Saya pemenang grand prize "Win A Wish" contest by ShopBack!
Assalammualaikum w.b.t
Jujurnya saya jarang sangat join contest menulis di blog. Untuk pertama kalinya saya mencuba nasib dengan number 1 online cashback / rebates site in Malaysia. Alasannya, kena memerah otak dan saya ada satu perangai yang tak sure la bagus ke tidak - iaitu semangat nak menang! . Sampai kat anak-anak pun saya buat macam tuh. Haishhh...
Bila ada perasaan begini, kita akan bersungguh perah otak dan kena paksa diri curi masa nak buat yang terbaik. Kalau nak tahu, saya ambil masa dalam dua-tiga hari juga nak siapkan entry tersebut. Antara cabaran nya adalah :
1) Saya kena fikir barang apa yang saya nak sebagai birthday wishlist. Lepas tuh, kena cari dalam website ShopBack - PrintScreen gambar - Edit sket - Simpan dulu dalam file. Dah selesai semua, baru boleh start menulis. Sebab saya sukakan mood yang smooth ajer masa menulis tuh. Everything kena ada dalam folder.
2) Memerlukan kreativiti untuk menjadikan gaya penulisan kita santai tapi kena make sure orang yang baca tuh faham apa yang kita cuba sampaikan dan boleh rasa yang kita tulis tu betul-betul lahir dari jiwa.
Seramai enam orang yang terpilih sebagai pemenang untuk kategori "BEST WISHLIST WINNERS". Nama saya yang last sekali tuh. Hehehehe...
Hadiah untuk kategori "BEST WISHLIST WINNERS" adalah berupa item dari wishlist yang saya dah buat dalam entry kat sini : http://www.nanyfadhly.com/2017/03/my-birthday-wishlist-from-shopback.html
Walaupun ada lebih dari enam item yang saya request dari ShopBack, tapi cuma satu ajer yang saya boleh claim. Jadi, pilihlah yang mana paling berkenan di hati :) . Limit harga setiap item yang dibenarkan adalah tidak lebih dari RM800.
Alhamdulillah..saya happy sangat sebab usaha membuahkan hasil. Thank you ALLAH S.W.T yang sentiasa memberikan hamba-hambanya rezeki dalam pelbagai bentuk. Tak sangka bila dah resigned keje ni yang memula macam blur ajer tade plan apa sangat nak buat selain dari sibuk dengan anak-anak. Kena jugalah buat something yang memerlukan skill lain juga yer tak?
Personally, saya rasa jadi blogger ni dah macam work from home la jugak. Kalau yang betul-betul serius memang boleh menjana pendapatan. Jadi, boleh tak kalau nak tukar title 'surirumah' kat dalam mana-mana form tu jadi sesuatu yang lebih sesuai dengan 'kerja' sebenar yang kita buat.
What do you guys think?
That's All and Thank you for reading!
9 comments
Tahniah kak! Huaaaa jelesnya. Saya nak jam dalam wishlist saya tu! Hahaha mungkin bukan rezeki kan. Selamat bershopping 😊
ReplyDeletetahniah my dear...wahh bestnyaa
ReplyDeleteTahniah ..murah rezeki sis
ReplyDeleteTahniahhh! Enjoy your wish item ok.
ReplyDeleteTahniah ye NF....tak sia sia mencuba nasib akhirnya menang. Hakak dpt bayangkan mcm mana gembiranya hati kita bila dapat tau kita menang. Seronoknyaaaa....Tumpang seronok pun jadiklah hihi..
ReplyDeleteAgaknya apa benda yg bakal awak claim tu ye NF?...
ya Allah bestnyaa.. tahniah sis Nanny! :)
ReplyDeletetahniah...bole cuba join contest lain lagi..bila dh menang mmg seronok..contest ni byk cuma sempat or tk je nk join...
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. tahniah sis =)
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah 😄 murah rezeki sis 😉
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.