Pengalaman mengajar kanak-kanak teknik faham bacaan solat ( rukuk )

By Thursday, December 15, 2016 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Pernah tak korang sebenarnya nak sangat buat satu bende atau tugasan tuh. Tapi macam-macam alasan dan termasuklah sikap dalaman yang suka sangat bertangguh. I always found it in myself. Walaupun kadang task tu bukan susah sangat pun nak buat.

Contoh :

1) Solat awal waktu. Kadang masa ni la ade bende lain gatal nak settelkan. Sebab tuh Ustaz Nouman Ali Khan pernah pesan. Don't comprimise your prayer time with other things. Walaupun bende tu macam kecik jer pada kita. Sebab memang akan terdrag dengan tak sengaja. Huhhuhuhu.

2) Nak sambung jahit poket baju melayu. Poket tuh kecik ajer pun. Tapi fikir sebab renyah and tade deadline jadi malas and nantilaaaaaaaaaa I buat

3) Update blog . Idea dah ada tapi perasaan malas tuh macam nak kena seret heret kaki badan tangan ke workplace. 

4) Ajar anak. Ini paling mencabar sebab melibatkan emosi emak dan anak. One of us kena stabil emosi. Kalau tak...hai..hai ..bai..bai la jawabnya!

Saya dah attended TOT ( Train of Trainers ) tentang Faham Al-Quran tanpa bahasa arab. Kalau tak silap dua bulan lepas kot. Lama dah. Dok berazam nak apply terus tapi asyik tertangguh. Sampai la bila habis baca buku motivasi yang bertajuk " Eat That Frog" . Terus rasa insaf and takmo dah tangguh-tangguh.

Jadi, Selasa pagi lepas. Saya berkesempatan dapat mencurahkan dan berkongsi ilmu dengan anak-anak di IISPJ ( Integrated Islamic School Puncak Jalil ). Terharu rasenya bila pengetua sekolah tersebut mengizinkan saya menggunakan sekolah beliau sebagai tempat untuk saya terus terusan berkongsi teknik ini.

Tempat selesa lengkap dengan whiteboard , marker pen and other stationaries. Sebenarnya, sekolah ni masih beroperasi walaupun cuti sekolah. Cuma kehadiran tu tade la wajib since bukan semua cikgu yang datang bertugas. Derang pun tade la belajar sangat macam biasa. Sebab tuh, saya ambil peluang ni mengajar anak-anak di sini. Ada juga pengisian mereka.

Kebetulan, Selangor cuti from Isnin until Selasa. Murid yang ada pun cuma 3 orang ajer. Hehehe..takperla, bilangan tu tak penting. Pada saya, keberkatan itu paling utama. Dan sebab lain adalah saya dah nekad dan berjanji dengan diri sendri nak buat kelas ni dengan kids.

Alhamdulillah...Allah mudahkan urusan saya. Kelas cuma ambil sejam untuk saya mengajar bacaan rukuk. Anak-anak ni dah boleh membaca cuma nak kan mereka faham apa yang mereka baca semasa solat. Habis kelas, saya pesan supaya nanti jangan lupa ajar adik beradik yang lain. Buat sama-sama dengan mak dan ayah. Harapnya, mereka buatla tuh kat rumah. Hehehe...

Anak murid Aunty Nany ada 3 orang jer ari tuh. Exclude my kids lah. Hehehe...
Tekun adik Yussuf kita menulis. Cantik dan kemas tulisannya :)
Tekniknya, saya bagi kertas size stick note tuh. Then, suruh derang buat macam saya tulis kat whiteboard ni
Bacaan rukuk mengkut per-kata
Ada kuiz! sapa dapat jawab..aunty bagi star!!!!!.
Komunikasi 2 hala berlaku antara anak murid dan guru.
Semasa kuiz dijalankan, saya bagi derang honey stick as hadiah. Ala-ala cokelat choki-choki tuh tapi yang ni madu. Sihatkan?

Sebelum berakhir kelas ni, seroang pelajar personally cakap dengan saya -

"Aunty Nany...terima kasih sebab ajar kitaorg hari ni. Lepas tu bagi hadiah lagi kat kitaorg"

Huwaaaa...aunty dah berkaca-kaca mata yang memang pakai kaca mata pun. Hahah!!!! tersentuhhh hati aunty. Terima kasih naakkk~~~ Aunty doakan semoga faham dan meresap terus dalam hati apa yang aunty ajar arini. Next time, kita buat sekali dengan art & craft. InshaALLAH. Doakan aunty sihat dan kuat semangat yer.

p/s : parents if ade anak yang boleh baca rumi and jawai boleh juga apply teknik ni kat rumah sama-sama yer. 

That's all and thank you for reading!





You Might Also Like

6 comments

  1. Kuantiti sikit takpe asalkan kualiti 👍👍 Hehe. Seronoknyaa kak dapat kongsi ilmu dengan anak anak ni. Moga ilmu yang diorang dapat ni akan diaplikasikan dekat orang lain jugak 😊

    ReplyDelete
  2. babe, hebatnya you ada bakat mengajar. I ni garang, macam mana lah nak ajar anak anak I . I siap berangan lagi kalau boleh segala benda basic I nak ngajo sendiri. abc, alif ba ta, 123, surah surah pendek.

    hopefully I dikurniakan kesabaran lah. jangan bertukar jadi rimau sebelum masanya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Wslmwarahmatullah,

      Ini kisah lama puan dan ini kelas terakhir saya mengajar anak-anak ini bacaan solat per kata. Saya ajar anak-anak senidri sahaja di rumah.

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.