Jom kita ajar anak-anak dengan"Ar-Rahman"

By Saturday, December 10, 2016 , , , , , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Parents,

I have something to share about "hands-on" learning technique. Sambil-sambil buat benda yang kita suka with our kids, we also can teach them anything that come up in our mind at that time.

Selalunya, saya takde la planned beriya sangat nak buat apa dengan anak-anak. Tapi long term punya planned tuh ade but still kabur and takde la details yang ade bullet point etc. But, I 'll make sure I will do 'something' yang ade value with my kids at least once a week.

It can be, "bed talk" before sleep.

Kadang ke laut jugak bende ni sebab bila dah ngantuk or mama ade 'keje' lain nak buat and papa is not around. They have to settle themselves. Terus ZzzZzz without baca surah 3 quul and du'as. Sebab takde orang nak remind kat derang.

I tell you, bende2 yang macam ni ..maksud saya yang nak dijadikan HABIT ni memang kena consistent buat and bersabar. Biasalah kan, kadang benda baik memang susah nak buat. Syaitan pangkat paling tinggi pun datang la jalankan tugas dia. Heheh~

So, main topic hari ni adalah anak-anak belajar tentang PEMANDANGAN & NASI. On the way balik dari kampung baru-baru ni, saya singgah jap di Sekinchan , Selangor. Kalau balik kampung ikut Setia Alam-Kapar- Kuala Selangor...kita memang akan lalu area ni. Sampai la ke Sabak Bernam, Hutan Melintang dan akhir sekali Bagan Datoh.

Sekinchan ni memang terkenal dengan kecantikan suasana Sawah Padi. Cantik hijau sangat. Tapi, sedih bila tengok tali air dicemari dengan sampah sarap dan botol-botol air. Seriuosly terganggu sangat bila nak amik gambar. Dengan sampah sarap tuh masuk dalam kamera I. Huhuhu...angle dah cantik tapi ada sampah pulak 😕

Anyways, sebelum ni saya ada pinjam buku di library yang bertajuk "Mukjizat As-Maul Husna dan atasi masalah harianmu". Saya tak baca sampai habis pun. Separuh ajer. Kesimpulannya, in anything yang kita nak buat dalam kehidupan seharian kita, kena 'seru' nama-nama ALLAH ni. Oh yer! tau tak..sebenarnya scholars lain ade yang jumpa nama-nama ALLAH ni is more than 99. Sebab derang kaji Al-Quran sedalam-dalamnya. Cuma, yang 99 tuh memang common selalu jumpa dan disebut berulang-ulang kali dalam Al-Quran.

Memula sampai area sawah padi tuh..anak-anak memang excited sebab boleh lari sana sini and tader orang pun time tuh. Hahah! batas padi pun nampak selamat since taderla air bertakung. Masa tuh, dah tak hujan 2-3 hari jugak. Derang memang suka cari serangga, kalau tader pun memang sanggup pegi selak celah lalang dan rumput 😂

Tengok tuh! ada rumah, awan, pokok kelapa. Cantik kan? Kalau dulu masa sekolah rendah standard lukisan pemandangan adalah sawah padi. Bermula dengan bukit bukau, anak sungai dan sawah padi. Burung layang-layang jangan lupa, juga matahari yang terik memancar. Tak paham. Kenapa tak lukis pemandangan lain macam contoh : Gunung Kinabalu ke, Gunung Fuji ke, "concrete jngle" ke. Aha! mungkin masa tuh, memang tak ter expose pun dengan pemandangan yang lain. Korang dulu kecik-kecik lukis ape?

 Ada la tu idea ...cari ape pun tak tau.
Bila disuruh hugging each other. Sian adik kena kepit dengan ketiak kakak. Hahah!
Cepat jer derang ni meninggi. Kejap lagi sama tinggi la dengan mamanya ni. Dah tak baby dah masing-masing.
Ini yang saya ceritakan kat anak-anak. Sambil-sambil suruh mereka posing dan ambil gambar. Topik nya adalah As-Ma'ul Husna - Ar-Rahman dan Ar-Razzaq

Padi. Dari padi manusia akan proses menjadi beras dan akhirnya menjadi nasi. Tapi....Hannah, Umair and Uwais taukan? padi ini yang sebelum jadi nasi tuh...ALLAH SWT yang buat? ALLAH S.W.T sifatnya AR-RAHMAN iaitu Maha Pengasih. Kasih dan sayangnya ALLAH bukan kepada umat manusia sahaja. Tapi, kepada padi ni juga. Sebab tuh ALLAH turunkan hujan dan lepas tuh cahaya matahari sebagai sumber minuman dan makanan untuk semua makhluk ALLAH yang ada di dunia ni. 

ALLAH S.W.T juga Ar-RAZZAQ. Maha memberi rezeki. Rezeki tuh bukan dari duit jer tau..tapi tengok  ni...padi yang akan diproses menjadi beras dan akhirnya makanan harian kita iaitu NASI. Dapat makan, perut kenyang...jadi kena lah bersyukur kepada ALLAH . Alhamdulillah...

Itu jer. 
Memang tak lama sebab macam saya cakap tadi, yang 'sesambil' tapi kena selalu buat. Harapnya, minda separuh sedar mereka dapat lah tangkap dan faham apa yang saya cuba sampaikan. Seronok nya lain macam kalau lesson beyond the classroom kan? 

Asyik nak belek buku pun nanti budak-budak boring. Kena ubah angin gaya pendekatan pembelajaran mereka. Sebab tuh ada parents yang suka homeschooling. Hurmm..cakap pasal homeschooling ni pun tajuk agak besar juga. First tips, kena banyak membaca , bertanya dan buat kajian luaran dan dalaman pasal bende ni.

Last but not least, jom layan gambar-gambar yang saya ambil tempoh hari. Kat area Sekinchan ni kalau tak silap ada juga homestay yang disediakan tapi saya pun tak tahu nak recommend yang mana sebab tak pernah cuba. Kalau korang nak yang suasana ala-ala kampung bersawah padi dan tak jauh dari KL boleh la kot try google. Hehehe...

That's All and Thank you for reading

Have a great weekends!
 


You Might Also Like

1 comments

  1. one day soon, dorang akan ingat apa yang you cerita tu babe. dorang akan cerita kat kawan kawan dan anak anak dorang jugak :)

    btw smlm pun I pergi area sana. Ijok and Kuala Selangor. tapi I tak boleh la T_T cantik memang cantik, tapi kalau nak tidur I selesa suasana bising. tenang tenang ni I seram. hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.