Resepi Sup Miso

By Thursday, August 06, 2015 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Sesiapa peminat makanan Jepun mesti tau apa itu sup miso atau dalam bahasa nihongo nye ' mi so shi ru'. Kalau pergi restoren kat sini and nak order sup miso ni..boleh la try cakap macam ni..

"o mi so shi ru o one gai shi masu : Can I have a bowl of miso soup " :)

Sup miso ni adalah merupakan makanan tradisi masyarakat Jepun. Dalam sup ni ada stok "Dashi" (stok ikan) dan "Miso" . Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk memasak sup miso ni. Bergantung kepada citarasa masing-masing.  Miso ni pulak adalah diperbuat dari kacang soya yg diperam bersama garam dan sejenis fungus yang dikenali sebagai kōji. Miso ni juga ada macam-macam rasa bergantung kepada tempoh ianya diperam. Contohnya, miso yang diperam agak lama ialah miso merah dan akan memberikan rasa sup yang agak kuat manakala miso yang diperam dalam tempoh yang sekejap akan menghasilkan warna miso yang berwarna putih. Rasanya pula tidak sekuat miso merah dan agak manis.

Lebih dari 80% jumlah pengeluaran miso di Jepun adalah untuk menghasilkan sup miso dan tahukah anda semua bahawa kajian yang dibuat menyatakan 75% rakyat Jepun mengambil sup miso sekurang kurangnya sehari sekali. 

Dulu, sebelum sampai sini, tak hairan pun dengan sup miso ni..sebab tak berapa minat makanan Jepun. Tapi bila dah sampai sini and yakin bahawa sup miso ni halal untuk dimakan ( berdasarkan ingredients) dan tak banyak pilihan nak makan especially bila outing jalan-jalan.Lagipun bila dah lapa, memang sedap jer la semua. Now, anak-anak pun dah mula suka sup miso ni..adalah variasi sikit menu derang.

Cara nak makan sup miso ni adalah dengan nasi , gyudon atau ayam karaage. Kalau kat Malaysia, macam kita makan kat kedai and mintak sup kosong tapi tak sumer orang suka makan dangan sup sebab ada yang suka makan nasi kering macam tu jer. Selera masing-masing kan...


Sup miso bersama nasi Jepun , ayam goreng Jepun style (Karaage)
Jom tengok bahan-bahan dan cara memasak sup miso ;

Bahan-bahan :

1) Paste miso
1.1) Rupa bentuk paste miso




2) Kicap perasa kegemaran orang Jepun. Kicap ni sangaaaaaaaaaattttttttt masin. So, jangan letak banyak-banyak. Dalam 1-2 sudu besar dah cukup. Brand kikkoman ni InshaALLAH, selamat untuk dimakan.

3) Tauhu lembut. Kena cari tauhu yang macam ni kalau nak buat yang ala-ala Japanese style. Kalau tauhu yang kat kedai runcit dalam baldi tu sesuai untuk buat mee goreng/bihun goreng/mee kari dan makanan Malaysia jer..hehehe

3.1) Potong tauhu tu macam ni
4) Wa ka me  ( sejenis rumpai laut yang selamat untuk dimakan). Ini jenis yang kering. Kalau tak jumpa wakame ni pun takper boleh ganti jer dengan daun bawang. 

4.1) Cara nak masak wakame ni senang jer. Masukkan ke dalam air yang mendidih. Tak payah tunggu lama..sebab kurang dari seminit die dah mengembang dan jadi lembut. Tapis air dan sedia untuk dihidangkan bersama sup misou

5) Stok serbuk dashi.

Cara-cara memasak :


1) Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan . Sukatan air macam nak buat sup.

2) Bila air dah mendidih, masukkan stok serbuk dashi. Serbuk ni pun masin. Masukkan separuh dari peket pun dah ok. Tapi kalau nak buat banyak, masukkan sepeket terus.

3) Kemudian, masukkan 1sudu besar kicap kikkoman.

4) Masukkan pula 1 - 2 sudu besar paste miso. Kena tekan-tekan dengan belakang senduk sebab paste die ni macam berketul-ketul sket. So, nanti die senang hancur dan sebati. 

5) Masak lagi dengan api kecil selama 10 minit. Kemudian, masukkan tauhu ke dalam sup. Masak lagi dalam 2 minit. Tauhu ni tekstur dia sangat lembut, so kalau kacau kena perlahan-lahan takut nanti tauhu ni hancur.

6)  Akhir sekali, senduk sup miso ke dalam mangkuk dan taburkan daun bawang dan masukkan daun wakame. 

Siap untuk dihidangkan.

Sup miso
Gyudon beef

Itadakimasu!!!

You Might Also Like

14 comments

  1. Huaaa guano nak dapat paste, kicap dengan dashi tu kt msia? ade suggestion tak?

    ReplyDelete
  2. Huwaaaaa..cer try tengok kat cold storage, I-setan or AEON mall. Try dulu yer..hehehe..kalau tade gi sushi king jer la..hahaha ..

    ReplyDelete
  3. thanks nany share recipe...cube try share recipes for that chicken karaage and gyudon beef tu...cam enak je...hahaa...akan ku bawa screenshots ingredients ni ke aeon nyer supermarket...kite swap dgn recipe toekbokki n kimchi jiggae malaysian version ek

    ReplyDelete
  4. Aida!!!! thank you sebab comment dlm blog I tak seberapa ni. Never eat kimchi before..haishh..sedap ke tidak eh? aku ni tekak JAWATAN sket ( Jawa + Kelantan) hahaha..eh!

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Memang sedap miso soup nie...sebb aq dulu kerje hotel kat senai bahagian japenis

      Delete
  6. itadakimasu..hihihi..nasi tu nasi biasa ke nany buat btuk kucing.. nk try buat tuk bento anak lahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi UA!

      Nany guna beras jepun nak bentuk kucing tuh..Boleh juga nak try beras malaysia tapi mencabar sebab die tak lekat sangat kan...heheh..boleh try nanti yer! beli acuan kat Daiso.

      Delete
  7. Salam. Sedapnya. Baru tadi makan kat food court alamanda. Kedai Bento & Ramen. Kalau kat Sushi King pun sedap gak tp tawar drp food court. Food court punya byk perasa. Teringin nak buat sendiri tp mcm susah nak cari bahan2.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...yang penting halal,
    perlu berhati hati dalam setia sos atau kicap yang digunakan
    kerana banyak kicap yang ada gelatin...

    ReplyDelete
  9. Salam Nany..Nany tq for the MISO SOUP resepi...teringin nak try. nanti nk cuba cari bahan di ISETAN..

    Nany, Soup utk Udon Mee and Soba Mee ada tak? share la nany...hahah.. tqtqtqtq

    ReplyDelete
  10. Tq sis share recipe. Ada beli paste miso kat shoppee. Nak tanya, paste tu bila dh buka bekas dia dia perlu simpan dlm peti sejuk ke bole je kat luar suhu bilik? Tq in advance :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.