D.I.Y Tutu Skirt Batman Tanpa Jahitan
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua!
Untuk D.I.Y project kali ini, saya nak kongsikan cara membuat D.I.Y tutu skirt yang paling senang. Betul weh senang! yang tak payah nak jahit-jahit semua. Hannah pun boleh bantu saya buat.
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah :
1) Getah kain - Sila guna saiz diameter lebih kurang 1/2 inci.
2) Kain Nett or Tulle
3) Pita pengukur
4) Gunting
4) Tin biskut
Kalau di Puchong, saya cari kain nett / tulle di kedai kain Tewah IOI Mall Puchong. Walaupun tak banyak pilihan yang ada, tapi warna hitam dan kuning masih ada dalam gulungan. Saya beli per meter dan kalau tak silap bidang dia besar juga dalam 60inci.
Step pertama :
UKURAN PANJANG SKIRT
Ambil ukuran panjang yang kita mahukan dari aras punggang sampai ke peha. Ini memang bergantung kepada ketinggian orang yang akan pakai skirt tutu ni. Katalah panjang yang kita mahukan adalah 12 inci. Jadi kena doublekan ukuran dia sebab nanti kita nak lipat dua pula. Untuk lebar kain pula adalah 6 inci.
UKURAN UKUR LILIT PINGGANG
Gunakan pita pengukur dan ambil ukuran saiz pinggang. Kalau nak senang, terus ambil getah kain yang kita nak guna untuk buat tutu skirt tuh dan lilit pada pinggang. Gunting dan ikat mati antara kedua hujung getah tersebut.
Step kedua dan seterusnya:
Getah tadi boleh dimasukkan ke dalam tin biskut ataupun regangkan dan masukkan pada tempat bersandar kerusi macam dalam gambar ni :
Masuk dan tarik keluar kain tulle tersebut.
Seterusnya, buat sehingga keliling getah tersebut penuh dengan kain tulle. Saya sengaja tinggalkan ruang tersebut untuk diselang sellikan dengan warna hitam.
Taraaa~~~~
Hasilnya bila dah siap!
Senang ajer kan? yang penting tak payah nak berjahit bagai. Main gunting lepas tuh ikatkan ajer. Hasilnya pula memang kebabom! hehehe~
Selamat mencuba semua!
3 comments
rajin sungguh laaa mama hanah ni.. semua boleh..... masak terer.. menjahit terer... ambik gambar terer... bravo!!
ReplyDeleteKreatifnyaa kak Nany :)
ReplyDeleteWahhh kretifnya
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.