KidZaniaGO di Quill City Mall Kuala Lumpur ( 20 - 25 Mac 2018 )
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Hari ini saya bawa anak-anak ke KidZaniaGO di Quill Mall City yang terletak di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Bergantung kepada aktiviti. Ada beberapa aktiviti yang kena mambaca contohnya masa kat dalam court. Masa ni Umair kena jadi yang dipertua hakim. AHAHA! mama nya dah gelakkan dia dari jauh. Adik and kakak pun sengih-sengih senyum tengok kepala abangnya ada rambut palsu warna putih tuh.
Ada yang tak pandai nak baca jadi staff tuh tolong bacakan and derang ni ikut ajerla.
Volvo - Stop, look and wave - Penerangan tentangperlunya kita berhati-hati di jalan raya. Esepecially bila nak melintas jalan.
Sharp Air Quality Control - Mereka diajar tentang udara yang sihat dan Hannah kata lagi, staff tuh suruh parents beli brand Sharp untuk air filter di rumah. Sempat lagi kan promote. HAHAH!
Mc Donald's Fitness Centre- mereka diambil ukuran ketinggian dan berat badan. Rasanye untuk tahu samada obes ke tak kot.
Ini pula yang paling disukai anak-anak. It's magic time!
TV Studio - Dok tengah tanya kids pernah ke tidak nampak bendalah tuh. Lepas tuh derang merasa pegang camera DSLR pula.
Akhir sekali, dapat recycle bag from KidZania beserta voucher RM5 untuk boostjuice and Chill Chill.
Lepas mama shared gambar anak-anak beraktiviti di Instagram dapatlah 2 free ticket ke KidZania. Alhamdulillah! Yahoooo~~~ nanti bolehlah bawa derang pergi. Boleh main kat sana sehari suntuk.
Thank you so much Quill City Mall. It was a great and fun experience for the kids. They really enjoyed it!
p/s : Dalam pukul 3pm tadi dah tak ramai yang beratur. Kot-kot ada yang nak pergi esok dan lusa. Boleh lah cuba since die buka sampai pukul 9:30 malam.
That's All and Thank you for reading!
2 comments
Wahh..bestnya kak Nany. seronok kan aktiviti yang bebudak boleh buat time cuti sekolah
ReplyDeleteni kira promotionler yer... wow dasat boleh masuk sekali.. terer dik nun ni yer...
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.