Pertama kali Uwais menyertai fencing tournament.

By Tuesday, July 26, 2022 ,

Uwais yang berusia 10 tahun pertama kali menyertai tournament sukan lawan pedang di D'Pulze , Cyberjaya pada hari Sabtu dan Ahad lepas. Uwais menyertai kategori individu dan berpasukan bawah 12 tahun. 

Saya tidaklah terlalu mengharapkan apa-apa kemenangan kerana faham bahawa ini adalah pengalaman pertama dia memasuki tournament sebegini. Lagipun, rasanya baru setahun Uwais menceburi bidang sukan lawan pedang ini.

Banyak sebenarnya pengalaman yang dia dapat sepanjang tournament berlangsung. Termasuklah mendengar arahan dari pengadil, memakai sendiri wayar di kawasan piste ( walaupun kadang-kadang perlukan pertolongan orang dewasa ), menghadapi pihak lawan yang berbadan besar, penat tapi kena lawan sebab nak menang.

Hari pertama, pemain diduga dengan masalah teknikal. Sudahlah mula pun lambat. Tidak seperti yang tertulis di atas jadual. Ditambah lagi dengan masalah teknikal. Agak mengganggu mental budak-budak ini yang nak bermain. 

Semua peserta diberi nombor giliran masing-masing dan kena ingat nombor tu. Pengadil tidak akan panggil nama tetapi akan memanggil nombor giliran kita.

Bagi kategori individual, pemain perlu main sebanyak lima kali. Pusingan pertama, Uwais dah rasa down sebab kena lawan dengan budak badan besar. Memang dalam hati sendiri pun terlintas,

 "Ya ALLAH..boleh ke Uwais lawan budak ini". Masa ini cakap yang positif jer la pada dia. Saya sebenarnya tahu dah, dia pun takut dan gementar. Bukannya pergi latihan yang intensif sangat. Hanya pergi seminggu sekali sahaja. Cuma, seminggu lagi hari pertandingan dia datang kelas dua kali. Itu sahaja.

Ready to fence!

Ini pemain pertama yang Uwais perlu lawan.

Habis pusingan pertama, saya cakap " good job Uwais, sebab berani". Lama lepas tu, dia mengalir air mata. Saya berundur dan beri dia masa sendiri untuk layan perasaan sedih dia tu. Tak lama selepas itu, coach nya datang bagi kata-kata semangat.

Malam nya saya borak-borak dengan dia. Kenapa Uwais menangis, dia jawab. 

"Uwais rasa marah, sedih dan sakit"

"Marah sebab kenapa hantar budak besar untuk lawan dengan dia"

"Sedih sebab kalah, tak dapat point langsung" - Saya nampak dia cuba buat sesuatu. Tapi tak berjaya.

"Sakit sebab kena pedang pihak lawan masa tengah main tadi" . Saya minta dia tunjuk dan Alhamdulillah, tiada kesan sebarang lebam pun. 

Lepas saya dengar luahan perasaan dia , saya pun pujuk dan bagi kata-kata semangat. Semoga hari esok Uwais will be doing  better and fight until the end of the game.

Hari pertama, Uwais menang dua daripada lima pusingan. Ini melayakkan dia untuk ke pusingan seterusnya. Kalau dalam pusingan pertama, setiap kali perlawanan, empat markah sahaja dikira. Tapi untuk pusingan yang seterusnya, markah dikira lebih banyak iaitu 10. 

Pada awalnya, Uwais dah leading the game. Tapi tulah, kalau Allah kata bukan rezeki kita. Maka redha ajer la dengan ketentuannya. Uwais kalah cuma 1 point sahaja. ( 9-10 )

Hari kedua, Uwais ambil bahagian bagi acara berkumpulan pula. Nampak kali ini dia lebih semangat nak sekurang-kurangnya dia tak dapat markah 'kosong'. Ada juga points dia kumpul untuk pasukannya.

Pada saya, acara berkumpulan lebih mendebarkan dan seronok. Hahaha! semangat berkumpulan dan kerjasama sangat diperlukan.

Khusyuk semua pemain dengar nasihat dari coach mereka. Semoga dapat dijadikan pedoman ketika berfencing nanti ya!
Sebelum bermula perlawanan

Bila dah habis, semua pemain perlu bersalam siku 😁



Congratulations boys!

We love you adik! Keep it up and soar high!

Oh ya!

Kepada sesiapa yang berminat untuk bagi anak-anak mencuba sukan lawan pedang ini. Boleh lah pergi ke laman Facebook mereka di sini : https://www.facebook.com/xfencingacademy.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.