Resepi Sihat Menggunakan Mission Mini Tortilla Wrap
Selain letak inti ke dalam Mission Mini wrap ini, saya juga gemar membuat menu seperti ala-ala pizza. Sangat mudah disediakan juga sesuai untuk dijadikan sarapan atau makan malam.
Bahan-baha untuk membuat pizza telur menggunakan Mission Mini Tortilla Wrap :
1) Sekeping Mission Mini tortilla wrap. Saya guna perisa seperti di bawah :
2) Dua biji telur ayam gred B.
3) Hirisan daun bawang / leek / lada benggala / cendawan shiitake dan bawang Holland yang didadu. ( Terpulang kepada citarasa masing-masing)
4) Garam
5) Lada putih atau hitam
6) Keju mozarella atau parmesan
6) Minyak zaitun untuk menumis
Cara-cara :
1) Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Kemudian, masukkan hirisan daun bawang / leek /lada benggala / dan bawang Holland yang sudah didadu.
2) Tambahkan sedikit garam dan serbuk lada putih atau hitam.
3) Kacau kesemuanya sehingga sebati.
4) Panaskan minyak di dalam kuali yang sesuai. Tumis dahulu hirisan cendawan bersama bawang Holland yang telah didadu sehingga bertukar warna perang. Kemudian, masukkan telur yang telah dicampur dengan bahan hirisan.
5) Apabila sudah separuh masak, letak tortilla wrap di atas telur tadi dan biarkan beberapa minit sehingga ia masak sepenuhnya.
6) Terbalikkan tortilla wrap. Tabur keju mozarella atau parmesan dan hiaskan dengan hirisan tomato ceri.
7) Siap untuk dihidangkan.
Nilai kalori :
Kalori sekeping mini tortilla wrap : 111kcal
Telur 2 biji yang digoreng : 280kcal
Sayur-sayuran : 50kcal
Jumlah kalori : 441kcal
Memang agak banyak juga kalorinya. Jadi, nasihat saya ada tiga cara untuk kurangkan pengambilan kalori. Antaranya :
1) Makan separuh dari saiz hidangan dan kongsi bersama suami / isteri atau anak-anak.
2) Kurangkan telur hanya menjadi satu sahaja.
3) Kurangkan minyak untuk menumis.
2 comments
mission wrap ni saiznya comel jer esp utk kanak-kanak kan
ReplyDeletedana pun suka buat mini pizza macam ni kak, cuma dana kadang boh bawang je atas dia pun dah best.... kalau ada keju Aiyan pun tak tolak
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.