Sesuatu untuk ibu-bapa di luar sana!

By Friday, November 25, 2016 , , , , , ,



Assalammualaikum w.b.t

Hereby is my speech during annual / award dinner of IISPJ . I ended with special message that I have created by myself  which I dedicated to all my blog readers , parents and teachers.

I introduced myself in nihonggo ( Japanese Language )

こんばん
私の名前はナニーで
私は主婦ですが、会社で働いていまし
私には3人の子供がいて、ハンナは大きな姉妹で
私たちはバンダルキラーラに住んでいま

Konbanwa
watashi no namae wa nany desu
watashi wa shufudesuga, kaisha de hataraite imashita
San nin no kodomo ga ite
Hanna Chan wa onee-san
watashitachiha bandarukirāra ni sunde imasu

Good evening
My name is Nany
I am housewife but used to work in company
I have 3 children and Hannah is big sister
We are living in Bandar Kinrara

TRANSITION

Hannah sebenarnya menghadapi Transition ataupun peralihan dalam hidup dia. Dari sekolah International di Jepun kena bertukar ke Sekolah Integrated di Malaysia. Banyak sangat perubahan yang dia kena hadapi. Dari segi subject mata pelajaran yang kena belajar. Paling utama adalah Jawi dan bahasa arab. Bahasa Melayu tuh tak risau sangat sebab kami memang bercakap BM pun kat rumah. As for English, kat sekolah International tuh nak tak nak, she must speak english kan.

Cuma, masa di Jepun dulu, saya memang ada ajar jawi iaitu dengan membaca IQRA, mengaji bersama-sama dan arabic tuh. Erk! sekali sebulan kot sentuh ke..dua bulan? ahahaa~~

Ok ..ok..
yang pastinya. Pembelajaran di rumah perlu ada walaupun sedikit dan kena selalu gak ingatkan yang nanti bila balik Malaysia..you have to study all these. Walaupun dalam hati memang tak suka nak bagitau sebab takut dia stress. Tapi tulah..lambat atau awal, dia tetap akan hadapi juga. This is what we called LIFE.

Bayangkan, masa kat Jepun dulu Hannah kena belajar tulisan-tulisan orang Jepun ni. Hiragana, Katakana and Kanji. Tapi dia cuma sempat belajar Hiragana and Katakana. Paling susah adalah Kanji. Huhuhu..Kanji ni sama jer macam tulisan Chinese kat sini. Cuma bunyi jer lain. Kena hafal bentuk image tulisan tuh. Huk..huk..huk..

Once balik Malaysia, bila dapat buku latihan dari sekolah memang terus saya ajar dia jawi bersungguh sikit la. Saya cuba catch up mana yang boleh. Alhamdulillah, emak saya pun banyak tolong. Kalau balik kampung, dia memang agak rajin ajar Hannah jawi :) Terima kasih emak! dari anak-anak sampai ke cucu dan anak-anak jiran kampung dia ajar. Walhal tader la belajar sampai dapat phD. Sekolah menengah pun tak habis. Atuk and opah dulu orang kampung yang susah. Tader duit untuk pembiyaan pendidikan anak-anak. Motor pun tader. Yang ada hanyalah basikal tua.

Point nyer, pembelajaran anak-anak tidak boleh diswastakan sepenuhnya kepada sekolah. Contoh lain macam amik wudhu'. Balik rumah, kena suruh dia amik wudhu' sambil kita tengok teknik dia tuh. Air kena bukak slow ajer ( ni selalu juga saya terlupa pesan dan terbuat sekali '__' ). Kena sapu rata-rata instead of macam basuh ala-ala car wash.

Bacaan doa pun sama. Saya tengok, banyak sangat doa yang kena hafal and masuk exam. Tapi trust me, kalau baca hanya untuk exam memang USELESS! Ni pengalaman sendiri bila usia dah nak masuk 40 years old. Sekarang saya pesan kat anak-anak. Doa ni bukan hafal semata tapi kena amalkan juga. Tu sebab, saya tak marah pun kalau Hannah tak leh jawab soalan doa dalam exam ari tuh. ( dan memang ada yg dia tak leh nak jawab pun ) Rasa tak berbaloi nak marah. Before marah anak, ask yourself ...kita sendiri dah hafal ke belum?

Dari segi sekolah IISPJ pula, saya tahu cikgu cikgu di sana sangat rajin dan berusaha keras mendidik anak-anak. Ada yang sanggup buat tusyen samada free ataupun berbayar. Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua muallim dan muallimah kerana mendidik Hannah dan anak-anak murid yang lain. Bukan senang nak handle sejumlah besar kanak-kanak di bawah satu bumbung yang macam2 perangai dan tingkah laku. Hannah dah banyak hafal surah-surah juga sebab muallim  muallimah rajin buat hafazan.Sebab lain, mungkin kerana nisbah bilangan pelajar dan guru nya adalah sedikit. Kalau tak silap, 1:15 macam tuh.

Walaupun tak semua mampu untuk hantar anak-anak ke sekolah private atau International kita masih ada pilihan. Berhentilah cakap..menyalahkan dan membanding orang lain dengan kita.

"ala...bolehla..kau banyak duit, keje laki bini"
"ala...kau tak keje, tapi laki kau keje masyuk kot"
"area rumah aku jauh from this kind of private school...malas lah nak antar jauh-jauh"

Please!

Wahai ibu dan bapa yang budiman sekalian. KITA ADA PILIHAN. Tidak mengapa jika tidak dapat pendidikan yang bagus dan berkualiti. Tapi pada saya, teruskan menerapkan nilai-nilai murni di rumah. Pembelajaran kehidupan termasuk sahsiah itu juga sangat penting. Jangan di sekolah sahaja anak-anak kita bersolat, berdoa ketika hujan dan mengaji. Lakukan juga di rumah. Sebab kalau belajar untuk exam sahaja itu salah! Ada banyak cara..kita kena berusaha. Nak 1000 daya , tak nak 1000 dalih.

Anak-anak kita juga unik. Jangan bandingkan sesama mereka kerana setiap manusia itu ALLAH S.W.T ciptakan dengan berlainan kebolehan dan  mereka dikurniakan "intelligence"  yang tersendiri. Ibu bapa jangan lah sedih atau down kalau anak-anak tak dapat naik stage or performed dalam exam.  Perjalanan masih jauh lagi. Cuma, untuk mereka yang memang dah berusaha dari awal secara konsisten dan bila ianya membuahkan hasil, jadi tidak salah juga untuk diraikan bersama-sama.

Kalau dia masih 'slow' dalam pembelaran, tidak mengapa. Fokus juga bidang yang mereka minati contoh macam ; bersukan, art and craft, berucap, fotografi, kekemasan dan penampilan diri, menulis dan banyak lagi lah. Korang pun tau kan...semua ni sebenarnya boleh menjana pendapatan juga.

Cuba juga untuk menghasilkan diri kita semua termasuk anak-anak sebagai seorang manusia yang "GOD CENTERED". Maksudnya, apa sahaja yang ingin kita lakukan dan ada target yang nak buat and before kick-off, kita seru nama-nama ALLAH dengan penuh tawadhuk dan mengharap. Sekurang-kurangnya kalau gagal di akhir garisan nanti. Taderla terperosok, terpenyek teruk sampai tak boleh bangun. Sebab bila jadi seseorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang MAHA MENGETAHUI, MAHA PENCIPTA, MAHA BIJAKSANA, MAHA TELITI, MAHA HALUS, MAHA PENYAYANG, MAHA PEMURAH. Kita tetap akan OK and FINE. Dapat juga kan pahala , InshALLAH....

Last but not least, saya ada tulis sesuatu yang lahir dari hati saya ketika mencari idea untuk short speech tempoh hari. Sudikan membaca yer :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Parents,
Do not worry if our children is still learning how to read
But worry if they didn't know how to say 'thank you' or 'I am sorry'

Parents,
Do not worry if our children don't know how to solve the mathematics problem
But worry much if they didn't know how to solve their 'life' problem

Parents,
Do not worry or bother on how mane A's or E's they obtained
But worry if they didn't know how to respect their parents, teachers, friends, animals and all of ALLAH's creations

Parents,
Teach our children on how to manage their time 
Teach our children to be the BEST for ALLAH S.W.T

Parents,
Our children is 'our' amanah. Let's strive and carry out the duty as a parents and teachers to nurture them so that they can be the best muslims in this world.


That's All and Thank You for reading!

Have a great weekends ahead peeps!

:)



You Might Also Like

7 comments

  1. Betul kak pembelajaran anak anak kena juga di rumah, tak boleh serahkan sepenuhnya untuk cikgu di sekolah :) Apa pun ikut kemampuan masing masing kan nak hantar anak anak belajar di mana. Anak anak ni kadang kadang memang ada yang slow sikit, ada yang laju tapi jangan pressure diorang kan. Lama lama nanti diorang sendiri akan pandai dengan skill yang diorang ada :)

    ReplyDelete
  2. Great article. Smart truths and good insights.

    ReplyDelete
  3. Nice saying.. Sha share e.. sebab zaman sekarang terlalu ramai yang suka membanding-bandingkan.. walhal setiap anak tu begitu istimewa..

    ReplyDelete
  4. saya baca dengan penuh perasaan..aa working mother..dan berpendapatan biasa..sy masih kekurangan dalam.mendidik anak..isnyaAllah sy akan stop for all this busy things..n focus for my children..mungkin ada hikmah Allah baru bagi satu anak..ada sesuatu yg tersurat dalamnya...nice sharing keep on writing..im always waiting ur entry

    ReplyDelete
  5. motivasi sgt baca entri ni...
    lya setuju sgt..
    kita berhak mbuat pilihan utk anak2 kt..xperlu nk banding2kan..
    sesungguhnya ibubapa akan buatkan y terbaik utk anak..

    utk Hannah ins shaa Allah dia blh catch up..slow2...
    perjalanan msh pnjang..
    ini jugak cabaran buat dia..
    tp dari sudut lain... dia dpt ilmu bharga jgk kat Jepun y kt x sini x dpt..

    ReplyDelete
  6. sebenarnya mencari entri nani yang ini tak jumpa... hahaha.. sbb tu backlink dlm blog azni yang psl tahun ni punya award...

    itulah nani ...as parent kita cuba yg terbaik ..dah usaha yg lain tawakal kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe....tahun lepas , management bgtau siap2 suh get ready bagi speech. Banyak masa betui teman nak create speech ni. Kah kah kah!..kenangan...

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.