Pengenalan Surah Al-Humazah oleh Ustaz Syahmi Syazeril Azmi

By Friday, October 21, 2022


Surah yang bermaksud Umpatan. Ianya diturunkan di Mekah ketika tahun ke-4 kenabian. Terdapat 9 ayat dan ayat pertama sahaja ada perkataan pengumpat dan pencela.

Pengumpat adalah mereka yang mengata seseorang tanpa pengetahuannya. Manakala, pencela adalah mereka yang mencaci dan mencela seseorang secara terang-terangan.

Surah ini diturunkan kepada Nabi S.A.W ketika fasa penyampaian dakwah baru bermula secara terang-terangan. Waktu itu, misi dan dakwah Nabi S.A.W mendapat tentangan yang sangat hebat daripada puak Quraisy.

Sedangkan ketika Nabi S.A.W belum dilantik menjadi Nabi, mereka sangat mempercayakan Nabi S.A.W. Ini kerana mereka tidak dapat menerima ajaran baru yang dibawa oleh Nabi S.A.W. Mereka sangat sukar untuk meninggalkan ajaran nenek moyang yang sudah sebati dari dahulu. 

Puak kafir Quraisy pada itu enggan mendengar dahulu apa yang cuba disampaikan oleh Nabi S.A.W. Apabila mereka enggan mendengar, maka banyaklah perkara fasad yang akan berlaku.

TEMA BESAR :

Apakah punca manusia mengumpat dan mencela?

Manusia yang suka mengumpul harta benda berlebih-lebihan ( boleh lihat ayat no.2 dalam surah Al-Humazah)  sehingga mereka berasa sangat berkuasa. Ini akan menyebabkan mereka berasa angkuh dan sombong.

Daripada rasa angkuh dan sombong inilah akan menyebabkan mereka hilang hormat dan sanggup mencela dan mengumpat orang yang lain kerana mereka berasa sangat gah dek kerana harta yang banyak itu.

Harta yang dimaksudkan adalah termasuk kebendaan seperti yang boleh dilihat termasuk anak-anak yang ramai.

Apabila  rasa angkuh dan sombong kerana harta yang banyak. Maka, Allah S.W.T memberitahu bahawa ada kemusnahan ataupun azab yang akan ditimpakan kelak di neraka. 

Jika dilihat beberapa surah lain sebelum-sebelumnya seperti Surah Al-Zalzalah, Al-Adiyat, Al-Qariah , At- Takathur dan Al-Asr. Ianya mempunyai tema yang berkait antara satu sama lain. 

Kata para ulama tafsir juga. Tidak ada lagi penjelasan yang lebih menakutkan tentang neraka melainkan surah ini. Walaupun ada surah-surah lain tentang ancaman mengenai neraka. 

Jadi, apa yang lain berbanding surah-surah lain ?

Dalam surah ini pada ayat no. 6

A006 Ianya membawa maksud "Api Allah"

Tiada yang dapat dibandingkan dengan sesuatu yang lebih hebat selain ini. Kebanyakan nya dalam surah lain, disebut "Nar in jahannam" api neraka jahannam.

Contoh lain :

Pada zaman Nabi Salleh A.S. Ada pelbagai jenis unta. Tetapi unta milik Nabi Salleh A.S adalah yang paling istimewa. Ianya disebut "Na qutullah" -------> Unta yang tiada bandingan. Susunya tidak pernah kering.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.