Kelas Faham Bahasa Arab Untuk Pelajari Al-Quran Bagi Kanak-Kanak

By Thursday, September 22, 2016 , ,

Assalammualaikum

Sebelum terlambat. Saya nak kongsikan poster menarik tentang teknik memahami bahasa arab Al-Quran untuk kanak-kanak yang berusia 7-9 tahun.

Memang kita selalu jer dengar anak-anak kita boleh membaca surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Falaq , Al-Ikhlas dan surah-surah ringkas yang lain. Tapi , tak pernah faham atau tahu maksud di setiap per kata yang menjadi ayat ayat suci kalam ALLAH.

InshaALLAH, selepas attend kelas ni, anak-anak akan 'tangkap' few words yang selalu diulang-ulang di dalam Al-Quran dan paling penting ketika membaca bacaan dalam setiap pergerakan solat.

Budak-budak otak macam sponge katanye. Senang nak lekat senang nak hafal. Kurang dosa, ahli syurga. Paling penting, kena istiqamah. kalau tak memang lupa. Ini pengalaman ibu anak tiga juga. Memula mak ambitious, bila mood ke laut..memang anak-anak pun sama hanyut . Bila mood naik ke darat, Alhamdulillah...anak-anak dapat balik pedoman. Itu antara cabarannya. Tapi, kita kena selalu berdoa supaya tetap IMAN kan. Disamping itu, kena usaha juga, Bila rasa mood tak best datang, Cepat-cepat lawan. Bacalah surah An-Nas.

Tak sabar nyer nak turun padang ajar anak-anak syurga ni nanti. Semoga ada saham untuk aunty bila di dalam kubur nanti. Ilmu yang baik untuk diamalkan buat generasi yang akan datang.

Untuk kelas yang akan datang nanti, kami target nak completekan tiga surah.

1) Al-Ikhlas
2) Al-Falaq
3) An-Nas

Masih ada lagi kekosongan. Untuk sesiapa yang berminat boleh whatsapp nombor telefon di atas. Doakan semuanya nanti dipermudahkan ALLAH S.W.T


You Might Also Like

3 comments

  1. Wah bagus ni, kecik kecik dekatkan anak anak dengan Al Quran :)

    ReplyDelete
  2. bagus kelas ni. sekurang-kurangnya mereka faham apa yang mereka baca bukan setakat hafal aje.

    ReplyDelete