5 fakta emas yang perlu kita ketahui

By Friday, July 22, 2022 ,

 

Sekiranya anda masih belum menjadikan emas sebagai salah satu aset di dalam pelaburan portfolio kewangan anda. Masih ada masa untuk bertindak sekarang.

Ramai pakar kewangan yang menyarankan untuk kita untuk tidak meletakkan harta / duit kita hanya ke dalam satu bakul sahaja. Pelbagaikan jenis pelaburan yang ada.

Walaupun begitu, saya menasihatkan agar kita semua belajar dan fahami lah dahulu jenis pelaburan yang kita mahu sertai.

Janganlah nanti disebabkan kesilapan kerana kita kurangnya ilmu satu keluarga merana dan terkesan. Ingin juga saya tekankan agar sebelum kita dapat usahakan untuk mengadakan tabung kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan gaji bagi yang bekerja dengan kerajaan dan 6 bulan gaji yang bekerja dengan sektor swasta. 

Jangan buat pinjaman peribadi hanya kerana untuk membeli emas. Belilah emas dengan duit lebihan yang setahun anda tidak gunakan. Kenapa saya katakan begini ?

Antaranya adalah, duit lebihan setahun yang tidak digunakan lebih baik untuk beli emas yang ada kenaikan harga walaupun sedikit  daripada setahun dimakan inflasi yang secara puratanya dalam 2%-3% setahun. 

Pinjaman peribadi adalah hutang jahat yang sepatutnya perlu kita elakkan kerana hutang ini akan membuatkan kita menjadi semakin miskin. 

Saya kongsikan tentang 5 fakta emas yang perlu kita ketahui :

1) Emas merupakan kekayaan sebenar. Ini adalah kerana sifat emas yang tahan lasak, bersinar, tidak reput, tidak koyak , tidak boleh terbakar, tidak berkarat menjadikan ianya penyimpan kekayaan sebenar. 

Berbanding dengan duit kertas yang kita gunakan sekarang. Ia tidak mampu menyimpan nilai duit itu sendiri kerana  terletak pada jaminan kerajaan. Nilainya akan berubah-ubah tertakluk kepada kestabilan ekonomi dan politik sesebuah kerajaan.

 2) Emas mampu mengekalkan kuasa belinya. Semenjak lebih kurang 1440+ tahun dahulu, ketika zaman Nabi S.A.W. Nilai 1 dinar emas ketika itu adalah sama dengan harga seekor kambing. And guess what? sehingga hari ini, 1 dinar emas masih mampu membeli seekor kambing yang bergantung kepada saiz dan berat kambig tersebut. 

3) Harga emas meningkat secara purata untuk jangka masa yang panjang. Pada zaman nenek moyang kita dahulu, harga emas hanya RM30-RM40 per gram. Tetapi, hari ini harganya hampir mencecah RM300 per gram. Ditambah pula dengan nilai ringgit kita yang susut nilai.

4) Emas tidak dapat dimanipulasikan. Ini kerana emas bukanlah seperti duit kertas / syiling yang boleh dicetak sesuka hati. Emas adalah ciptaan ALLAH S.W.T yang perlu masa yang sangat lama untuk terbentuk dan memerlukan tenaga untuk dicari dan diproses.

5) Emas juga aset yang mudah dicairkan. Jika anda mahu menggunakan wang dalam keadaan tertentu, ianya senang untuk dijual. Emas laku dijual pada bila-bila masa  dan di mana-mana sahaja. Kalau ke luar negara, kita boleh bawa emas dan boleh jual di negara tersebut jika kesuntukan wang.

Sekiranya anda berminat untuk menyimpan emas boleh lah tinggalkan komen pada ruangan yang disediakan. Atau klik sahaja link ini :  Saya mahu simpan emas.


You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.