An-Nas ( Manusia )
Assalmmualaikum w.b.t
Surah An-Nas antara surah-surah Lazim yang selalu masa kecik kita baca and sampai sekarang pun antara surah favourite saya dan anak-anak. Kitaorg selalu baca dalam solat dan masa nak tidur.
An-Nas ini bermaksud - "MANUSIA". Dalam erti kata lain juga boleh dikaitkan dengan "LUPA". Yer! kita semua manusia yang selalu lupa dengan banyak perkara. Kita pernah berjanji dengan MAHA PENCIPTA dahulu, ketika di Luth Mahfudz. Sebelum nyawa kita ditiup. Kita berjanji akan menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala larangan dari NYA. Namun, bila kita dilahirkan di dunia, kita terlupa semua itu.
Secara keseluruhan, surah ini adalah untuk perlindungan di dalam diri kita. Berlainan dengan surah sebelumnya iaitu surah Al-Falaq yang lebih untuk perlindungan di luaran. Bila dah ada both surah ni, maka lengkaplah perlindungan kita. Luaran dan dalaman. See? saya selalu tertarik dan amazed bila dapat find out something yang kita tak terfikir pun sebelum ni.
Perkataan "Rabb" di dalam Surah An-Nas adalah antara nama yang ALLAH S.W.T called and introduced himself to :
1) Nabi Muhammad S.A.W - Dalam surah Al-Alaq
"Iqra bismi rab bikal lazee khalaq" : Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan .
2) Nabi Musa A.S - Dalam surah Toha
"Inneee Ana Rabbuka fakhla' na'laika innaka bilwaadil muqaddasi Tuwaa"
Ceritanya ketika Nabi Musa hendak pergi melihat api di bukit Tuwaa. Maka di sana Nabi Musa bercakap dengan ALLAH S.W.T dan diperintahkan untuk Nabi Musa pergi berjumpa Firaun dan menyeru Firaun supaya beriman dengan ALLAH S.W.T.
Memang seronok sangat bila dapat kaitkan satu surah dengan surah yang lain. Kalau teruskan baca surah Toha ni, kat situ juga ade doa yang selalu dibaca bila kita nak memberi ucapan di khalayak ramai, membaca Al-Quran dan belajar. Rupa-rupanya, itu doa Nabi Musa A.S sebagai 'senjata' untuk berjumpa dengan Firaun.
Rabb juga bermaksud ALLAH sebagai pengatur hidup manusia,penguasa, pemberi rezeki, nikmat , kebaikan dan lain-lain.
"ilaha" pula adalah ALLAH Sebagai tuhan untuk disembah.
Kalau nak tau, pada zaman Rasulullah dahulu, kaum kafir musyrikin mengiktiraf hak ALLAH sebagai RAB tetapi menafikan ALLAH sebagai Ilah dengan menjadikan berhala sebagai sembahan.
Dalam surah An-Nas juga we are asking ALLAH for three times
1-"Say: 'I seek refuge with the Lord of mankind"
2- "The King of mankind"
3- "The God of mankind"
Kaitan antara surah An-Nas dan surah-surah lain
ٱلْخَنَّاسِ- The one who withdraws, shrink and hides. Doesn't stop but will retreat. Maksud lain, kalau kita selalu ingat ALLAH..maka hasutan syaitan tadi akan 'mengecil' and jika sebaliknya pula..hasutan syaitan tadi akan 'membesar' dan bermaharajelela.
So, sebab itu kena selalu baca :
And ada satu lagi yang membuatkan saya sungguh tertarik dengan ayat di bawah ini :
فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ - ke dalam dada manusia .
Kenapa bukan hati? kenapa dada instead? .
Sebab ALLAH SWT yang MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG memberikan kita peluang untuk cuba mengawal diri sendiri. Ibaratnya, dada itu adalah pintu masuk ataupun access untuk Syaitan mengetuk hati kita.
Jika kita membalas ketukan pintu hati tersebut...maka masuklah Syaitan tersebut dengan perasaan yang sangat happy , riang gembira dan berpesta kerana berjaya menakluk dan menguasai jiwa dan jasad kita. Nau'zu bi llahhi min zalik.
Last but not least, Rasulullah S.A.W akan membaca surah 3 Qul setiap kali sebelum tidur sebagai amalan untuk melindungi diri dari kejahatan dalaman dan luaran. Jom sama-sama kita amalkan! Jangan lupa pesan sekali dekat anak-anak atau ahli keluarga yang lain. Sebab bila dah jadi habit nanti senang terus auto kita akan buat. InshaALLAH..mudah-mudahan kita semua diberi peluang untuk sentiasa dapat melakukan ibadah hanya kerana ALLAH S.W.T
That's All and Thank you for reading!
8 comments
Good sharing sis. Mmg kena amalkan 3 qul sebeluk tido serta dua ayat terakhir dalam surah Al-Baqarah utk perlindunganNya.
ReplyDeletekadang2 kalau terlalu penat sempat baca surah anNas & doa tido ja sebelum tido 😂 thanks share info yg sngt berguna 😉
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWalaupun 3 Qul tu sebenarnya singkat je. Tapi, kita sbg manusia kadang2 lupa untuk amalkannya. Thanks for sharing. :)
ReplyDeleteThanks for sharing kak. Perkongsian yang bagus ni! :)
ReplyDeletegood sharing.. thanx.. alhamdulillah.. anak saya 2 orang hafaz surah an-nas ni.. tengah dalam proses faham kan maksud ayat plak..
ReplyDeletetidak salah bercerita tentang kebaikan. Tidak salah berkongsi dgn perkara2 baik. Ini bermakna tidak salah saya berkongsi entry ini di grup watsap saya.
ReplyDeleteI thank u so much. Love it.
Terima kasih Nanny berkongsi ilmu.
ReplyDeleteCantiknya ayat ayat Allah kan. Tiada yg Allah ciptakan dlm dunia ini kecuali banyak manfaatnya.
Eh....komen hakak ni ada ke kaitan dgn entri Nanny tu....hadam ajelah Nanny haha....
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.