It's official now!

By Tuesday, November 15, 2016

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah...

Setelah berbulan-bulan memerah otak fikir nama, cari font, pilih warna font, warna background, pilih size. Cari kedai online yang terbaik untuk buat printing. Akhirnya, lahirlah sebuah pilihan. Eh! itu lirik lagu :)

Tercapai lah sudah apa yang diimpikan oleh Puan Nany sebelum ini. Untuk permulaan, saya hanya menempah sebanyak 75pcs sahaja dengan kos sebanyak RM37.00 termasuk delivery charge

Berikut adalah step by step untuk menempah label tag mengikut pengalaman sendiri :
 
Langkah pertama, saya fikir dahulu nak bagi nama apa. Itu pun lama sangat fikir. Ada masa, bila dah jumpa 2/ 3 nama. Perap dulu. Tak tahu kenapa. Mungkin dengan harapan untuk dapatkan nama yang lagi "KICK" dan ada kisahnya sendiri.

Antara nama-nama yang termasuk dalam carta hot Puan Nany adalah :

1) Pattern&thread - Walaupun bunyi nya macam dah 'beregu'. Tapi , rasa too long to handle. Kah!

2) nanymadeit - selalu ianya dijadikan hashtag dalam ganbar-gambar hasil jahitan di IG saya

3) Handmade by Nany - Nyaris nak kena print out. Cancel sebab ramai sangat dah kot guna perkataan 'handmade'.

4) Fathir - Ada surah dalam Al-Quran yang bernama "Fathir" yang bermaksud pencipta. Tak jadi jugak sebab nanti orang confuse. Ni nama owner ke? or nama suami dia? or nama anak sulong? or anak bongsu? Hehehe...

5 ) Ilham.nany - Sebenarnya nak letak "suri.ilham". Sekali tengok kat IG ramai dah amik nama ni. Jujurnya, suka sangat gabungan nama "suri.ilham" sebab saya kan dah jadi surirumah dan memang saya mencari ilham nak buat pattern ape, nak guna kain ape, mana lagi cantik, and otak ini terus berfikir mencari 'ilham'. Ended up, saya guna nama sendiri :) lagi senang kan? ada identiti tersendiri.

Langkah kedua, saya sketch dulu atas kertas. Ikut ukuran yang diberikan. Apa ukuran yang available and nak jenis finishing yang camane. Nak lipat tepi both side or nak jahit atas ajer. Ada kedai yang boleh terima sketch tangan sahaja then, nanti dia akan buatkan cantik-cantik yang real punya la. Tapi kena decide  nak color apa.

Ada juga kedai yang nak dalam format .jpeg . Or boleh juga minta staff tu designkan untuk kita. Cuma ada extra charge dalam RM5.


Saya buat dalam powerpoint jer then masa nak save tu, save format as .jpeg or .png.

Langkah ketiga, bila dah puas hati 100%  dengan design yang dibuat tu then, boleh la proceed hantar kepada kedai tersebut. 

Label tag jenis ni, derang print atas ribbon bukan yang jenis sulam-sulam tuh. Puas hati ajer. Berbaloi la dengan harga dan service derang tuh. Kalau yang sulam mahal lah sket. Rasa dalam ratusan ringgit.
Lagi satu, minimum order yang derang ambil dalam 60-75 pcs sahaja. Ada tuh sampai 1000 pieces minumum order baru amik. Oii banyaknya! kalau bukak kedai yang memang ade staff sendiri berbaloi la buat kan. Kalau takat, amik order 3 helai jer lepas tuh terus cakap "sorry yer sis...tempahan dah penuh"...baik tak payah! hahahah! sesuai kan dengan diri sendiri ok?

Jadi
 
Untuk sesiapa yang berminat, bolehlah check FB derang di sini : Label Hijab


That'a All and Thank you for reading!

You Might Also Like

7 comments

  1. Wahhhh kak! Cantik label tu, suka tengok :)

    ReplyDelete
  2. tahniah nany....

    serius lawoooo.... mesti puas hati ade label sendiri kan....bermula dari label ni nanti laa akan berkembang2....tau2 ade dah agent, vendor...mane tau kan...lieya doa yg terbaik utk nany....

    ReplyDelete
  3. tahniah Nany !!! semoga bisness success ;)

    ReplyDelete
  4. tahniah nany..meniaga apa ni?
    moga success..

    ReplyDelete
  5. Thanks All!
    @Zee Suhaini : jahit palazzo, Book / Tafsir / Al-Quran Cover. Part time jer ni. Full time is housewife.

    ReplyDelete
  6. One step ahead. Good luck kakak

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.