Lawatan NGO Bukan Soal Kurus Ke Sekolah Menengah Sunway

By Wednesday, October 19, 2022

Menyertai pertubuhan NGO adalah salah suatu perkara yang saya impikan semenjak saya berhenti bekerja. Ketika bekerjaya korporat dahulu saya ada menyertai aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh Persatiuan Isteri Kakitangan . Sempatlah juga beberapa kali menyumbang sesuatu kepada komuniti masyarakat. 

Apa yang seronoknya apabila menyertai aktiviti NGO ?

It's indescribable..

Suatu perasaan yang bahagia dan gembira apabila dapat meringankan atau pun menghulurkan bantuan tanpa dipaksa kepada mereka yang memerlukan. Ia ibarat selepas bersenam di mana hormon gembira iaitu endorphine dikeluarkan daripada badan.

Lawatan semalam diketuai oleh Presiden NGO Persatuan Pencegahan Obesiti Kanak-kanak dan dewasa Malaysia iaitu Coach Kevin Zahri yang dikenali sebagai Cikgu Fitness Malaysia.

Kenapa Obesiti?

Nak tak nak, kita kena terima kenyataan bahawa Malaysia dan Brunei merupakan antara negara yang tertinggi tahap obesiti di Asia Tenggara. Misi kami adalah memberikan kesedaran dan ilmu kepada generasi muda ( para pelajar ) tentang kepentingan memerangi obesiti.

Antara aktiviti yang kami lakukan bersama para pelajar dan guru-guru semalam adalah bermain zombie game. Antara aktiviti fizikal yang menyeronokkan dan mampu membakar kalori juga! 

Guru-guru menjadi Zombie dan para pelajar menjadi mangsa. 😆 Permainan ini ibarat bermain galah panjang. Mangsa yang sudah di 'tap' / sentuh oleh zombie akan mati dan terkeluar dari gelanggang permainan.  


Tahniah buat para pemenang yang berjuang sehingga ke akhir permainan. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menjemput dan menyokong aktiviti NGO kami. Semoga berjumpa di lain waktu !

Untuk maklumat lanjut boleh follow  website NGO Bukan Soal Kurus : https://bukansoalkurus.com/ngo/

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.