It's Okay Not To Be Okay
Minggu ini anak Si Bongsu menyerahkan kertas ujian subjek tajwidnya kepada saya. Keputusannya memang tidak memuaskan kerana dia hanya betul satu soalan sahaja daripada 25 soalan yang ada. Sebelum itu, dia memberitahu saya awal-awal " Mama, teruk sangat markah ujian Uwais, dapat 5% jer "
Kesian
.
.
.
Sebenarnya saya pun tidak tahu bila ujian tajwid ini dilakukan. Guru pun tiada maklumkan di dalam kelas dan saya okay sahaja. Nama pun ujian, jadi bagus juga tidak diberitahu supaya dapat tahu sejauh mana kefahaman murid-murid. Ataupun, guru hanya beritahu murid sahaja supaya mereka menjadi lebih bertanggungjawab.
Alhamdulillah, saya berjaya mengawal perasaan marah. Memandangkan, anak-anak pun sudah lama tidak ke sekolah dek kerana penangan Covid-19. Saya faham bahawa situasi dan perkembangan anak-anak itu mungkin ada yang terganggu. Keupyaan mereka untuk memahamkan sesuatu yang diajar itu juga tidak sama. Tidak adil jika saya mahu bandingkan antara mereka bertiga mana yang lebih baik.
Dimanakah perasaan empati dan simpati saya jika si anak sudahpun menunjukkan tanda keckecewaannya di atas keputusan ujiannya dan saya menambah rasa sedih dan kecewa nya jika saya memarahi dia.
Maka saya katakan padanya, "It's okay dan jangan putus asa. It's good kalau Uwais rasa sedih sebab itu tandanya Uwais mahukan kecemerlangan. Kita usaha sama-sama lepas ini ya?"
Kemudian, saya minta dia baca beberapa ayat di atas kertas soalan tersebut. Alhamdulillah, dengung Ikhfak hakiki nya jelas dua harkat, Izhar Halqi nya juga betul, kedua bibirnya dirapatkan menghasilkan bunyi Iqlab.
Lantas saya memujinya bahawa, bacaan nya baik.Semua hukum nun sakinah disebut mengikut peraturan yang sepatutnya. Cuma bab teori sahaja yang perlu diperbaiki.
Nampaknya semakin kita berusia, cara pandang kita juga berbeza. Berusahalah sehabis baik dan bertawakkal lah sepenuhnya. Serahkan segala-galanya kepada ALLAH dengan berhenti berfikir kita mampu mengawal hasil akhir sesuatu yang diusahakan.
Dengan bertawakkal, kita akan lebih fleksibel, tidak tertekan, dan akan hadir rasa akur, takwa, tunduk dengan ketentuan takdir ILLAHI.
"InshaALLAH, nanti kita belajar sama-sama ya Uwais"
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.