Homeschooling : 6 faedah aktiviti memasak untuk kanak-kanak
Memasak dapat memberi pelbagai pengalaman teknik belajar untuk kanak-kanak. Cara yang agak praktikal untuk mengajar mereka subjek kemahiran hidup. Dari sudut akademi pula, mereka dapat membaca, mempelajari sains dan matematik. Ianya juga salah satu cara untuk meluangkan masa antara ibu bapa dan anak-anak sekaligus dapat memupuk komunikasi yang berkesan dengan mereka. Memasak di rumah juga adalah amalan yang menyihatkan. Yerla, duit pun jimat dan tahu kandungan nutrisi di dalam makanan yang kita masak.
1) Menambah keyakinan diri :
Berikan dorongan kepada anak-anak ketika melakukan sesuatu tugas dalam memasak. Berikan mereka peluang untuk menyediakan juadah makan pagi / tengahari / petang / malam untuk dimakan bersama-sama. Tunjukkan kepada mereka bahawa jika melakukan sesuatu perkara bersama-sama, hasilnya akan lebih 'wow' . Jangan lupa, berikan pujian juga ketika proses memasak berlangsung.
2) Penggunaan Imaginasi
Biarkan anak-anak menggunakan kemahiran imaginasi mereka. Contohnya, ketika memasak pizza, biarkan mereka menyusun atur segala bahan 'topping' di atas permukaan pizza tersebut. Walaupun nampak tidak kemas dan cantik di mata kita, biarkan...kerana mereka akan bangga dengan usaha yang dilakukan sendiri.
Jom susun udang atas pizza! |
Kanak-kanak menggunakan 5 jenis deria mereka dalam dalam proses eksplorasi. Dengan memasak dapat memberi peluang untuk mereka menggunakan deria melihat, mendengar, bau dan rasa. Ianya juga dapat menambah kebaikan kemahiran seni halus motor mereka.
6) Membantu kemahiran matematik dan sains
Bila memasak, kita akan ada bahan-bahan yang diperlukan bersama sukatan. Dengan adanya sukatan seperti 2 cawan tepung, 1 sudu besar gula ataupun setengah cawan air dapat membimbing mereka dalam mengira. Mengikut turutan dalam memasak juga boleh mengajar mereka untuk berdisplin. Jika anda memasak makanan yang terdapat yis di dalam makanan, boleh terangkan apa itu yis dan kulat serta proses fermentasi. Bila dah masukkan bancuhan yis bersama gula dalam tepung, dan tunggu sehingga adunan tadi naik berganda-ganda, suruh mereka lihat dan uli. Pasti mereka seronok dan gembira!!!
Bahan-bahan :
1) 2 cawan tepung gandum
2) Setengah cawan air suam
3) 1 sudu besar gula
4) 1 sudu besar yis (mauripan)
5) 1 sudu besar mentega
6) 1 sudu kecil garam
5) Bahan-bahan topping seperti ; sos pizza, hirisan sosej, bawang merah yang didadu, tomato yang dipotong, hirisan lada benggala,kepingan cheese, sos cili dan sos mayonnaise
Cara-cara memasak :
Mula-mula buat doh pizza dulu. Bancuh gula dan yis bersama air suam. Tunggu sampai bancuhan yis tersebut berbuih, dalam 10 minit. Dalam mangkuk yang besar, tuangkan bancuhan yis tadi ke dalam tepung gandum. Masukkan garam dan mentega. Uli sehingga bancuhan tidak melekat di tangan.
Biarkan doh naik 2 kali ganda , dalam 1 jam. Keluarkan doh dan tumbuk-tumbuk doh tersebut . Seterusya, sapukan mentega di atas bekas untuk memasak pizza. Tekan bancuhan pizza tersebut menggunakan tangan sehingga rata semuanya.
Sapukan sos pizza kegemaran anda. Hiaskan bahan-bahan topping mengikut suka. Taburkan cheese dan akhir sekali letak sos cili ataupun mayonnaise.
Bakar pada suhu 180 degree C selama 20minit.
Pizza anda sedia untuk dimakan.
5 comments
bagusnye akk nani! kreatif sgt dgn anak2 hehe
ReplyDeletetq untuk rasepi pizza tu..mcm nak buat jek weekend ni..
ReplyDeletewah baguslah ajak anak2 buat masak sama2...
ReplyDeletedah lama teringin nak buat pizza tuh tp penyakit M tuh asyik datang je... eh..eh.. hihihih
Terima kasih... Mohon share ye puan :)
ReplyDeleteAlktiviti nematode UK anak terutama musim pkp ni. Tq
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.