Bercuti Di New Zealand ( Auckland Day -2 )

By Thursday, June 20, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Sambung cerita jalan-jalan ke New Zealand hari ke-2 pulak yer. Perjalanan dimulakan seawal 9:00am. Tempat-tempat yang kami explore adalah :

1) Viaduct Harbour
2) Queen Street
3) St. Lukes Mall
4) Dress Smart
3) Michael St Joseph Memorial Park
4) Mission Bay

1) Viaduct Harbour

Merupakan salah satu tarikan yang terkenal juga di Auckland. Ada pelbagai jenis bot dan yacths. Derang kat sini tak beli sangat kereta-kereta mewah ataupun yang terkenal sebab derang lagi suka beli bot dan yacths. Selalunya, yacts dan bot tuh derang guna masa musim cuti summer.

Sepanjang menyusuri jalan di kawasan Viaduct Harbour ni, saya suka melihat keadaan di sekelilingnya. Ada banyak juga kedai kopi, pastry dan restoren. Area ni memang sesuai kalau nak dijadikan port berjalan. Lepas tuh, boleh stop by mana-mana untuk amik gambar berlatar belakangkan Auckland Tower.

View Viaduct Harbour
Siap ada kabin yang diubah suai jadi mini library
Kawasan pelabuhan
Cuaca pagi tu tak berapa nak stabil sangat. Jap mendung, jap cerah.  Kami berjalan sampai ke hujung dan ada supermarket menjual ikan dan hasil laut yang lain. Cuma, kawasan ini high end jadi harganya agak mahal.
 Saya suka juga tengok ikan-ikan fresh  ni. Lepas tuh dok fikir..nak masak apa yang best. Hihi~





2) Queen Street

Area ni penuh dengan kedai-kedai untuk kita shopping sourvenirs . Money changer, kedai kopi Starbucks pun ada kat area ni.  Since we all pergi time weekdays jadi takder la bersesak sangat. Just nice jer keadaannya.



Saya survey jugak harga-harga sourvenirs di beberapa buah kedai. Ada yang murah dan ada yang mahal. Beza dalam 1NZD macam tuh. Tapi tulah, sebab otak ni dok nak convert jer harganya. Jadi walaupun beza 1NZD tuh..terasa la gak mahalnya.
Ade kedai PRADA juga kat sini.
Sabun ini memula nak beli. Tapi ended up..ntah kenapa tak beli. Lepas tuh, menyesal. Haihhh~~
T-shirt. Tapi saya tak beli pun
 Saya juga suka melihat bangunan-bangunan di negara lain
Saya cuma beli beberapa fridge magnet dan pen. Sebab plan nak datang lagi ke sini. Tapi sudahnya, tak sempat pulak nak pergi. Sadis sungguh..walhal dok aim juga, oven gloves, sabun, krim tangan dan tea towel. Mungkin sebab saya cuba nak berjimat sebab nanti nak gi beli sourvenirs Smiggle untuk anak-anak. Takut duit tak cukup.
Hasil shopping di Queen Street dan St Lukes Mall ( barang Smiggle )
Ini pun beli di souvenir shop di Queen Street.
Harga Wallet Smiggle : NZD14.99
Harga Jam Tangan Smiggle : NZD27.75

Sebenarnya, lepas kami ke Queen Street tuh sepatutnya pergi ke Parnell Rose Garden. Tapi, hari tu memang hujan. Ditambah lagi dengan musim tuh adalah musim autumn. Jadi, tak berbaloi rasanya kalau pergi sana.

Jadi, kami semua pergi ke St Lukes Mall. Kebetulan, partner saya dan keluarganya perlu makan tengahari. Saya merayau cari kedai Smiggle dalam tuh. Outlet dia tak der lah besar sangat. Sama ajer lebih kurang macam kat Malaysia. And dalam tuh pun ada gak kedai yang jual sourvenir.

Habis urusan di St Lukes Mall, tourist guide membawa kami ke Factory Outlet yang berdekatan yang dikenali sebagai Dress Smart Outlet. Saya hanya masuk dua kedai sahaja iaitu kedai Strandbags and Levis.

Sebenarnya, sling bag yang saya beli sebelum bertolak ke NZ aritu dah rosak. Tak boleh nak tutup macam dalam gambar di bawah :



Nampak kan? actually skru nya dah tertanggal.
Lama saya di dalam kedai bag ni. Nak pilih yang betul-betul berkenan tuh...aduhai..susah betul. Dari asalnya nak beli sling bag. Ended up terbeli juga wallet dan handbag. Haishhh..dah namanya perempuan. Selalu macam ni la kan? kalau shopping groceries pun sama, susah naw nak stick to the original planned.

Bucket bag tuh actually harga dia NZD54.99 tapikan ada sales jadi NZD19.99. Takkan lah tak beli? Hahah! Alasan sangatttt~~
Memandangkan wallet saya pun dah lunyai. So, kita angkat ni satu yer..harga azal NZD29.99 dapat less smpi NZD11.50.
Ni semua gara-gara saleswoman yang dok approach saya and layan saya bersungguh. Dia tolong pilihkan mana yang berkenan. Bagi opinion semua. Huhu..baik dan peramah sungguh. Tu yang terbeli tuh..ok alasan lagi. 😆

Habis shopping di Strandbags, masuk pula Levi's. Terkedu jap tengok harga sehelai seluar jeans dapat harga NZD19.50. Haaaaa~~~ takkan nak tengok jer. Jadinya, marilah beli selai.

Then, kami meneruskan perjalanan ke Michael Saint Joseph Memorial Park. Cantik tempat ini untuk bergambar.



Dah nak masuk maghrib, kami pun bergegas menuju ke destinasi yang terakhir iaitu Mission Bay. Kawasan pantai yang cantik dan mendamaikan. Kami singgah sekejap sahaja untuk ambil gambar. Heheh...Mungkin kalau ada masa extra boleh jugak strolling around sepanjang area ni.

Selepas sampai di hotel, tunggu azan maghrib dan berbuka dengan kurma dan air dulu. Solat maghrib jamak sekali dengan Isyak. Then, pergi dinner makan lamb.

Jangan tanya sedap ke tidak. Biar gambar berbicara..hahah!


Before
After
Daging dia memang sedap yakmat. Lembut, berperisa dan juicy. Teringat pulak..mana nak cari kat Malaysia daging gini eh..huhuhu~~~


Alhamdulillah~~~ sebelum pulang singgah kejap di Supermarket Countdown. Tengok-tengok la groceries kat sana. Sayur, buah, dairy produk derang. Sempat la beli yoghurt dan fresh milk. Sedap sangat! lain dari yang kat sini.

Sahur malam tuh beli Nasi Ayam di Uncle Man's. Sedap seperti biasa. Hehe~ Nanti sambung pula Day-3 yer kawan-kawan.

That's all for now. Thank you for reading!

You Might Also Like

2 comments

  1. bestnya NZ. rindulah nak pergi sana lagi. huhu

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak Nany jalan jalan tengok tempat orang :)

    ReplyDelete