Resepi Mushroom Shitake & Broccoli

By Wednesday, August 15, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Apabila nak memasak tapi selalu kebuntuan tak tau nak masak apa. Lepas tuh, masalah lain bila dalam kepala otak nak beli sayur bayam dan cik bawang tapi ended up ko tetiba beli sayur lain.

Dengan alasan. Tak apelah, kita beli dulu ..nanti kat rumah baru ikhtiar fikir nak masak apa.

Sudahnya, seminggu selepas kejadian membeli baru kita nampak hasilnya. HAHAHAHHA~

Dan pertama kali juga saya berjaya memasak Mushroom Shiitake yang fresh ni bersama dengan broccoli.

Eh! sebenarnya, ada watak-watak sampingan yang lain seperti carrot dan cauliflower. Saja nak bagi nampak colorful dan menarik perhatian anak-anak.

 Jom kita tengok resepi nya.

Bahan-Bahan :

1) Mushroom Shiitake yang segar ( bukan dalam tin ) - Dipotong 4 / 6
2) Ayam - dihiris kecil untuk dijadikan bumbu
3) Broccoli
4) Carrot
5) Cauliflower
6) Sos tiram
7) Bawang Putih - Dihiris
8) Halia - Dihiris
9) Kiub pati ayam
10) Minyak untuk menumis
11) Bancuhan tepung jagung untuk memekat kan kuah

Cara-Cara memasak :
1) Masukkan sedikit minyak di dalam kuali
2) Masukkan bawang putih ke dalam minyak yang sudah panas. Biar sehingga naik bau atau bawang bertukar menjadi kuning kekuningan.
3) Kemudian masukkan hirisan ayam dan goreng sehingga masak.
4) Masukkan pula mushroom dan gaul-gaul sebentar.
5) Masukkan sayur carrot dan sedikit air
6) Tutup kuali dengan penutup yang sesuai dan gunakan api yang besar
7) Setelah 3 minit, masukkan pula broccoli dan cauliflower
8) Diikuti dengan sos tiram dan kiub pati ayam. Gaul rata.
9) Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung.
10) Tutup api dan dan sedia dihidangkan.

Senang kan? sedap pun sedap. Alhamdulillah..anak-anak suka juga makan.

Selamat mencuba semua!





You Might Also Like

3 comments