Keistimewaan emas sebagai harta
Pernah tak terfikir kenapa emas, iaitu logam mulia ini sangat istimewa untuk dijadikan harta?
Ada banyak sebab kenapa kita boleh jadikan emas sebagai salah satu aset dalam portfolio pelaburan kita. Walaupun sebenarnya, menyimpan emas ini kita tak dapat dividen tahunan seperti pelaburan di Tabung Haji dan ASB. Tetapi, ianya suatu 'alat' lain untuk kita musafirkan emas kita kepada sesuatu yang lebih bernilai. Seperti contoh hartanah.
KELEBIHAN:
1)
Sejarah membuktikan bahawa nilai EMAS terjamin untuk jangka panjang.
Kalau jatuh pun, InshaALLAH tidak akan capai nilai kosong.
2)
Boleh simpan emas fizikal ataupun simpan dalam tabung emas di Public
Gold yang dipanggil akaun GAP ( Gold accumulation programme) .
3) Boleh juga dipajak di Ar-Rahnu untuk kecemasan dan kemudian tebus semula.
4)
Simpanan yang dilupakan. Tak adalah rasa gatal tangan nak keluarkan
duit sesuka hati. Sekaligus ia mampu merawat poket bocor setiap bulan.
Walaupun begitu, kita kena faham bahawa setiap jenis pelaburan / simpanan ada kebaikan dan kelemahan masing-masing.
KELEMAHAN :
1) Emas fizikal ada risiko untuk dicuri.
2) Sekiranya emas fizikal dicuri, rumah kita dimasuki perompak dan kemungkinan kita akan dicederakan.
3)
Risiko terbeli emas palsu atau tersalah menyertai skim cepat kaya.
Dengan Public Gold, beli emas dapat emas dan tiada sebarang dividen.
4) Sentiasa memerlukan pemantauan sekiranya emas fizikal disimpan sendiri.
Antara beberapa strategi yang boleh diambil :
1) Memandangkan harga emas ada turun dan naik. Jadi, konsisten lah membeli supaya kita akan dapat harga purata.
2) Sekiranya risau kehilangan emas fizikal yang disimpan di rumah sampai tak dapat tidur malam. Saya cadangkan agar kawan-kawan semua menabung dengan akaun GAP di Public Gold. Ianya ibarat menyimpan wang ke dalam bank. Tetapi dengan GAP, nilai yang akan dipaparkan dalam akaun tersebut adalah berapa jumlah berat emas yang kita ada.
3)
Jangan jadikan emas satu-satunya pelaburan anda. Ramai pakar kewangan
menasihatkan agar menghadkan simpanan emas maksima 5-15% ke dalam
portfolio pelaburan anda.
Semoga bermanfaat!
0 comments
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.