Tips and Review Halal Ramen Ouka di ShinjukuGyoen Mae

By Monday, February 01, 2016 ,

Assalammualaikum w.b.t

Ini cara yang kami guna dari Shinkoiwa eki (JR Chuo Sobu Line)

Shinkoiwa ------------ Yotsuya (JR Chuo Sobu Line) towards Mitaka / Nakano  (11 stops)
Yotsuya --------------- ShinjukuGyoen-Mae (Marunouchi Line) towards Shinjuku (2 stops)

Fast forward : Dari Shinkoiwa ke Yotsuya tak perlu tukar train. Perjalanan ambil masa dalam 30 minit
Naik tangga / escalator / lift untuk ke arah Marunoichi Line (Tulisan huruf M dalam bulatan merah)
Bila dah naik tangga tadi and sampai area ni, gunakan lorong berbumbung macam ni untuk mencari Marunouchi Line tadi
Sebelum jumpa signboard ni, korang maintain lane kiri sebab nanti after lalu lorong berbumbung tu jalan akan terbahagi kepada kiri dan kanan.
Then, jalan terus sampai jumpa tangga ni.
Kena touch out suica card sebab kena exit dulu untuk membolehkan korang pergi ke Marunouchi line
Sila jalan ke arah kiri
Pergi ke platform 1 untuk ke Shinjukugyoen-Mae
Turun tangga tersebut dan sila beratur untuk menunggu densha (train) di situ
Perjalanan dalam 5 minit jer dari Yotsuya untuk sampai ke Shinjukugyoen-Mae ni. Bila dah sampai sila amik exit #2.
Keluar exit nanti, amik ke kiri. Lintas jalan ini, dan teruskan berjalan
Bila jumpa bank ni di sebelah kiri, terus belok ke kiri. Jarak bank ini dari simpang pertama tadi cuma dalam 3-5minit berjalan kaki
Dari bank tadi, bila nak pusing ke kiri tu dah boleh nampak restoren tu kat hujung ebelah kanan
Sebagai bukti kami sudah sampai
Boleh refer sini untuk tahu lebih lanjut tentang hari dan masa perniagaan mereka.
Pelbagai jenis ramen yang dihidangkan
Ini cara untuk untuk order ramen dengan menggunakan mesin yang disediakan. Pilih mana yang berkenan kemudian masukkan duit di tempat yang disediakan. Bila resit dah keluar dari mesin, serahkan kepada pekerja restoren tersebut. Kalau tak tau takper, nanti dia dengan baik hati akan datang tolong
Berlainan dengan restoren halal ramen yang pernah aku pergi, interior design derang yang paling modern dan nampak baru. Maybe sebab restoren ini pun baru dibuka pada hujung tahun lepas ( September 2015) 
Their thoughts and principal of Ouka Ramen. Sugoiii!! kalau nak tau, semua makanan kat sini adalah halal dan tiada satu pun minuman alcohol (beer) yang dijual di restoren ini.

Paling bagus kat Jepun ni, derang sangat mementingkan keselesaan pelanggan. Contohnya, mesin untuk membeli ramen ini pun direka cipta khas juga untuk golongan OKU. Jadi, derang tade masalah untuk sama-sama makan di sini
Owner restoren ini bersungguh sedang meyiapkan tempat duduk untuk Hannah. Ada extra cushion so that nanti, Hannah dapat makan dengan selesa. Maklumlah, ketinggian belum mencukupi lagi. Hehehe...
Business card
Sementara menunggu ramen sampai
Mesin kopi dan ais krim
Ini menu set untuk kodomo (kanak-kanak) yang berharga YEN900. Totemo kawaii desu ne ( cute sangat). Set ini ada nasi berbentuk bunga, telur rebus separuh, chicken meat ball, jus oren dan semangkuk kecil ramen

Merasmikan chicken meat ball.
Ini ramen spicy regular size yang berharga YEN1300. Mengah weh nak habiskan. Boleh share kot 2 orang. Spicy die memang pedas macam melayu style. So, kalau korang suke pedas this spicy menu is highly recommended !
Close up sket.  Goshh!! their hard egg boiled was perfect!. Not too soft and too hard. Just nice sebab still rase juicy! . Baby corn tu pun sama...perfect sangat rasa die. Fresh!
Resepi noodle dan kuah ini dibuat sendrik oleh owner restoren ini. Ternyata lari jauh dari unsur dan rupa megi ayam. Terlalu berlainan dengan rasa di Halal Ippin dan Naritaya restoren yang aku dah try before this. Sedap sangat dan sesuai dengan tekak melayu yang suka pedas. Totemo osihikatta ( was very delicious)
 Kuah ramen yang tinggal tu kalau tak habis sila tuang ke dalam mangkuk nasi ini  dan makan seperti nasi air ( bubur nasi) . Owhh sungguh mengancam rasenye!
Untuk dessert, kami order aiskrim banana + mango . Homemade juga, nanti die akan buat kat situ. Rase die sangat menyihatkan. Tade unsur2 lemak mcm whip cream or other cream. Plain jer resepi die.
Sebagai seorang penggemar kopi tegar, maka haruslah try cafe latte die. Lazat!
Ini pula air free yang die bagi bila korang dah habis makan. Teh tanpa gula dan bau harum semerbak bunga. Katanye teh ini dari California. Kalau nak beli untuk bancuh sendiri pun dia ade jual gak.
Mizu ( air kosong) yang disediakan kat sini percuma jer. Boleh nak tambah banyak kali pun takper. Macam-macam bahasa dan tulisan yang die tulis kat jug ni. Hehehe..
Sebagai seorang blogger, maka sampai ke toilet la gambar diambil :p
Frame-frame bersama lukisan yang cantik tersusun kemas di sepanjang dinding di dalam restoren ini
Bergambar bersama owner restoren
Arigatou for the best ramen and your hospitality. InshaALLAH, definitely will come back again~
Paling hujung tu adik usrah kat sini. Selama ni kami jumpa 2 kali sebulan through SKYPE jer. Alhamdulillah, kali ini diberi peluang untuk berjumpa. Moga ukhuwah ini terjalin sampai bila-bila. Next time kita jumpa lagi tau! Arigatou gozaimashita for yesterday. Isshoni tanoshiku sugoshita!
*Happy tuumy, happy faces*
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang restoren ini, boleh click kat sini yer : Halal Ramen Ouka

That's all and thank you for reading!


You Might Also Like

1 comments