Kita merancang, Allah S.W.T menentukan. Pengalaman pertandingan mewarna anjuran PELIKAN.
Assalammualaikum w.b.t
Ujian yang ALLAH berikan kepada kita adalah dalam dua bentuk. Satu dalam bentuk yang positif seperti kejayaan dan kegembiraan. Manakala yang kedua adalah yang negative seperti kegagalan dan kesedihan. Tapi itu bukanlah satu pengakhiran sebab kita masih ada pilihan. Umpama cabang ranting kayu. Kalau gagal, lepas tuh apa? kalau berjaya pula apa yang kita perlu lakukan seterusnya.
Itulah sebenarnya yang saya rasa bila Hannah baru-baru ini gagal melakukan yang terbaik ketika beraksi semasa memasuki pertandingan mewarna anjuran PELIKAN MALAYSIA peringkat akhir. Riak wajahnya terus berubah bila melihat template lukisan yang diberikan. Sepuluh minit yang pertama siap menangis sambil mengesat air mata. Tapi tadela sampai teresak-esak. Pandai pulak die cover kan. HAHAH!
Hannah kategori A ( 5-8 yrs old ). Sedang mengesat air mata yang berlinangan. Anyways, perasan tak budak kecik belakang tuh yang pakai seluar merah duduk sambil silang kaki? I was very proud of him sebab nampak dia sangat bersemangat mewarna! tak padan dengan umur. |
Inilah template lukisan yang diberikan pada hari pertandingan. Saiz kertas adalah B4. Peserta boleh menambah sesuka hati lukisan di atas kertas tersebut. |
Sepatutnya, hasil akhir lukisan Hannah adalah seperti di atas. Tapi apakan daya, pengakhirannya tidak seperti yang dirancang.
Saya akur dan pasrah. Redha di atas segala ujian ini kerana tahu, pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Masih mampu tersenyum dengan hasil karya tersendiri . |
Hannah jawab, " Hannah give-up, putus asa sebab sendiri tengok tak cantik, Hannah tak tau nak lukis yang lain-lain tu kat mana"
After 2 hours, saya pun bawa Hannah makan sebab dia cakap dia lapar. Masa makan tuh memang kena 'basuh' lah dia dengan saya. Diam ajer dia sepanjang tuh. Allahu! memang masa tu saya frust sangat!
Keputusan akan diumumkan dalam pukul 3 petang dan ada lagi 2 jam nak menunggu. Separuh hati saya nak balik ajer sebab memang takde mood langsung. Memang terfikir...saguhati pun takkan dapat. Tapi, Hannah cakap dia nak stay. Saya tau dia serba salah bila saya cakap saya nak balik.
Ended up saya solat zuhur kat situ sebab dah masuk waktu, alang-alang solat lah dulu kat sana. Habis solat jiwa rasa sangat tenang. Subhanallah...Terasa seperti jiwa sangat fresh! Saya redha dan boleh let go apa yang dah berlaku sebentar tadi. Dah memang ALLAH S.W.T pun cakapkan, mintalah pertolongan dengan bersabar dan bersolat. Memang masa tuh menyesal sangat sebab tak mampu nak kawal emosi. Malu dengan diri sendiri.
Akhirnya setelah puas menunggu, keputusan pun diumumkan pada tepat pukul 3:40pm. Alhamdulillah, Hannah dapat number 13. Hadiahnya saguhati RM100 dan beberapa produk dari Pelikan. Syukur ...sebab contestant ade 20 orang dan hanya 15 orang sahaja yang layak menerima hadiah. Lagi 5 orang tuh dapat sijil penyertaan.
Sempat ambil gambar hasil lukisan pemenang Naib Johan Kategori A . Takder la complicated jalan cerita nya cuma dia pandai mewarna. |
This girl dapat 1st prize. Lumayan kan hadiah die dapat? memang cantik la die lukis and warna. Tips nya kena 'beli jiwa' penganjur . Setiap pensel kat belakang tuh dia tulis "PELIKAN". And yes! kaler die sangat terang dan menarik! geram tengok sebab cantik sangat :) |
Kesemua pemenang kategori A |
Inilah hadiah yang Hannah dapat. Memang tak payah beli dah setahun . Silap haribulan tahan bertahun-tahun. |
Malam tu, husband telefon borak-borak pasal bende ni. Dan selepas tuh, kami berdua dapat pengajaran atas apa yang berlaku harini. Sebagai manusia biasa kita semua takkan dapat lari dari melakukan kesilapan. Sebab memang sifat kita ni tak sempurna. Personally, I think we have to equip ourselves with parenting knowledge. Seriously, kadang-kadang tak pasti apa yang kita buat tuh baik atau tidak untuk anak kita.
Antara point penting yang dapat disenaraikan :
1) Latihan yang Hannah buat tuh... is way too rigid ( bak kata suami teman ler ) . She must follow everything from A-Z. Bila dapat template..terus TAK TAU nak buat apa. Sebab masa borak-borak ngan dia. Hannah cakap..dia ada idea lain nak lukis. Nak buat picnic mat and ada orang duduk atas tuh. Tapi dia cakap yang dia tak tau nak lukis macamana. Dia try buat, tapi tak jadi. Masa pulak berlalu dengan pantas. Alahai..kesian betul dengar.
2) Perlu pelbagaikan lukisan. Penting untuk Hannah tahu melukis benda basic macam pokok, butterfly, orang biasa yang tegak macam patung tuh pun takper. Tapi sebab dia cakap.."kan mama dah pesan langgar ajer, buat ajer macam yang kita praktis arituh". Dush! kena sebijik. Padan muko den!
3) Story line Hannah terlalu complicated. Yups! untuk usia dia ketika hari ini adalah sangat susah. Sebab, bila tengok yang top 3..very simple one! Janji ada beberapa kawan kat situ. Sungguh saya muhasabah diri bila fikir point yang ni. Bukan apa, saya akui saya ni terlalu bercita-cita tinggi sampai lupa keupayaan anak sendiri. Walaupun dia hanya ikut sahaja apa yang saya suruh..tapi sepatutnya, saya tak perlu selfish macam ni sekali. Sorry Hannah! nanti kita tebus balik kekalahan kita yer sayang.
4) Kurang teknik mewarna yang power. Haaa~~~ kalau tak pandai lukis sangat, tapi pandai mainkan warna memang meletops lah! Bila dibandingkan cara kitaorg mengajar Hannah mewarna dari mula latihan memang tak sama langsung dengan budak-budak yang menang tuh. Slowly, saya tengok balik Youtube dan study cara mewarna yang saya mahukan.
5) Jadikan ianya sebagai hobi. Bukan sekadar buat untuk masuk pertandingan. Sebab hobi tuhkan benda yang kita suka buat. Kebiasaannya, kalau sesuatu perkara itu memang kita suka sangat buat. InshaALLAH..hasilnya tak pernah menghampakan. Lainlah kalau kena paksa. Korang pun tau kan camane?
Okeylah, LIMA POINT kat atas tuh saya jadikan lesson learnt untuk diri sendiri. Hidup ni kena adventure dan perlu ada banyak pengalaman. Saya tahu, ada parents lain di luar sana pun pernah mengalamai situasi macam ni kan. Yang akhirnya ada rasa perasaan bersalah dalam diri masing-masing. Takper, keep it up dan don't give up yawww!
That's All and Thank You for reading!
5 comments
best sebenarnya melukis & mewarna ni �� my bapa berseni sngt, dah dekat nak pencen dia lukis muka sorang2 geng dia time d ofis. pastu beli lukisan yg hitam putih, dia warna sendiri di rumah. sy melukis x ok sngt, mewarna ok sikit
ReplyDeleteAlhamdulillah. Still dpt no 13, wang sebanyak rm100 dan hadiah lagi. hehe
ReplyDeleteTahniah Hannah! Takpelaa down sikit pada awalnya, ada hikmah di sebalik ujian tu kan? Dapat nom 13 pun dah seronok tengok hadiah dia.
ReplyDeleteBtw, Hannah punya skill mewarna lagi power dari sayalaa sis. Hihi *tutup muka*
Memang cantik kak tengok lukisan yang first dengan second place tu! yang first tu warna dia terang betul (walaupun tak nampak clear lukisan dia macam mana). Tapi Alhamdulillah hannah berjaya juga dapat tempat 13 out of 20. Okay lah tu kak. Mula-mula ni just kumpul pengalaman dulu. Nanti next time, inshaAllah she will improve bila dah banyak pengalaman. Geram pula tengok hadiah tu rasa nak minta satu kat hannah hehe.
ReplyDeleteAlaaa...tak payahlah nak frust sangat NF, ok apa Hannah dapat saguhati pun. Banyak jugak tu hadiah dia.
ReplyDeleteYelah, sebagai ibu kalau boleh mmg le kita nak anak kita dpt top 3 tp adat pertandingan namanya. Ada menang dan ada kalah....
Akhir akhir bulan ni, kotnya bff nak mai tak? Tu yg emosi tak stabil
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.