Cerita Tentang Perpustakaan Hypermedia di Bandar Puteri Puchong

By Tuesday, November 01, 2016 , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Ini kali pertama saya dan anak-anak menjejaki perpustakaan awam di Puchong. My first impression?

Wow weeeee! Not bad at all.

Perpustakaan Hypermedia ni adalah di bawah pengurusan jajahan MPSJ  (Subang Jaya ). Terletak di Persiaran Puteri 1 Bandar Puteri Puchong. Kira nya sangat dekat dengan tempat belajar menjahit di Epal Store tuh. Tapikan, nanti Epal Store tuh nak pindah ke One City. Celah mana pun tak pasti lagi. Nantila yang tuh, kita cerita lain ok?

Antara sebab saya sukakan Perpustakaan Hypermedia Puchong ni adalah :

1) Lokasi - Dekat dengan rumah. Kalau drive dalam 10 minit InshaALLAH sampai.


2) Parking - Kemudahan untuk meletakkan kereta sangat mudah dan banyak


3) Tandas dan Surau - Both dalam keadaan yang sangat baik. Saya bagi 5 bintang terus! Terasa seperti berada di Jepun. Saya suka ! Saya Suka!
 Keadaan tandas yang bersih. Siap ada ceiling fan lagi.
Telekung, tempat mengambil wudhuk, sejadah dan Al-Quran disediakan. Penghawa dingin juga disediakan tapi kena tekan butang switch on sendiri. Dan jangan lupa, matikan semula segala suis yang dipasang. Lipat telekung dan letak semula ke tempat yang asal. Bersama-sama kita menjagan kebersihan dan kekemasan tempat awam yer :)

4) Bilik membaca untuk kanak-kanak - Paling suka adalah yang ni sebenarnya. Sebab budak-budak yang memang tak tau nak dok diam dan senyap dalam masa yang lama. Dengan adanya bilik yang tertutup begini, amat memudahkan ibu bapa ataupun penjaga untuk membaca bersama-sama anak-anak mereka.

Dari segi pemerhatian, ada juga ibu bapa yang membantu anak-anak mereka membuat kerja sekolah di sini. Jadi, memang kena perlukan suara yang agak kuat untuk mengajar. Kalau kena berbisik macam iklan Yusof Taiyub tuh  baik buat kat rumah ajer la. Yer dak?

Memang ceria keadaan di dalam bilik bacaan kanak-kanak ni. Sangat santai dan selesa.
Banyak sangat pilihan buku yang ada. Lepas ni, mama tak payah dah nak beli buku sangat. Kecuali yang betul-betul nak digunapakai. Anak-anak cepat boring. Bila dah habis baca buku tuh, derang takmo baca lagi. Alasan..dah tau dah ceta die cane. Hahah~ Iyolah tuh nakkk...

Walaubagaimanapun, tak semua buku boleh dipinjam. Kena check if ada sticker bulat warna merah kat tepi tu. Maksudnya hanya boleh dibaca di dalam perpustakaan sahaja. Tak boleh bawak balik pinjam.

Tengah sibuk belek-belek buku. Mana satu yang nak dibaca ni?
Abang Umair dan buku pilihan nya
Hannah sukakan buku cerita dongeng yang telah ditulis semula di dalam bahasa Inggeris. Contohnya : Lebai yang malang, Batu belah batu bertangkup, Singapura dilanda todak , Pak Kaduk dan Puteri Gunung Ledang.
Untuk proses peminjaman buku pula, adalah satu kemestian untuk mengisi borang keahlian. Jangan lupa sediakan sekeping gambar berukuran passport dan salinan kad pengenalan. Masa yang diambil untuk memproses adalah selama tiga hari bekerja. Lepas tuh, boleh datang balik and collect member card.

Buat untuk anak-anak saje. Lepas tuh menyesal bila nampak buku yang bertajuk "mudahnya menjahit baju kurung" terbitan karangkraf. Tapi bila nak pinjam tak boleh sebab belum jadi ahli. Nak guna kad budak-budak ni tak boleh la pulak. Next time la minta borang sign up jadi ahli terus.

Beratur tunggu giliran di kaunter untuk pinjam buku. Anyways, saja pinjam buku yang bertajuk "buruknya si pemarah" sebab boleh cerita kat anak-anak. Macamana buruk dan huduhnya kalau jadi orang yang suka marah-marah. Aaaa...lepas tuh, nanti anak-anak pun cakap benda yang sama kat mama juga. Checkmate!

Orait. Itu sahaja nak dikongsikan. Harap-harap kalau ada yang pergi ke mana-mana perpustakaan awam yang lain boleh kongsikan dengan saya di sini. Kalau ada masa , bolehlah pegi menjengah bawak budak-budak.

That's All and Thanks for reading!







You Might Also Like

3 comments

  1. bestnya. I tak pernah pergi perpustakaan lain selali national library tu ha. tu pun zaman sekolah la -,-' tunggu anak anak I pandai membaca baru I jelajah semua library lah

    cantik kids area tu. I pun nak duduk situ je. hehe. layann jugak baca buku bebudak ni.

    ReplyDelete
  2. Bila library bersih dan selesa macam ni memang seronok pergi tambah pulak semua kelengkapan ada :)

    ReplyDelete
  3. Kalau nak daftar jadi ahli ada kenakan bayaran tak? Kalau ada berapa?

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.