Perbelanjaan Bulan Januari 2023

By Tuesday, February 07, 2023

Sekejap sahaja bulan Januari melabuhkan tirai dan kita sudah berada pada bulan Februari 2023. Untuk pengetahuan, belanjawan yang saya buat ini tidak termasuk bayaran sewa rumah, kereta, bil api, air , internet rumah kerana yang itu adalah di bawah tanggungan suami. Saya bayar untuk bil internet di kampung. 

Untuk memudahkan perancangan kewangan dibuat, saya menggunakan undang-undang 60/25/15 . Di mana, 60% akan saya belanjakan untuk keperluan , 25% untuk kemahuan dan 15% untuk simpanan / dana tabung jalan-jalan atau kecemasan.

Gaji yang saya dapat adalah pemberian dari suami dan juga duit hasil saya bekerja sampingan sebagai seorang guru Cambridge English secara sambilan di Pusat Tusyen Akademi Alfan dan sepenuh masa menjadi ketua pengurus untuk Cambridge English di SIRAJ DAG ( Sekolah Islam Rendah Agama Jawi )  yang terletak di Jinjang Utara, Kuala Lumpur.

Sebanyak RM5692 yang telah dibelanjakan sepanjang bulan Januari 2023. Paling tinggi sekali adalah perbelanjaan barang dapur sebanyak RM1128.00. Sepatutnya, saya tidak boleh berbelanja lebih daripada RM1000 sebulan.

Sebab banyak juga wang dibelanjakan untuk membeli makanan. Memang payah nak tahan godaan nafsu apatah lagi jika anak-anak yang meminta. Walaupun sebelum ini sudah diberitahu bahawa kita hanya ada sejumlah wang sekian, sekian untuk belanja makanan dan lain-lain.

Setakat ini, perkara yang masih boleh bertahan adalah perbelanjaan hobi. Anak-anak akan membeli buku / komik setiap bulan. Mungkin sebab ianya bukan di depan mata yang kalau ternampak tu terus rasa tergoda nak beli.

Berbanding makanan. Ini pun masalah besar pada saya juga sebenarnya. Keluar rumah kalau lalu kedai goreng pisang rasa nak beli. Ambil anak-anak pulang dari sekolah kelaparan. Kita ini ibu tak sampai hati kalau dengar mereka kata "Mama, lapar lah". Kadang diturutkan juga lah singgah beli pisang goreng / keropok lekor RM3-RM4.

Akhir bulan Januari juga anak-anak sibuk berlatih dan beraktiviti untuk Hari Sukan. Walaupun sekolah ada menyediakan makanan. Tetapi mereka cepat berasa lapar. Hasilnya, setiap pagi saya singgah di 7-Eleven membeli roti / biskut dan kadang nasi lemak di tepi jalan sebagai bekalan tambahan buat mereka.

Kalau dahulu agak rajin bangun seawal 5.30am untuk menyediakan bekalan makanan mereka. Tetapi tidak untuk waktu sekarang. Ntah la kenapa, adakah kerana faktor usia  menyebabkan saya jadi malas bangun awal memasak dan lebih mahukan tidur yang cukup. 

Target Februari :

1) Kurangkan perbelanjaan barang dapur. Mungkin perlu lihat semula apa yang betul-betul dimasak dan dimakan. 

2) Lebihkan kerajinan untuk memasak daripada beli makanan di luar.

3) Mencari pelajar untuk kelas Cambridge English sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan. 

Wish me luck ya kawan-kawan! 

 


You Might Also Like

4 comments

  1. Tak pernah lagi buat detail perbelanjaan bulanan spt itu.
    Tahniah

    ReplyDelete
  2. tak pernah buat detail macam akak ni, tapi kan sekarang barang keperluan dan makin tinggi harga itu yang kadang terlebih bajet

    ReplyDelete
  3. Wah... Cuya belum merasa berbelanja sebanyak ni. Kalau dah mendirikan rumah tangga entah mcm mana la agaknya

    ReplyDelete
  4. Btw, Cuya follower baru disini. Salam kenal!

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.