Resepi Nasi Goreng Butter

By Wednesday, November 16, 2022

 

Nasi goreng antara masakan yang saya suka dan senang nak buat. Ada pelbagai  jenis nasi goreng yang kita boleh buat. Kalau mak saya di kampung, dia tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis, telur dan garam. Jadi nasi goreng tu berwarna putih. 

Istimewanya nasi goreng ini adalah kita dapat gunakan bahan-bahan apa sahaja yang ada di dalam peti ais. Lebihan ikan dan ayam goreng juga boleh dijadikan rencah dan bahan penyedap nasi goreng.

Saya kongsikan bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak nasi goreng butter. Semua kuantiti nya saya main agak-agak sahaja. Bergantung kepada berapa banyak nasi yang digunakan.

Bahan-bahan :

1) Nasi

2) Garam

3) Bawang merah - dihiris

4) Butter untuk menumis

5) Sayur -  kacang panjang, lobak merah, kubis atau apa sahaja  sayur kegemaran

6) Cili padi - kalau suka pedas

7) Sos tiram ( Kalau tak nak letak pun tak mengapa )

8) Fish cake - dihiris

9) Lebihan ayam goreng - Sebab hari sebelumnya saya buat nasi ayam dan ada lebihan ayam goreng. 

10) Telur

11) Bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan

Cara-cara memasak Nasi Goreng Butter :

 

Dengan menggunakan jari-jemari. Gaulkan nasi dengan garam. Ini kaedah yang mak saya pernah buat  dahulu. Tak pasti kenapa, tapi mungkin kerana, tekstur nasi yang melekit dan melekat antara satu sama lain. 

Ianya mungkin lebih berkesan daripada menabur garam ketika nasi sedang masak di kuali. Oh ya! pastikan pakai sarung tangan plastik untuk tujuan kebersihan.  Kalau nak gaul dengan senduk / sudu atau apa sahaja perlatan yang dirasakan sesuai juga tiada masalah.

Panaskan butter di dalam kuali sehingga cair. Hati-hati jika menggunakan api yang besar kerana dikhuatiri butter akan hangit. 

Masukkan hirisan bawang merah dan masak sehingga layu dan naik bau. Saya memang sengaja tidak menggunakan bawang putih untuk masakan kali ini.

Selepas itu, boleh masukkan fishcake, hirisan ayam dan sayur-sayuran. Gaul sehingga sebati. Masukkan pula sedikit sos tiram. 

Kemudian, boleh lah masukkan nasi. Gaul dan kacau sehingga sebati. Pastikan nasi yang dikacau/ gaul terlerai antara satu sama lain.Perlahan kan api dan biarkan sebentar.

Sementara itu, boleh pecahkan telur dan buat scrambble eggs yang dimasak pada kuali lain. Lepas telur tu dah masak. Gaul-gaulkan bersama nasi goreng yang ada dalam kuali tadi.

Akhir sekali, bolehlah dihidangkan dan taburkan dengan hirisan bawang goreng, chilli flakses dan juga daun sup. Ikutlah masing-masing punya citarasa.

 
Senang jer kan? selamat mencuba semua!

You Might Also Like

2 comments

  1. sedap tu..lapar plak sbb blum bfast..kalau work from home gini la..pg2 dh ngadap laptop

    ReplyDelete
  2. Antara menu selalu buat jugak ni. Especially lepas ada anak. Gaul nasik dgn garam tu tak pernah pulak buat. Boleh cuba jugak ni..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.