Review Buku 'KURUS' oleh Kevin Zahri

By Friday, June 24, 2022

Selain buku-buku resepi, keagamaan, novel, motivasi dan kewangan. Saya katakan yang buku ini juga sudah masuk ke dalam senarai 'must have book' untuk semua orang yang mahu sihat dan kurus dengan ilmu yang betul.

Tajuk hadapan buku ini memang simple. 

KURUS

Sebenarnya saya dah lama teringin memiliki buku ini setelah menyertai program Bukan Soal Kurus (BSK) semenjak tahun lepas. Tetapi bertangguh disebabkan saya fikir ilmu kurus yang saya perolehi dari program BSK itu sudah memadai. 

Akhirnya saya buat keputusan untuk memiliki senaskah buku ini setelah memenangi tempat pertama KAHOOT untuk Cabaran Kurus 30 Hari "Syawal Edition"

Peserta yang memenangi KAHOOT ini akan mendapat gift voucher sebanyak RM50. Dalam erti kata lain, wang pendaftaran telah dikembalikan. Harga asal sekitar RM80-RM90. Tetapi, setelah saya menggunakan gift voucher tersebut, dapatlah harganya kurang menjadi sekitar RM30. 

Oh ya! kepada sesiapa peserta yang melengkapkan cabaran mereka. Wang pendaftaran akan dikembalikan. Jangan risau, ini bukan program scam. InshaALLAH, dengan ilmu yang betul, sokongan dari komuniti yang positif dan sama-sama berjuang untuk ke arah yang lebih sihat, anda akan dapat berat idaman. Kalau bukan penurunan berat sekalipun, ada banyak lagi faedah lain. Contoh ; pengurangan inci, meningkatkan stamina, lebih positif dan jumpa kenalan baru.

Buku ini berketebalan 400 muka surat ini mengandungi pelbagai kisah, panduan, nasihat, tips dan contoh senaman.

Penerangan tentang beberapa jenis diet juga ada dikongsikan di dalam buku ini. Setelah dibaca dan diteliti, konsepnya adalah kalori defisit. Bagaimana peranan 'air' dalam proses penurunan berat badan. 

Apakah hubungan antara air dan karbohidrat ? Patutlah kebanyakan kita akan hilang 2-4 kilogram ketika berpuasa sepanjang 30 hari pada bulan Ramadan tetapi akhirnya, ramai yang kembali ke berat asal.

Disamping setiap helaian muka surat yang dipenuhi dengan gambar-gambar yang menarik. Gaya penulisan juga bersahaja dan menghiburkan. Pun begitu, ianya sarat dengan fakta. Patutlah laku keras buku ni ya!

Selain ilmu asas pengiraan kalori badan yang diperlukan. Ada juga diselitkan jenis-jenis senaman yang boleh cuba di rumah. Ianya panduan bergambar tetapi secara jujurnya saya menggalakkan anda semua menyertai mana-mana kelas fitness yang mendapatkan bimbingan dari seorang coach.

Penting kerana kita tak tahu adakah postur senaman kita itu betul ataupun tidak. Postur senaman yang salah akan menyebabkan kecedaraan terhadap diri sendiri. Memang tidak berbaloi kerana cedera ketika bersenam. Daripada nak sihat, terus tak dapat berjalan sebulan. 

Sesiapa yang berminat boleh lah menyertai program 30 Hari Cabaran Kurus bersama Coach Kevin. Ianya baru sahaja berlangsung pada tiga hari yang lepas.

Beberapa helaian muka surat terakhir menceritakan serba sedikit tentang kisah pahit kehidupan Coach Kevin. Tujuannya bercerita adalah untuk kita semua tahu bahawa semua orang di atas muka bumi ini termasuklah Nabi Muhammad S.A.W menghadapi kisah-kisah sedih serta ujian yang  dapat dijadikan pedoman serta panduan untuk kita semua.

What doesn't kill you will make you stronger!

Sesiapa yang berminat untuk memiliki buku ini bolehlah terus pergi ke laman sesawang :  

https://shop.kevinzahri.com/collections/books-ebooks/products/kurus-book

Happy shopping!

p/s : Jangan lupa simpan resit untuk tujuan pengecualian cukai.

 

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.