Back to school 2019

By Friday, January 04, 2019 , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua! Hello!

My first entry for 2019 will be sharing about our children's story went to their school. Untuk Hannah dan Umair takde masalah sangat sebab both of them dah biasa dengan sekolah masing-masing.

Unlike si bongsu tuh. Ini kali pertama dia berada di sekolah baru  bersama rakan-rakan dan guru-guru yang dia belum pernah jumpa. Walaupun dia selalu juga follow mama dia pergi meeting, hias kelas  dan ambil abang di sekolah nya, tapi pasti tak sama situasinya.

Kali ini Uwais perlu berada di kawasan sekolah dari pagi sampai ke petang. Walaupun abang nya juga berada di sekolah yang sama. Tapi tahun ni, disebab kan pertambahan murid yang semakin ramai.

Maka, abangnya si Umair berada di blok yang berlainan. Memang tak jumpa ke sudah lah dalam satu hari tuh. Makan dan solat juga tidak sama.


Haraplah Uwais pandai jaga diri dan mencari kawan.

Perhimpunan pertama di hari pertama persekolahan. Murid-murid darjah satu sudah ditempatkan di kelas masing-masing. Namun begitu, mengikut pihak pentadbiran. Hari ini akan diadakan ujian membaca dan menulis dalam bahasa melayu ( sahaja) bagi mengasingkan pelajar-pelajar yang masih belum mengenal huruf / suku kata.
Walaupun education ministry kita, YB Dr. Maszlee sudah memutuskan bahawa mulai tahun ini, tiada lagi streaming class ataupun ujian linus bagi semua sekolah kebangsaan. Namun tidak di sekolah Uwais belajar. Mereka masih akan melakukan saringan untuk mengetahui level membaca dan menulis bagi anak-anak darjah 1.

Menurut pihak sekolah lagi, ianya hanya bersifat sementara. Selepas anak-anak ini ada kemajuan, InshaAllah mereka akan dimasukkan ke dalam kelas yang lain pula.

Untuk tahun 2 sehingga tahun 6. Tiada pertukaran kelas bagi pelajar-pelajar tersebut.

Kalau dahulu, perhimpunan dibuat di dalam dewan. Tahun ini perlu dilakukan di luar kerana dewan sudah tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai. Kalau tak silap saya, total pelajar untuk tahun 1 adalah seramai 160++ dan ada 7 buah kelas semuanya. Satu kelas dalam lebih kurang 23 orang pelajar.

Masa ini, nama Uwais sudahpun dipanggil dan bersedia untuk naik ke kelas. Kalau dilihat, saiz budak-budak ini memang ramai yang kecik halus ketonet. HAHAH! comel-comel semuanya. Kalau tengok bag, memang bag tuh lagi besar dari derang. Nasib baik sekolah ini all books tinggal di rak di dalam kelas masing-masing. Tiada lagi masalah beg berat ke sekolah.
Umair juga sudah bersedia untuk masuk ke kelas baru yang terletak di bangunan baru.Saiz kelas di blok baru memang agak luas berbanding saiz kelas di bangunan lama.
Pagi ini memang muka Uwais ceria dan happy jer.
Waktu rehat makan pagi adalah dalam pukul 10:30 am macam tuh. Menunya adalah nasi goreng dan air sirap. Amboihhh....suka la Uwais yer dapat minum air manis lepas ni hari-hari. Walhal kat rumah mama memang control habis-habisan air manis ni, Bahagia la ko kan dik lepas ni..tade sapa nak marah? HAHAHAH~~~

Memula tuh, risau gakla sebab takut jer air tertumpah, kawan terlanggar ke. Kang habis terlangkup pinggan nasi atas lantai. Haaa! inilah mak-mak. Fikir macam-macam. Masa Uwais bawa pinggan and gelas tuh memang berhati-hati sungguh dia berjalan. Dalam hati dok doa, please la jangan tumpah. Mak memang jadi pemerhati bebas jer dari luar yer. Hehehe~

Tengok dia makan memang berselera sangat tuh. Sedap agaknya! takpun mungkin sebab dia lapar. Walaupun dah diberikan bekal sebenarnya. Tapi sampai ke hari ini, dia akan makan bekal dia dalam kereta lepas amik dia dari sekolah.Haihh la anak! Janji cukup makan and tak complaint lapo kat sekolah sudah.

Masa dia nampak saya ini memang dia senyum ajer la, sambil saya pun buat tanda 'good' guna ibu jari tuh dari jauh. Nak buat gaya 'love' sarangheya tuh macam tak sesuai pulak dengan situasi nya yang berjaya beratur, ambil makanan dan duduk bersila makan.

Lepas tengok dia makan, saya pun pulanglah ke pangkal jalan. Sebab nak kena amik kakak pula dari SK. Si Umair, tak tau la apa cerita since dia dah dekat blok baru. Mama pula malas nak menconan sampai ke sana. InshaALLAH..abang ok tuh sebab dia dah ada kawan dan dah kenal guru.

Okey..

Iklan jap pasal update Hannah ke KAFA. Kiranya masuk jadual menyupir saya juga nanti ni.
Gambar ni sebelum kakak pergi ke KAFA. Kelas KAFA dia saya ambil yang private dan buat masa ini Hannah hanya perlu hadir ke KAFA kelas pada hari Isnin. Selasa dan Khamis sahaja. Memandangakan, hari Rabu dia ada aktiviti KOKORIKULUM di SK dan hari Jumaat dia ada english class di Eye Level Subang Jaya. Oleh sebab itu, saya sengaja ambil yang swasta. Senang sket nak berusan bab tak dapat hadir ke sekolah ni. Dari awal, saya sudah maklumkan kepada ustazah di sana bahawa, saya hantar Hannah di KAFA sini untuk dia belajar ilmu agama. Examination jatuh number 2. Saya dan suami juga, tak enroll Hannah untuk UPKK. Cerita tu nanti saya update kemudian. Why oh why?
Now, let's back to Uwais.

Rupa-rupanya, tengahari tu Uwais menangis teringatkan mama. Aduihhh anak! mungkin dia ingatkan mama dah tinggalkan dia kot. Saya dapat video ini adalah dari seorang sahabat yang anaknya juga bersekolah di sana. Kawan-kawan lain dok bergurau bermain bersama. Dia sorang mengalir dan mengesat air mata. Menahan kesyahduan.

Lap ayaq mata

Merenung masa depan

Mana la mama ni..kenapa tak amik uwais lagi ni~~~
Uwais pun dah kenal sangat dengan kawan saya ni. Tu yang best kalau kita kenal and make friends with other moms. Banyak benda boleh buat sama-sama.

Thanks Mimie for the video. Lagi 20 tahun aku suruh dia baca entry ini and tengok balik how was his first day at school. Muhahahahha!

Petang tuh, bila saya tanya kenapa Uwais menangis.

Dia jawab

"Uwais nak mama"

Sorry lah nak..mama pi gelak kan ajer. Nasib tak cakap.."nak kawen dengan mama" HAHAH~

Hari ke-2masa ni dalam kelas. Sengaja mengintai jap. Memang nampak happy betul dia sambil cakap..mama!
Lepas solat asar, pergi ambil dia. Mata nampak bengkak merah sikit sebab nangis tadi kot. Tapi dia happy jer masa ni. Mungkin lepas naik atas tuh and buat aktiviti dengan mu'allimah. Dia dapat melupakan segala kesedihan dia. 
Bekal mama bagi pagi tuh. Tak jamah apa pun. So, dia habiskan semua sekali masa nak tunggu abang balik. Buah anggur, kek pisang dan egg sandwiches.
Semalam punya aktiviti.
Alhamdulillah, guru kelas Uwais baik dan setiap hari akan update pada parents aktiviti-aktiviti yang mereka buat. Memang seronok tengok anak-anak beraktiviti bersama-sama.

Semalam , Uwais dah tak menangis dah. Insaf dah kot! HAHAH! nanti kita tunggu apa cerita pulak hari ni yer.

Semoga Muallim/Muallimah di Sriipuj terus bersemangat untuk mengajar dan mendidik anak-anak bangsa.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

4 comments

  1. selamat kembali ke sekolah..wah ada bekal bento tu

    ReplyDelete
  2. Nak kawen dengan mama. Haha. Boleh geng dengan Syafi. Hari ke-2 dia bantai menangis sampai satu taman dgr. Haha.

    ReplyDelete
  3. hehehe macam2 ragam tapi semua ni kenangan. belajar rajin2 ya semua =)

    ReplyDelete
  4. Anak anak masuk sekolah mak mak mmg teruja hokey.... Itu normal....Alahai sweetnya mama, manalah si bongsu tu tak rindu ngan mama.
    Dahlah mama rajin buatkan bento. Kira mudah berkawan jugak si Uwais ni ye Nanny

    ReplyDelete