Resepi Biskut Famous Amos Yang Sedap

By Monday, June 03, 2019 ,

Assalammualaikum w.b.t

Last minute punya decision bila rasa nak buat biskut raya tapi tak nak buat yang renyah , beracuan , berjem, berinti.

Maka, terhasil lah biskut famous amos yang senang nak dibuat, rasanya yang enak dan memukau semua orang. HAHA~

Kiranya, ini adalah resepi ketiga biskut famous amos yang saya pernah cuba. Sebelum ni pernah buat dan bahan-bahan dia lagi banyak nak kena bubuh. Dan rasanya? sedap juga.

Cuma, beza resepi kali ini adalah kurang sket bahan-bahannya tetapi ada satu bahan 'rahsia' yang membuatkan rasa biskut famous amos ini lebih sedap dan lain dari yang lain yang pernah saya cuba.

Resepi asal saya ambil dari blog http://www.bisousatoi.com/ Thanks you Sis Rima sudi berkongsi resepi yang best ni.

Saya tulis semula resepi biskut famous amos dari blog bisousatoi ini yer.

Bahan-Bahan :

-  250g salted butter - saya guna brand Tatura
-  200g light brown sugar
-  1/2 tsp coffee oil -  tapi saya tak jumpa di Bake With Yen. Jadi saya tukar kepada jenis 'perasa' 
   sahaja.
-  1 egg
-  1/4 cup nestum ( processed ). Boleh jer kalau nak guna blender kering tuh jugak.
-  1/4 cup ground almonds
-  1/2 cup favourite nut - I used walnut. Chopped finely
-  1 pack semi sweet chocolate - I used Hershey brand
-  300g self raising flour
- Vanilla essence 

Cara-Cara 

Paling penting dan rahsia biskut Famous Amos korang sama rasanya macam kat kedai tuh ha. Kena buat eh, jangan nak derhaka pulak. Kang tak jadi ..jangan salahkan daku yer.

First thing first yang kena buat. Korang kena beat the egg dengan vanilla essence and coffee oil ataupun perasa coffee untuk bagi 'rasa' yang unik nanti pada biskut ni. At least kena simpan dalam fridge for 2 hours or nak lagi best buat la semalaman. Saya tak sempat nak tunggu, so mampu tunggu dalam 2 - 3 jam jer.


                   Inilah coffee flavour yang saya guna tuh. Beli di Bake With Yen.

Next, beat sugar, butter and segala bahan-bahan kering yang lain seperti di atas. Oh ya! korang juga boleh guna tepung gandum biasa tapi kena lah add 1/2 tsp of baking powder. Ayak dulu tepung and baking powder tuh ok?

Lepas tuh, masukkan pula campuran telur, vanilla essence dan coffee oil ke dalam mixer korang tadi. Pukul sebentar. Finally add on the flour into the mixture. Dah pun siap!

Korang boleh lah mula buat bentuk bulat macam guli tuh. Besar guli tuh pun takper dah sebab nanti dia akan mengembang dengan jayanya.
Biskut macam ni adalah dalam kategori ' drop cookies'. Yerlah...ko bulat-bulatkan ajer then 'drop' kan dia.Lepas tuh masukkan dalam oven then after 20min, bentuk biskut tu bertukar menjadi leper. Mudahkan? Heheh~


Bakar pada suhu 180 degree C selama 20 min. Bergantung kepada oven masing-masing.

Bila dah masak, sejukkan dulu and lepas tuh boleh transfer masuk dalam bekas yang sesuai. Boleh lah bawak balik kampung sebagai oleh-oleh nak bagi orang kampung korang merasa biskut Famous Amos nih. Silap haribulan, kalau korang rajin..boleh lah buat tempahan. Heheh~

Muka manyak senyum sebab nak balik kampung jumpa geng beyblade. HAHA~
Selamat mencuba semua!

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

Berhati-hati memandu pulang ke kampung ~~

You Might Also Like

2 comments

  1. Lazat tu.. Kt Umh mak buat juga tp yg color coklat pekat skit dr yg ni

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. memang sdapp kak nanny! fave kita ni :D

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.