Indoor playground Jungle Gym ATRIA MALL yang awesome!!!!
Assalammualaikum w.b.t
Rupa-rupanya ada juga indoor playground yang BEST dalam area KL / Selangor ni. "BEST" kat sini pada saya adalah termasuk kebersihan, how friendly their staff treated us, facilities, decorations, parking, distance from my house and entry price
Setelah enam jam spend masa kat sana, memang berpuas hati sangat-sangat. Lagi sesuai tempat ni dijadikan 'dating place' untuk mommies yang ada anak-anak. Lagi la kalau dah lama sangat tak jumpa. Mesti banyak kan bende and topik nak borak . Termasuklah cerita-cerita lawak, tak masuk dek akal zaman-zaman muda remaja dahulu kala.
Kat mane sebenarnya Jungle Gym ni?
Jungle Gym ada dua branches. Satu lagi kat Bangsar dan harga tiket pun agak murah lagi di sana. Mungkin sebab yang di ATRIA MALL ni yang paling besar. Cuma kat sini tiada roller sport.
Entry price agak mahal sebab anak-anak saya semuanya above 2 years. Mujur sampai awal, around 10:40am dah terpacak kat sini. Jadi, mari berkampung dalam ni sampai ke petang.
Nanti, kena isi borang dulu. Lepas buat bayaran boleh la proceed ke dalam and please keep the receipt yer. Sebab adult ( guardian ) dapat redeem coffee or mineral water . Cashier nak tengok receipt tuh.
Wohooaaaa!!!! suka sangat slide ni. Mamanya pun join sekali tau. Panjang betul and licin. Laju betul bila slide ke bawah. Tengok la muka Uwais tuh. Thrilled habis!
Mama tak mampu lah nak naik sekali main semua kat sini. Ketinggian diri sendiri membuatkan kita kena membongkok selalu, kalau tak nanti terhantuk kepala. Lenguh weh..sakit pinggang makcik. Haha! Amik gambar dari bawah ajer la. Ni kalau tak silap Umair and Uwias sedang meniti atas jambatan.
Konsepnya kan dalam jungle. Harus la ada sungai dengan buaya-buaya. Lompat jangan tak lompat. Kalau tak nanti kena NGAP! Tempat batu loncatan tuh pun lembut. Made from plastic or rubber. Memang sesuai la kan..kalau jatuh tak sakit. Kids friendly sangat semuanya!
Cermin kelakar ni pun ada...tetiba jadi kerempeng, gemuk, pendek, senget benget. Hehehe..
Ini lagi satu! kegilaan anak-anak. Kalau orang dewasa pun boleh melompat, dah lama mama join sekali. Tapi apakan daya, kalau nak melompat juga silalah ke jumpstreet trampoline park. Anak-anak saya memang suka melompat especially yang boys tuh. Kalau kat rumah, tilam kami jadi mangsa. Huhu..
Lepas penat melompat boleh masuk dalam ni layan movie pulak. Siap ada sofa bean bag lagi tuh. Jangan lupa beli pop corn kat depan . Memang rileks habis la. Tutup semua langsir tuh..sama dah dalam cinema. Cuma, movie limited..tak banyak sangat pilihan. Ada frozen, cars and ape lagi ntah.
Lain-lain CD rosak katanya. Hehehe..Air kosong korang bawak la sendiri sebab semuanya jadi mahal dalam ni. Bila dah banyak berlari, melompat dan bermain..tekak pun cepat kering. Haus... Bekalan air 2 botol dari rumah habis kena teguk.
Selain dari toilet yang disediakan, tempat buat birthday party pun ada. Sesuai lah kan? Lepas makan potong kek terus gi main.
Kadang-kadang ada aktiviti memasak untuk kanak-kanak. Derang buat kat area sini la. Nanti if nak tau details boleh lah check website junglegym.
Dan kalau nak tau sebenarnya, motif ke sini dengan anak-anak adalah untuk berdating dengan kawan lama. Ex-roommate masa kami bersekolah di MRSM BP dulu. Ya ALLAh..lama sangat tak jumpa. Bila dan masuk universiti, terus terputus hubungan. Masing-masing bawak haluan. Alhamdulillah...ada sekali dapat jumpa masa dah bekerja dulu tapi lepas tuh hilang balik. hahah! Now, kami masing-masing dah resigned. InshaALLAH, lepas ni ada la lebih masa kalau nak jumpa lagi kan Maz?
Maz and her daughter.
Cepat nau lapor anak-anak. Order pulak sepinggan french fries dan tak sampai 3 minit, habis licin and siap cakap tak cukup nak lagi. Dah..dah! jom balik! Almost 4pm ..kang lekat jem kat LDP tuh.
Nak stop dulu and pegi solat pun tade masalah sebab musolla memang sebelah tu ajer. Tempat wudhu' dan telekung juga disediakan. Best kan?
All in all, memang tempat ni recommended untuk dikunjungi. Cuma entry price tuh agak mahal juga lah. Kena gunakan sepenuh hati dan perasaan. Kalau nak murah maybe boleh try pegi kat Bangsar or masa weekdays yang bukan cuti sekolah.
Last but not least..saje nak share gambar indoor playground yang kami pernah pegi masa kat Asobono Tokyo Dome dulu. BEST sebab lagi banyak station tempat mainan. Tak sempat nak cover semua. Lepas tuh tak repeat dah. Tsk..tsk..tsk
That's All and Thank you for reading
Have a nice day!
4 comments
Saya lom pernah pergi kje situ tapi kerap lalu area tu. Saya no point singgah sebab i hv no small children. By the way, i just published a new entry on my blog.
ReplyDeleteDah jumpa lokasi cantik macam ini boleh dikunjungi selalulah kan.
ReplyDeleteDapat jumpa kawan lama lagi. Mesti teruja kan. Memula macam speechless tapi lepas tu terkenang balik zaman sekolah tentunya:)
Hrga mg agak mahal..
ReplyDeletetp berbaloi kot dgn semua kemudahan y disediakan..
tmpat pon cantik sgt...
Nani jarang jarang pergi Atria ni, tak sangka dah ada tempat untuk anak anak macam ni. Seronoknya tengok diorang main tu :)
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.