Resepi Sup Ayam Tanpa Minyak Yang Confirm Sedap Dan Sihat Menggunakan Pressure cooker.

By Sunday, November 03, 2019 , ,

Assalammualaikum semua!

Lama sungguh saya tak bersiaran. Semenjak menjadi student semula dan part time English cambridge teacher  ni  memang kesibukan nya mengalahkan YB . HAHAH~ over gitu. Nak mengupdate blog F4Y243 sekarang pun jenuh lahai.Yes~ I am a sudent now. Tapi takder lah amik master ke or PhD. Nak tau amik course apa tu nanti saya cerita di lain hari dan waktu.

Dua hari lepas saya cuba masak sup ayam yang paling sihat di abad ini ( self claim ). Korang tak perlu nak tumis-tumis , meletop- letop dengan minyak. Kaedah nya hanya dileburkan semua ke dalam periuk.

Nak lagi senang dan lebih juicy, sila gunakan pressure cooker. Jadi, kini ayam sup anda akan menjadi lebih mudah juga. Zasss...zusss...zassss. Siap!

Sup ayam yang bila dihirup pasti membuatkan mata anda terpejam 2 saat!
Bahan-bahan sup ayam :

(Untuk 5 - 8 orang makan)

- Ayam yang dipotong megikut saiz kesukaan masing-masing.
- Sebiji ubi kentang dipotong 4
- Sebatang carrot - Dipotong memanjang dan dibelah 4
- Seulas bawang putih - dititik
- Sebiji bawang besar - dipotong 4
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam ( optional )
- Bawang goreng putih - untuk hiasan
- Daun sup / bawang - untuk hiasan.

Cara-cara memasak sup ayam :

- Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam periuk pressure cooker ataupun periuk biasa.
- Tuang air takat bahan-bahan tuh terendam sahaja. 
- Tekan butang "high pressure". Setkan masa selama 5-8 minit. Siap!
- Kalau guna periuk biasa, kena guna api slow sebab menggunakan konsep "reneh"
- Tambahkan air jika air semakin berkkurangan.
- Taburkan bawang putih goreng dan hirisan dedaunan pokok bawang dan sup


Haaa~~~ senangkan? kalau nak lagi menyengat, buat lah sambal kicap. Gerenti merecik air mata bila makan.


That's all for now. Thank you for reading!

You Might Also Like

1 comments

  1. mudah dan sedap, masak dengan PC kadang memang lebih terasa sup nya tu

    ReplyDelete