Resepi Membuat Spaghetti Tuna mudah dan sedap

By Saturday, November 12, 2022

 

Sedap rupanya spaghetti tuna ni dan tak sangka juga anak-anak pun suka. Resepi dan cara membuatnya agak mudah dan tidak rumit. Jom kita tengok bahan-bahan nya dahulu ya :

1) Spaghetti - pastikan ada tulis 'vermicelli'. Tekstur nya lebih lembut berbanding yang lain. Saya kurang gemar angel hair kerana ianya terlalu halus. Tapi kalau tiada pilihan, terpaksa lah ambil.

2) Satu tin Tuna chuncks in Sunflower oil ( Ayam brand ) - Sebenarnya ada banyak pilihan. Boleh jer nak cuba yang lain. Tapi jangan beli yang untuk sapu atas roti tu ya. Kurang sesuai kalau guna yang itu.

3) Bawang merah dan bawang putih 

4) Cili padi - dihiris

5) Minyak zaitun untuk menumis

6) Kiub pati ikan bilis - Boleh guna separuh sebab kalau guna 1 kiub tu memang masin sangat lah saya rasa.

Cara-cara memasak :

1) Rebus spaghetti sehingga lembut dan masak.

2) Tumis bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan hirisan cili padi. Kacau sebentar. Kemudian, masukkan tuna chunks dan gaul sebati.

4) Masukkan pati kiub ikan bilis dan akhir sekali masukkan spaghetti yang telah direbus tadi. Jika kelihatan agak kering boleh lah masukkan sedikit air. Gaul-gaul dan kalau dah yakin semua sebati. Boleh padamkan api dan terus dihidangkan.

Cara nak hidang pula, boleh tabur chilli flakes dan daun parsley ke atas spaghetti itu. Kalau tak ada pun tak apa. Boleh jer nak makan begitu sahaja. 

Mudahkan?

Selamat mencuba semua!


You Might Also Like

3 comments

  1. Olahannya mudah, hasilnya sedap. Anak-anak pun suka. Memang berbaloi sungguh masak spaghetti tuna ni.

    ReplyDelete
  2. memang macam-macam boleh diolah menggunakan tuna ayam brand ni

    ReplyDelete
  3. Baru nak try utk bekalan anak-anak esok hari

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.