Main masak-masak bersama Chef Muluk anjuran InvolveAsia - Lazada + Nestle Maggi + Tefal
Assalammualaikum w.b.t
ALLAH S.W.T is Ar-Razzaq . Terima kasih ya ALLAH kerana rezeki Mu di hari ini
Happy nya rasa bila dapat invitation from InvolveAsia khas untuk bloggers main masak-masak dengan Chef Muluk. Paling best, bila saya pun suka masak memasak. Event berlangsung selama 2 jam 30 minit di Nestle HQ @ Damansara.Anak-anak pertama kali setelah 2 tahun tidak ke daycare dan hari ni, saya tetapkan hati dan teguhkan iman untuk hantar mereka ke sana .
Posing dulu sebelum event start. Cantik lah setup dapur dalam studio ni. Seriously rasa macam dalam cerita MasterChef tu ha!!!
Ketibaan Chef Muluk a.k.a Chef Maggi di dapur. Masa ni, chef dok promote apa yang best pasal kuali jenama Tefal ni termasuklah ciri-ciri non-stick, ketebalan dan perasaan memasak yang gembira bila menggunakan produk dari Tefal
Chef Muluk ni ada kisahnya yang tersendiri. Percayalah, kalau dahulu beliau seorang pengawal menara tapi sekarang sudah mencipta nama sebagai seorang Chef yang terkenal. Boleh baca sini untuk tahu serba sedikit tentang kisah beliau : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0405&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm
Followed by kata-kata aluan dari wakil Maggi Nestle. Habis ajer short speech tuh, Chef Muluk pun mula bersilat di dapur. Relaks ajer tengok dia masak sambil boleh buat lawak, cakap-cakap , berinteraksi dengan audience. Apsal kalau saya masak berpeluh-peluh, lepas tuh ke depan jap sebab ada hal emergency dengan anak-anak. Pastuh, lupa kecikkan api. Ting! hangit dik non ikan ahkak~~ Kah kah kah!
Tapi actually , boleh ajer nak guna apa yang ada . Cukup lah dengan udang dan sotong dan daun basil maybe boleh tukar dengan daun kesum. Watak utama resepi Paella adalah beras Jepun. Yokatta!!! Nihon kara desu ne. Hahaha... ( google la sendrik maksud dia )
Sambil masak sambil bercakap Chef ni. Lepas tuh dia buat quiz kat audience pulak. Sapa dapat jawab dapat hadiah. Masa tu dok depan sekali , jadi memang fokus dengar apa dia cakap. Terus laju-laju mak student ni angkat tangan dan jawab soalan. Yeayyy!!!! dapat kuali comel Tefal and voucher produk Tefal and Nestle. Alhamdulillah~~~~ Happy benau tuh sampai sepet mata.
Paella yang ready to be served. Sedap sangat laaaaaa~~~ naik bau die bila letak daun daun-daun basil tuh. Nasi pun just nice. Perfect cooked. Lima bintang!!!!
Kemudian, kami diarahkan untuk ke station memasak masing-masing . Kesemua bloggers dah dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan bahan mentah yang berlainan. Group saya, Group D diberikan beberapa slices ikan siakap dan lobak putih. Gunakan semua produk memasak Maggi Brand yang disediakan. Boleh amik apa saja yang ada.
Girl! why you so serious?? hehe! Anyway, Kak Ayu jadi team leader kami.
Ikan tu , dilumurkan dengan seasoning kicap Maggi dan Serbuk Cukup Rasa Maggi. Lepas tuh, kita grill ajer atas kuali Tefal.
Penyediaan kuah masak sweet sour.
Introducing, new friend. Sempat interview tips camane cari masa berblog since kerja tapi dalam masa yang sama nak update blog hari-hari. I kadang-kadang taip dua baris lepas tuh ngantuk takpun dah time out! anak nak tidor. Kena tangguh next time pulak. Hehehe...
Berangan kalau dapur sendrik cantik , meletop macam ni. Tapi kalau tapau makan kat luar hari-hari pun tak jadi jugak kan ? baik tukar jadi museum ajer dapur tuh. Hahaha!
Taraaaa~~~ dah siap menu-menu kami. Ada som tam lobak putih dan siakap sweet sour. Pastinya lazatttt sekali.
Dengan ahli Group D yang lain. From left to right : Kak Ayu. Nanie, Ummizarra and Athirah. Seronok dapat jumpa kawan-kawan blogger yang lain. Sorang lagi, Kak Halimah tapi bukan satu group lah. Nak bagitau, kakak tuh kental betul. Kerjaya utama tukang urut yang boleh jaga ibu-ibu dalam pantang. Confinement lady pun blogger juga yer.
Sementara menunggu Chef Muluk dan para juri yang lain mengadili setiap masakan dari Kumpulan A-Kumpulan E. Kami dihidangkan dengan snack yang kesemuanya memang sedap menjilat jari :)
Sambil sambil mengunyah cuba juga menghadam sharing session presentation from InvolveAsia. Ini juga antara benefit lain yang saya dapat hari ni. Belajar macamana nak jadikan blog kita sebagai platform berbisness.
Dan masa yang paling mendebarkan pun tiba. Ini grand prize untuk para pemenang yer. Dapat sorang seketul periuk Tefal canggih ni.
Bukan rezeki kami hari tuh untuk menang. Tahniah kumpulan E atas kejayaan menjadi juara memasak :) Sebelum pulang,kami diberikan giveaway setiap seorang. Nak tau apa yang kitaorg dapat. Meh tengok meh...
Banyaknye Maggi!!!. Hahah! Tak pernah-pernah ada stok sebanyak ni. Paling syok dapat voucher Rm20 off untuk pembelian produk Tefal through Lazada Malaysia.
Hadiah paling bermakna hari ini adalah
PENGALAMAN
Seronok rupanya bila dapat join aktiviti-aktiviti macam ni. Maklumlah, kali pertama join. Excited nya terlebih la sket. Disamping tu, dapat tengok sendrik Chef Muluk memasak since beliau ada juga berkongsi banyak tips yang lain. Contohnya, cara memilih daun limau purut. Hehehe..
Berjumpa kawan-kawan blogger yang lain pun BEST. Sebab boleh bertukar-tukar pendapat dan mintak tunjuk ajar. Derang ni siap ada business card sendrik tau. Baru tau, jadi blogger pun boleh jana pendapatan tak pun dapat jimat duit sebab dapat hadiah macam giveaway tu .
Okey la,
Jangan lupa untuk bershopping online melalui Lazada kerana sekarang ada promotion tau. So what are you waiting for ? Get 20% Off Lazada Voucher here. Since Lazada now is having the best year end super sale!
I think that's ALL for now. Mata dah mengantuk.
Minna San. Oyasumi nasai.
Thank you for reading
9 comments
bestnyaaa.
ReplyDeleteokay I macam bersyukur sebab tak terpilih. matik kena cerca kang. I mana reti masak. Potong bawang pun terbukti huduh. hahahhahaha
tu ke perasa baru Maggie? maggie oat?
btw you boleh search Pixajoy. dorang ada promotion free name cards. bayo postage je rm8.48 je. ramai jugak blogger buat kat situ :D
Syoknyaaa dapat kuali tefal tu. Heheh :) Meriah event, tengok gambar blogger lain semua bersungguh memasak. Hehe
ReplyDeleteBest kan... BtW..LeYa tak perasan la Nany hari tu
ReplyDeleteBestny nanny
ReplyDeleteHi team mate.. laju dia update
ReplyDeletehari tu terlupa nak komen. Hehe. Eee cantiklah gambar. Takleh get over lagi perasaan pegang camera tu. Apa nama model eh? Nak try usha kot2 leh kirim kat orang yang ada kat sana
ReplyDeletewahh...syokknya...siap dapat hadiah lagi..bestnya..masak2 ngan kwn2 blogger.huhu...hikhik..hope one day kita jumpa mana2 event ya..
ReplyDeleteIsi masa dengan tambah ilmu.
ReplyDeleteTahniah.
Waaa bestnyaaa... Mesti byk dpt tipskan
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.