Crochet

By Monday, February 22, 2016 ,

Assalammualaikum w.b.t

Lama nya rasa tak update blog dan sekejapnya dah nak masuk Bulan March. Antara sebab kenapa saya dah lama tak update blog adalah kerana :

1) Saya sibuk dengan hobi baru saya. Terkial-kial nak buat sebab amik masa belajar sendiri kat Youtube. Kadang-kadang bila tengah buat banyak sangat iklan dari anak-anak. Nak tak nak, bila dah tau priority jadi housewife ini adalah anak-anak, kena la tinggalkan kejap. Lepas tu sambung. Bila dah pukul 10:00malam..automatik mata mengantuk, badan jadi letih. Terus masuk tidur. Haa..gitu le..

2) Saya sibuk trained Hannah untuk pertandingan hafazan sekolah yang sudah pun berlalu Sabtu lepas. Nanti, saya buat entry khas untuk kisah yang ini.

3) Saya sibuk outing dengan ibu-ibu di sini. Maklumlah, dalam beberapa bulan jer lagi kami semua akan back for good. Jadi, masa yang ada ni, kami cuba penuhkan dengan aktviti bersama-sama. Pot luck, makan-makan, window shopping and shopping. Beli barang-barang rumah kat Jepun ini untuk dibawa balik ke Mareshia.

4) Saya sibuk dengan anak-anak sendiri dan anak kawan. Baru-baru ini, kawan saya kena warded, jadi saya tolong jagakan anak dia sekejap. Bila orang dah mintak tolong dan amanahkan sesuatu kepada kita, kena la cuba buat yang terbaik ye tak?..lupakan sekejap blog. Tapi, saya baca jer komen and entry kawan-kawan yang lain. Cuma, masa tu aje yang limited. 


Ok..ok..ok... Untuk alasan yang pertama tu, jom layankan beberapa keping gambar di bawah :

Shawl yang dipakai semasa musim sejuk. Ini untuk Hannah. Seronok crochet yang ini sebab yarn die besar. Tak sampai satu hari dah siap sebab senang jer nak buat yang ini. Banyak guna single and double crochet. (Kalau tak faham, silalah ke Youtube yer..hehehe)
Memang kalau dah buat ini, jadi leka sikit. Kalau boleh nak siapkan masa tu jugak. Tapi apakan daya, anak-anak memanggil manggil. Dapur juga minta untuk diasapkan. hahaha!!!
Bunga kaler pink ini sesuai sangat untuk beginner kalau baru-baru nak mencuba bidang crochet ini.
Baiklah, sekian sahaja coretan untuk kali ini. Semalam beli satu set crochet untuk buat character animation Frozen. Tak tau la ape cerita..kena gigih juga study manual yang tu pulak.

That's all and thank you for reading!



You Might Also Like

3 comments

  1. betul2 busy nany...ye laa tang nak balik for goods tu byk hal jugak yeak nany..belum masuk part kemas nanti...takpe moga dipermudahkan ...

    rajinnye nany...lieya ni plak bab menjahit2 mmg pengkor hahaahah..tau tak pengkor tu ape...pengkor tu tangan tak menjadi le....nak jahit jelujur seluar koyak biase pun fail inikan plak nak mengait mcm nany....tapi mak lieya dulu rajin mengait...segala jenis alas meja, kerusi, mesin basuh hah di kaitnyer......

    ReplyDelete
  2. Aaaaa kreatifnyaa kak. Nani suka tengok orang buat benda2 comel macam ni. Thumbs up !

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhhhhhh..bakat terpendam sgt nany ni :)

    saya suka dgn org2 kreatif ni, suka sgt..gifted dr Allah..bole buat jualan kecil2an bila balik m'sia nnt :)

    biasa lah nany, jd surirumah terlebih2 bz sbnrnya..tp bila tgk hasilnya kita puas kan..

    btq..good luck utk hafazan hannah ye :)

    ReplyDelete