Kalah Dalam Menang

By Monday, March 12, 2018 , ,

Assalammualaikum w.b.t


Pengalaman kali pertama para pelajar, parents dan guru pengiring menemani anak-anak sebagai wakil sekolah ke pertandingan catur baru-baru ini sangat berharga. Walaupun letihnya sampai ke hari ini masih terasa.

Kalau nak tahu, chess tournament ni memang makan masa sampai sehari setengah. Bayangkan ada 8 round anak-anak ni  kena main. Dan masa yang ditetapkan untuk satu round permainan adalah selama 25 minit.

Tahun ini kami memang pergi bertempur tanpa ada persediaan yang rapi. Pun begitu, anak-anak mampu berjuang sehingga ke titisan akhir ( macam pergi berperang ajer kan ) HAHAH!

Bayangkan sekolah tuan rumah sahaja hantar lebih kurang 50 orang wakil untuk bertanding. Manakala, sekolah lain pula hanya dibenarkan 8 peserta sahaja. Dalam pertandingan ini, ada tiga kategori umur. Bawah 15, bawah 12 dan bawah 9 tahun.

Paling  best, bila masuk chess tournament ni para peserta akan didaftarkan juga FIDE I.D mereka. Nombor ID ni sebenarnya merupakan lesen yang diiktiraf sedunia untuk semua peserta catur setiap kali mahu masuk bertanding.

Hari pertama pertandingan adalah bermula pada hari Jumaat yang lepas. Walaupun masa perlawanan bermula pada pukul 3:30pm, tapi kami sampai dalam pukul 11:30am. Memandangkan pendaftaran dibuka pada pukul 12:30pm dan hari tersebut adalah hari Jumaat.

Setiap kali habis perlawanan, result akan keluar secara online dan boleh semak di page tersebut untuk pusingan yang seterusnya siapa opponent kita. Maklumatnya juga cukup lengkap. Nama, dari sekolah mana, ratings, dengan siapa dia berlawan sebelum tuh dan markah yang diperolehinya.

Walaupun anak-anak ini KALAH dalam kebanyakan pusingan. Tapi kami tetap lihat dari sudut positifnya.

Pada saya, mereka masih MENANG dalam beberapa aspek dan kami bangga dengan pencapaian mereka itu.

1) Anak-anak tetap bersalam dan tetap mengucapkan "tahniah", "Good Job" selepas setiap kali selesai perlawanan. Walaupun mereka kalah.

2)  Mereka MENANG kerana berjaya mengawal emosi walaupun banyak KEKALAHAN yang perlu mereka hadap.

3) Mereka MENANG dalam mematuhi peraturan di dalam dewan. Lain sangat perangai masing-masing masa training dan ketika perlawanan berlangsung.

4) Mereka MENANG dalam bersabar menunggu sehingga tamat permainan.

Saya lihat ibu-bapa yang terlibat juga menjadi akrab antara satu sama lain. Ada parent yang sanggup turun padang tolong train anak-anak ni last minute. Kalau peserta dari sekolah lain ada yang dah training bertahun-tahun. Anak-anak kami pula  tak sampai sebulan training.Dah la tuh..training pun rasa macam syok sendiri sebab bukan hired mana-mana coach pun. 😂

Kami tak expect mereka menang. Cukuplah sekadar memperkenalkan nama sekolah ke luar dahulu. Maklumlah, sekolah ini sekolah yang sangat baru. Objektif lain, kami mahukan mereka membina keyakinan diri. Rasakan pengalaman apabila gagal atau berjaya.

Sebab itulah erti sebenar kehidupan. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Kadangkala, kegagalan membawa sebuah kenangan yang sangat manis apabila kejayaan mampu dikecapi selepas itu.

Tahniah sekali anak-anak! Syabas buat ibu bapa dan guru-guru yang terlibat. Saya lihat komitmen dari ibu bapa juga tidak kurang hebat juga. Cuba sedaya upaya untuk memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada semua peserta catur yang terlibat.

Pagi ini semasa perhimpunan pagi di sekolah. Penyampaian sijil penyertaan dari Penaung Sekolah.
Boleh baca pengalaman Hannah sendiri di blognya : https://hannahfadhly.wordpress.com/2018/03/11/my-first-chess-tournament/

That's All and Thank you for reading!

You Might Also Like

2 comments

  1. Tahniah kepada anak-anak yang terlibat, semoga mereka lebih bersemagat selepas ni

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    pengalaman dan banyak pengajaran dikutip sepanjang mereka berlawan catur tu
    In Sha Allah

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.