fauzi turun 5-6 kilo dalam masa 3 bulan! 

Sehingga lah pada suatu hari, Fauzi diserang sakit kepala yang melampau dan  gastrik. Apabila dia memberitahu masalahnya kepada seorang artis yang bertanggungjawab ke atas produk tersebut, jawapannya adalah supaya Fauzi berhenti dari ambil produk tersebut jika sakit kepala atau gastrik datang menyerang. 

Selepas  hilang rasa sakit tersebut, boleh minum kembali Choco Fit seperti biasa. Walaupun Fauzi sendiri berasa tidak sedap hati dengan nasihat yang diberikan. Dia tetap meneruskan pengambilan produk itu.

Akhirnya Fauzi disahkan mendapat pedih ulu hati. Kesan daripada kandungan guarana yang terdapat dalam Chocolate Fit itu. Guarana mengandungi unsur caffein yang jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan boleh menyebabkan GERD (gastroesophageal reflux disease) kepada pengguna. 

Akhirnya pada pertengahan tahun 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa produk Choco Fit telah disenaraikan sebagai produk terlarang kerana mengandungi kandungan racun berjadual yang dicampur palsu.

Tertarik dengan kata-kata Fauzi pada akhir temubual nya tentang keajaiban sesuatu produk tersebut : "If it's too good to be true, doesn't means it's true"

Saya juga setuju dengan apa yang dikatakan Dr Ahmad Tarmizi. Selain dari tindakan tegas pihak berkuasa, masyarakat juga mesti didedahkan dengan ilmu yang betul.

Selagi ada nya permintaan, selagi itulah pengeluar-pengeluar yang tidak bertanggungjawab ini akan menipu kita semua. 

Sesungguhnya, jalan untuk kurus dan sihat  itu memang tidak mudah. Ianya memerlukan ilmu yang betul dan perlu keluar dari zon selesa. Fahamilah fungsi hormon kita masing-masing. Allah S.W.T sudah menciptakan kita sebaik-baik kejadian. Bukan hanya dengan mengambil produk kurus ataupun losyen mustajab. 

Sebab nanti, bukan lelemak di perut yang mengalir. Tetapi, air mata kau yang mengalir  membasahi pipi. Duit dah habis tapi tak juga kurus perut itu.😂

Nasihat saya untuk kawan-kawan di luar sana. Berhati-hati dengan sebarang produk kelangsingan / kecatikan dan kesihatan. Boleh semak di laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/index.php/en/). Masukkan nama jenama ataupun no.pendaftaran.

Sesiapa yang mahu menonton dokumentari ini boleh lah klik pada link di bawah👇

https://youtu.be/6lnY7dV3g9k

Dan kalau sesiapa berminat untuk menyertai program Bukan Soal Kurus dengan bimbingan dan ilmu yang betul oleh Coach Kevin Zahri. Silakan klik pautan ini 👇

Bukan Soal Kurus




You Might Also Like

2 comments

  1. bukan kata ubat kurus pelbagai supliment yang gunakan artis sebagai jurucakap banyak je sekarang ni. Ramai je yang percaya dan beli yang untung kaya raya tentulah artis dan tokey produk tu.

    ReplyDelete
  2. OH! Baru tahu kaedah pemasaran sekarang ada yang guna khidmat cybertroopers untuk buat marketing. errmm

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.