One Step Closer! InshaALLAH

By Wednesday, March 01, 2017 , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Perasaan gembira dan bercampur baur bila mendapat tahu yang anakanda puteri kami, layak ke pusingan akhir untuk PELIKAN BEST FRIEND COLORING CONTEST. Agak lama juga kami cuba menyiapkan lukisan tersebut. Terima kasih di atas bimbingan dari seorang pelukis yang begitu berbakat yet very soft and  humble lady.

Can you spot NASRIN HANNAH's name?
Bila check balik FB page Pelikan ni memang mantap-mantap sangat hasil karya seni derang ni. Asalnya, masa nak masuk contest ni, they said only 15 contestants will be selected. Tapi, derang kena add another 5 contestants sebabnya ramai yang buat cantik dan lawa-lawa.
Sumber dari FB PELIKAN MALAYSIA
Kalau tanya kenapa saya masukkan Hannah dalam pertandingan macam ni adalah untuk beliau mendalami ilmu lain selain dari akademik semata-mata. Selain itu, nak bagi die exposure mix up dengan kaum lain. Since kat sekolah semua sebangsa. ALLAH S.W.T jadikan kita pelbagai kaum dan bangsa, berkelompok ni ada hikmahnya. Supaya kita celik mata dan belajar sesuatu dari derang. Yang baik kita ambil jadikan contoh.Setiap kita dijadikan dengan keistimewaan masing-masing. Jadi perlu hargai bakat yang ada.

Bidang seni juga kalau kita asah dari kecik InshaALLAH boleh dijadikan kerjaya juga. Hebat atau tidak itu subjektif. ALLAH maha Kaya dan Pemurah. Paling penting usaha dan berfikiran positif. Bumi ALLAH S.W.T ini luas. Bukankah kita disuruh untuk berjalan dan menerokai dunia ni di setiap penjuru? .

Biar juga Hannah rase 'keperitan' untuk meraih sesuatu yang beliau mahukan di dalam hidupnya. Masih jauh lagi perjalanan hidup ( Kalau umur panjang ) . Kalah dan menang bukanlah matlamat utama. Niat yang betul kena pasak awal-awal. Bukan budak-budak ajer, kalau kita ni pun sama.

Sangat perlu sebenarnya kita mulakan sesuatu pekerjaan dengan BISMILLAH.... Niatkan apa sahaja pekerjaan sebagai ibadah. Kalau kita kalah ataupun gagal di akhir garisan tapi InshaALLAH, ALLAH S.W.T akan tetap memberikan ganjaran kita. Atas usaha, rasa BERIMAN kepada ALLAH, BERIMAN kepada QADA' dan QADAR. InshaALLAH..hati akan tenang.

Inilah hasil karya Hannah tempoh hari. Borang ni asalnya cuma ada kucing, whiteboard, bentuk bulat bumi kat atas, pokok kat hujung tuh, buaian, laut, rakit dan tikar piknik. The rest memang kena kreatif dan cari idea sendiri. Lama juga Hannah nak praktis lukis orang tuh. Hannah hantar dua keping since boleh hantar banyak mana pun tapi dengan syarat kena attached resit pembelian Pelikan Produk, RM30 untuk satu form.
Finale nanti lebih mencabar sebab masa yang diberikan hanyalah 2 jam dan saiz kertas nanti adalah B4 size. ( Kertas lukisan kalau tak silap ). Lepas tuh tema still BEST FRIEND cuma bukan yang macam ni lah. Now kena start brainstorming nak buat camane. Kalau korang ada idea nak buat apa, share lah kat sini. Mana tau idea korang best! hehehe...

That's All and Thank you for reading!






You Might Also Like

7 comments

  1. owh. comel lukisannya. gud luck hannah! moga ada rezeki menang lah kan :)hee

    ReplyDelete
  2. Wahhh tahniah Hannah & goodluck :)

    ReplyDelete
  3. tahniah my dear girl masuk pusingan akhir..tahniah juga buat nany ibu yg sentiasa peka...terima kasih atas bait2 ingatan diatas tu..irda baca dengan penuh kerana ia menusuk ke kalbu...

    ReplyDelete
  4. Tahniah Hannah! Hannah beruntung ada ibu yang sangat concern dgn hannah. Semoga berjaya di pusingan seterusnya. Kalau next round nanti dia bagi gambar apa pulak ya.

    ReplyDelete
  5. Cantikkk sgt tu.. Auntie sndri klo mewarna x secantik tu.. Btw..gud luck ye.. Mana tahu menang nanti

    ReplyDelete
  6. good luck hannah.. kte suka yg atas..hehe

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.