Resepi Sushi Memikat Hati!

By Saturday, July 08, 2017 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Setelah sekian lama saya buat sushi ni, baru ada masa dan teringat nak share kat sini. Sebenarnya, nak buat sushi ni tader la susah sangat. Memula saya sendrik fikir...macam rumit ajer nak buat kan?

Tapi percayalah, sushi ni antara menu yang bukan sahaja mengeyangkan, berkhasiat, sedap, mudah disediakan. Ianya juga antara menu yang 'paling  bersih' . Tak berminyak , tak mercik tak tentu hala. HAHAHA! tak payah nak sental apa-apa yang berkenaan.

BONUS KAN?

Mari kita teruskan perjuangan membuat sushi yer kawan-kawan.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :

Sila gunakan beras Jepun yer. Kalau taknak guna brand yang ni pun tak mengapa. Owh yer, lagi satu hari tuh ada beli beras wangi Jasmine. Bila first time masak, rupanya tak ubah seperti beras Jepun juga. Cuma kena pandai-pandai adjust air. Takut terlebih nanti lembik sangat pula.

Bagi sesiapa yang  ingin menggunakan beras seperti gambar di atas. Tidak perlu untuk basuh beras tuh smpi 3-4 kali. Sekali ajer cukup. Infact , masa pergi kelas memasak dengan Chef Muluk dulu pun dia pernah cakap..tak basuh pun takper. Sukatan air pula, 1 cawan beras 2 cawan air.

Bila beras sudah berukar menjadi nasi boleh lah masukkan 2 sudu besar cuka yer. Saya guna cuka brand SW tuh. Beli kat GIANT ajer. Kacau-kacau sampai rata ok?
Don't worry kalau ada sesiapa yang ragu-ragu tentang status kehalalannya.
Rupa nasi bila dah masak dan digaul rata dengan cuka.
Untuk fillings pula korang boleh guna apa sahaja yang korang suka. Tapi selalunya, saya guna crab stick, udang dan telur dadar yang dimasak menggunakan pan empat segi tepat. Kukus dulu crab stick dan udang. Kalau rebus nanti berair sangat dan hilang rasa 'manis' kedua-duanya.
Ini rupa telur dadar yang saya buat untuk filling sushi. Saya cuma perasakan dengan garam dan potong-potongkan daun apa ntah namanya.  Lupa pulak. Bukan daun sup, bawang ataupun ketumbar. Die tebal dan lebar sket. Huhuhu..

Tapi yang tuh optional, kalau tade pun takper. Just letakkan garam pun dah ok tau!

 Telur tadi dihiris menjadi diameter yang agak kecil. Sediakan juga hirisan timun Jepun. Baru lah sedap makan sushi. Krup krap krup krap nanti bila kunyah. Heheh...
Untuk seaweed, saya beli yang macam ni. Dekat AEON bahagian masakan ada dijual. Harganya dah lupa pula berapa RM.
Seterusnya, ambil seaweed tadi dan letakkan atas alat  membuat sushi seperti tikar buluh tuh. Boleh cari di Daiso.
Dengan menggunakan sarung tangan plastik, perlahan-lahan ratakan nasi tadi di atas saweed tadi dengan sama rata. Memula buat memang part ni paling mencabar. Sebab melekat-lekat and nanti kalau seaweed tuh terbiar lama dia akan berkedut.

So, TIPS utama nya :

1) Tunggu nasi tadi betul-betul sejuk dahulu.
2) Elakkan seaweed terkena air. Kalau tak nanti, tekstur die berubah.

Tinggalkan ruang pada bahagian hujung seaweed tuh supaya nanti kalau digulung, nasi tuh tak terkeluar. Nasi dengan sendirinya akan mengambil ruang tersebut bila tertolak akibat proses pergulungan tadi. ( dah macam beriya pulak ku explain) Yang penting korang paham lah yer. 

Memula geng udang! susun cantik-cantik yer. Saya punya pun tak kemas sangat. Praktis make perfect.
Close up geng telur dan crab stick. Jangan lupa letak mayonis ok? Eh! nak letak hirisan carrot pun boleh.
Bergabung kesemuanya!
Bila dah ready, korang pun gulunglah sushi tadi yer. Inipun ada teknik juga. Masa memula buat dulu memang tak kemas langsung. Bila cari kat youtube rupanya sambil gulung kena tekan dan tarik. HAHAH! korang nanti cari kat Youtube ajerla. Saya tak daya nak amik video masa buat arituh. Tak cukup kakitangan
Hambik...ade juga yang terlepas terkeluar juga. Kalau yang hujung tuh nanti, potong sket and ngap lah yang bahagian tak jadi tuh.
Sebab stok serunding masih banyak dalam stok. Jadi, apa lagi? jom kita cuba 'melayu' kan makanan Jepun ni.

Bila masuk mulut, rasanya tetap tak boleh lawan sushi yang original. Macam tak berapa kena pula dengan seaweed tuh.


Pastikan pisau yang nak diguanakan untuk memotong sangat tajam bagi menghasilkan bentuk potongan yang kemas dan cantik. Kalau melekat nasi tuh kat nasi kena basuh dulu dan lap lepas tuh sambung potong.
Saje try balut satu dengan plastik sebab nak masuk dalam peti ais. Terbukti kalau balut macam tuh lagi lama boleh tahan dan rasa nya kekal sama.Ini hasil 2 cawan beras dapatlah beberapa gulungan sushi yang besar.

Cara nak makan sushi ni boleh dengan kicap khas dia. Tapi tak beli pulak. Jadi makan ajer la ngan kicap kipas manis. Mungkin boleh cuba dengan kicap biasa tapi yang masin punya. Kicap Tamin ke..hehehe. Sebab sushi ni badan die tawar. Kalau makan macam tu jer tak berapa 'layan' sangat.

Orait, sekian sahaja resepi sushi dari dapur nany. InshaALLAH, jika diberi kesihatan dan ruang akan dikongsikan lagi resepi-resepi yang lain.

Thanks for reading !



You Might Also Like

18 comments

  1. Ana dulu rajin juga buat sbb boleh bawa ke opis mkn dgn kwn2. La ni, better beli je sbb utk makan sorang je. Buat byk2 xhabis nanti.

    ReplyDelete
  2. dappnyaa kak. seaweed tu kadang buat makan gitu je. haha. sushi tak pernah try buat, tp niat tu dah ada. btw tengkiu utk resepi ni ;)

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak ye Nanny....mcm senang je nak buatnya tu, tp nak cuba tu entah bila pulak hihi....

    Ohh yelahkan, kalau tak guna beras dia, mmg tak layanlah kan. Dah mcm nasi gulung pulak jadinya hihi...

    ReplyDelete
  4. sebenarnya irda ni melayu tok-tok,sampai hari ni tak makan makanan jepun ni,sushi ke,sugu ke,sigi ke,semua tak makan,hahaha ,pandai2 je tambah perkataan tak wujud tu,tapi bila tengok nany buat ni,serius macam teringin nak cuba,mungkin sebab tahu nany yang buat kot,lepas tu udang tu nampak sedap sangat ....hemmm,tolon buat raya 2018 ni,irda datang raya jamu sushi ya..hahaha..bytheway,orang yang buat entry masakan ini adalah orang yang gigih,sebab gigih amik gambar walaupun tangan sedang menggulung seaweed kan..hehehe..

    ReplyDelete
  5. tk pernh try wat sushi tp mkn sushi sukaaa hehe..menarik nmpknye tu

    ReplyDelete
  6. la senang je buat sushi ni rupanya ye. I penah beli buku resepi cara buat dulu macam rumit bebenor. hahah dulu kan I gila dengan anime, so berangan nak jadi Jepun lah. tapi I memang takleh telan -__- maybe sebab seaweed tu kot.

    ReplyDelete
  7. menarik..macam mudah je nak membuatnya tu tak perlu nak menumis bagaikan. boleh masuk dalam list akak resepi untuk dicuba

    ReplyDelete
  8. aida baru tak sampai setahun tau suka makan sushi.
    sebelum tu langsung x nak cuba.
    dek krn ank-anak dara aida suka makan, alhamdulillah aida belikan diorang dan aida cuba makan.
    sedap!!!!
    tapi x pernah la buat sendiri :)

    ReplyDelete
  9. Thank you for sharing! Especially ada tips... I pernah buat tapi i rebus crabstick tu and tak letak mayo.. Nanti i nak try resepi u ni pulak 😊

    ReplyDelete
  10. Tried it already! I ada mention this post 😊 tqsm!

    ReplyDelete
  11. sedap baru lepas try..tq sis untuk resepinye..

    ReplyDelete
  12. seaweed tu ada jual dekat aeon mana ye.

    ReplyDelete
  13. Tq kak,nak buat juga nanti..macam senang pula tapi tak taw la bila nak buat🤣🤣

    ReplyDelete
  14. Tq very much nany...sy teringin nk nk buat.tp X berani. Sedangkan sy sll beli sushi melayu ni kat member. 1 keluarga suka. Nany rasa? Brp byk kn kuar duit?

    ReplyDelete
  15. Terima kasih bg idea dan panduan. Masa MCO ni boleh try.

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.