Kenali Personaliti Profil Diri Dengan Ujian STIFin!

By Monday, July 31, 2017 , , , ,

Assalammualaikum w.b.t

Hai semua!

Saya pernah ditegur oleh ex-colleague saya ketika berjumpa di majlis open house kawan kami. Semasa majlis perkahwinan beliau, saya ada mengambil beberapa foto perkahwinan nya. Well, saya ambil suka-suka ajer.

Ayat kawan saya tu lebih kurang begini :

"Ko ni salah amik bidang ke ape? " HAHAH!

Sebagai seorang bekas geologist saya hanya mampu tersengih . Sebenarnya, saya pun tak sangka  yang saya ada kebolehan dalam bidang photography ni. Walhal, saya memang amik suka-suka ajer. Walaupun terkini jadi part timer photographer dengan Alfan Archerer.

Sampai la semalam apabila saya memutuskan yang saya nak buat ujian STIFin ini. Hasil imbasan cap  jari kesemua jari kanan dan kiri. Saya merupakan seseorang yang berwatakan Intuiting Introvert


Bermaksud saya kerap menggunakan belahan otak sebelah kanan iaitu ( Kreatif ). Antara ciri - ciri lain adalah : orang yang berwatakan Intuiting ini sangat suka berangan dan mempunyai angan-angan yang besar. Sukakan perkara yang abstrak, kreatif dan minat cerita fiksyen.

Orang jenis ini juga biasanya suka kepada pekerjaan yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan kurang gemar pada kerja-kerja yang menggunakan tenaga/peluh.

Cuma dari segi pembelajaran, orang jenis Ii ini suka fokus dirinya dengan memahami konsep. Keupayaan untuk memahami konsep itu tidak mudah, ia hanya dapat dibantu dengan menggunakan ilustrasi, grafik dan filem.

Peranan komunikasi non-verbal dari tenaga pengajar juga dapat membantu orang Ii belajar, Oleh sebab itu, tidak hairanlah orang jenis Ii akan menyukai guru atau pensyarah yang mampu berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu pembelajaran dengan baik dan sempurna.

Patut pun, masa kat belajar dulu susah sangat saya nak skor. Nak dapatkan pointer tinggi-tinggi tuh punyalah azab. Pelik, bila tengok orang lain relaks ajer tak belajar sangat tapi boleh skor.
Macam si Umair. Dia berwatakan Feeling Introvert (Fi) . Orang jenis Fi ni pula, banyak menggunakan emosi dalam menjalani proses kehidupan mereka. Sifat empathy dan simpathy mereka tinggi dari yang lain. Mudah juga tersinggung , peramah , menyakinkan , lembut dan penyayang.

Orang jenis Fi ini mempunyai oksigen yang banyak. Jadi dia mempunyai stamina yang tinggi. Patutlah harituh Umair dapat number 11 ke 12 masa acara merentas desa di sekolah dia. Yerla, tengok jer badan haluih kecik dengan umur die masa tuh baru 6 tahun 4 bulan ajer.

Not bad lah kan. Puasa pun die boleh tahan. Walhal, first time tu dia puasa. Unlike his kakak. Memang tak suka bersukan sangat and puasa arituh pun dia tak berapa larat masa seusia Umair. Mungkin hiking juga sesuai untuk orang jenis Fi.

Jadi, lain orang lainlah keupayaannya. Jangan dibandingkan anak-anak kita sebab mereka ada 
kelebihan masing-masing.

Lagi satu, orang jenis Fi ni good listener you know! jadi, cara pembelajaran dia adalah dengan mendegar. Fokus di dalam kelas sahaja. Tak payah dah nak baca buku sakan. InshaALLAH skor! Hahaha...

Bila dah tahu kekuatan Umair ni, jadi untuk hafazan dia. Saya akan pasang ajer audio surah-surah di mp3 kereta on the way nak ke skolah. Spelling juga saya buat begitu. Saya baca, ulang 3 kali. Then suruh die repeat.  Orang jenis Fi ini juga kalau kita ceritakan sesuatu yang bagus especially sebelum tidur. Memang akan melekat kat otak die.

Terbukti tau! Saya pernah bedtime story kan budak-budak ni tentang kisah surah At-Tin. Surprisingly, dia boleh ingat Nabi Musa pernah berjumpa dengan ALLAH SWT di Bukit Sinai. Memula tuh terkejut gak. Tapi, lepas buat test ni semalam. Owhhh..no wonder lah!

Cuma bila si Fi ni berhubung dengan feeling, jadi mereka sangatlah dipengaruhi dengan mood! Tak leh belajar dalam masa yang lama. Lepas tuh kalau mood ke Laut China Selatan, kita kena usahakan bagi pulih semula mood dia tuh. Caranya mudah melalui sentuhan kasih sayang!
Hannah? si Thinking Introvert (Ti) . Sama dengan yang bongsu. Seseorang yang suka berfikir, membaca dan menganalisa. Sesuai lah dengan kehendak otaknya yang suka menganalisa walaupun tanpa diminta. Atas kekuatan pembacaannya itu menyebabkan orang Ti selalunya menguasai pembelajarannya dengan baik.

Penghargaan bukan berupa pujian tetapi lebih kepada pengiktirafan. Contoh dari pengiktirafan ibu-bapa, guru saingan dan rakan-rakannya. Selain itu, orang jenis Ti ini biasanya lebih suka melakukan kerja sendiri seperti seorang pakar.

Lagi satu, orang yang jenis Ti ni memang tak minat sukan. Jangan suruh die swimming. Memang dia tak mau. Which is very true! Anything yang melibatkan otot memang orang jenis Ti ni tak nak buat, kalau buat pun sebab mama dan teachers kena suruh.

Maybe Hannah boleh cuba masukkan kelas main catur, berpidato dan lego tuh ha. Sebab die otak thinking. Menganalisa. Itu yang nampak sesuai.

Alahai..bila dah tahu keputusan personaliti anak-anak ni. Mama rasa bersalah sket sebab masukkan derang ke kelas yang mama minat. Contohnya, mewarna dan main muzik. Tu semua mama punya minat oiii..mama kan orang jenis seni  Ii.

Pada saya, ilmu parenting ini sangat penting. Kitalah yang mencorak kan mereka mengikut karakter masing-masing. Apa pun, STIFIN membantu saya untuk memahami anak-anak saya dengan lebih mendalam. Bagaimana saya sendiri yang berwatakan Ii perlu membantu pembelajaran anak-anak yang bukan sama dengan watak saya.
Untuk yang berminat nak buat test analisa cap jari dan dengar intro STIFIN ni ..InshaALLAH hari Ahad ni 6 August akan ada satu sesi. Sila rujuk poster di bawah dan terus hubungi nama orang yang tertera di situ yer.

Lepas ni uolls dah tak payah nak fenin tarik rambut atau bertukar jadi mak ko hijo. InshaALLAH.. kita mampu memahami personaliti diri sendiri, pasangan dan anak-anak. Akan kurang stress dan lebih happy.

Banyakkan juga berdoa sebab hati ini milik ALLAH S.W.T. Kita sebagai ibu-bapa perlulah mencuba yang TERBAIK. Selebihnya kita serahkan bulat-bulat pada yang MAHA ESA.

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

12 comments

  1. Thanks Nany! Seronok dan best bila lebih kenal anak beranak kan, dan lagi best bila tahu diri sendiri ni sbnrnya macam mana 😊😊😊

    ReplyDelete
  2. bagus juga ni, boleh kita tahu kecenderungan anak2 kita kan.

    ReplyDelete
  3. waaaaaah bagus jgk ye kak... mudah bila dpt kenal personalti seseorang...

    ReplyDelete
  4. ilmu baru untuk ana ni kak. tak tahu pun sebelum ni. thanks for sharing

    ReplyDelete
  5. Bagus test ni boleh kenal diri Kita mcm mana

    ReplyDelete
  6. Mungkin Nani pun jenis thinking intrivert macam Hannah sebab tak minat bersukan jugak. Hahahah! Alaa Ahad ni takdek dekat Selangor, kalau tak boleh pergi. Best jugak bila ada ujian yang boleh analisa diri sendiri ni. Heheh ;)

    ReplyDelete
  7. Nasib baik jauh...kalau dak saya angkut yaya p sekali...macam best jer tau =)

    ReplyDelete
  8. salam..puan ada join seterusnya ke program stiffin? macam PIS dan tematik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslmwarahmatullah..maaf, saya tak join program2 yg seterusnya.

      Delete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.