Cuti-cuti @ RUANG - Janda Baik
Assalammualaikum w.b.t
Hai semua~
Kelmarin memang adhoc plan sebab plan asal nak ke Sungai Chilling terpaksa dibatalkan sebabnya baru tahu yang sungai tuh only open on few days. Yang pasti, bukan hari Isnin.
So, terus teringat satu tempat ni yang kawan pernah suggest untuk kitaorg pergi. Dah lama sebenarnya nak ke Janda Baik. Tapi dah anak 3 orang ni and after our marriage almost 12 years barulah jejak kaki ke sana. Padahal, bukannya jauh sangat pun. It only took 1hr 15minutes from our house.
Lagipun kesian tengok budak-budak ni cuti sekolah tak ke mana. Kebetulan, husband memang dalam cuti. Jadi, terus lah zass pergi beli ayam sekor and marinate terus. Dengan ilmu ketangkasan yang ada ni, capai ajerla pakaian untuk overnight semalam saje. Makanan pula bawa apa yang dah ada dalam rumah ni. Biskut, roti, jem.
Biasa kalau plan beriya sangat susah nak excute. Ni bangun selepas subuh terus cakap kat kawan tuh tolong bookingkan bilik yang sesuai sekali dengan bbq pit.
Tempat yang kami nak pergi ni namanya RUANG.
Pada saya memang unik lah namanya. Eh! sekarang ni ada pelbagai nama yang memang unik dan kreatif kan? contoh lain adalah macam SEKEPING. Memula dengar ingat ada kaitan dengan papan ke ape. HAHAH!
Okeylah..back to the original story. Nak cari RUANG ni sebenarnya tak susah mana pun. Cuma kalau first time memang kena bawa keta tuh slow ajer. Dalam 30km/h cukup. Jalan kat dalam tuh one way ajer, kalau terlepas simpang, jenuh nak cari tempat nak u-turn.
So,
Lokasinya, selepas simpang besar di hadapan tuh, teruskan perjalanan dalam 1.5km to 2km. Bila nampak sinage DAUN DANAU CHALET sebelah kanan. Tolong slowkan lagi kereta sebab dalam 100meter lepas tuh akan ada simpang kecik ajer untuk masuk ke kawasan RUANG. Jangan panik sebab jalannya memang agak berbukit. Nanti dari dalam kereta tuh dah nampak rumah besar cat warna hitam dan kolam yang agak besar untuk memancing dan tempat itik berenang.
RUANG ini bukanlah macam hotel bertaraf 5 bintang dan rekabentuk nya sangat unik. Dari tingkat bawah sampailah ada roof garden tau.
Ada few bilik yang korang boleh sewa bergantung kepada berapa ramai yang nak menginap. Saya paling suka bila nama-nama bilik nya pun lain dari yang lain.
Antaranya adalah seperti : Barn, Workshop, Little Tokyo, Akira Kurosawa, Bathe Safe, Just is dan OutPost.
Sebab namanya pun RUANG. Jadi memang banyak "ruang-ruang" yang sengaja diadakan di kawasan tempat penginapan ni.
Memang trend dan style nya begini kot. Dinding-dinding sengaja tidak diplaster simenkan. Tinggalkan bata-bata sahaja. Cantik sebenarnya bila bergambar.
Kami menyewa di bilik yang bernama Workshop. Memula terfikir, kenapa lah ada spanar, gergaji dan peralatan lain yang tergantung. Rupanya baru teringat... "aaaaah...no wonder lah, sebab nama bilik ni workshop"
Honestly nak bagitahu. Taderlah hiasan bilik yang cantik-cantik macam bilik hotel yang lain. Lantai pun derang guna simen ajer. Then ade satu kapet yang dibentang. Ada single bed kat bawah then, ade small stairs untuk ke tempat tidur satu lagi.
Single bed and ada bantal beserta selimut. My husband and my 6 yrs old son slept here together.
Bahagian atas pula ada kelambu and beserta tilam, bantal besar ada 4 biji and comforter sekali. Kipas ada dua yang melekat kat atas macam dalam gambar tuh.
Kain kelambu bersih. Cuma ada la koyak sket...hehehe. Bantal, cadar, comforter berbau harum dan wangi. Means memang derang cuci betul-betul lah. Syok tau, tidur kat atas tuh walaupun takder aicond tapi sejuknya lahaiii..
Antara 'ruang-ruang' yang ada. Pada saya, bila ada ruang yang begini adalah tak berapa best dengan kemasukan beberapa serangga yang pelbagai spesis dan jenis. Mujur lah kami ada kelambu. Kesian kat husband, Hannah dan Uwais . Kena kacau dengan 2-3 jenis serangga yang tidak diketahui namanya.Kelawar pun sempat masuk melawat terbang sesat ke dalam bilik kami. HAHAHAH!
Sebenarnya, kalau tak bahaya OK sajer sebab saya dan suami pun dari kecik duduk kampung. Dah tak heran pun . Tapi budak-budak ni..MashaALLAH...dia punya takut ke excited. Ntahler..riuh sekampung.
Ruang bilik air dia sangat luas ok! and derang tade guna pintu nak masuk bilik airnya. Guna langsir ni ajer.
Water pressure sangat OK dan boleh adjust suhu kepanasan air ikut kesesuian. Toiletries yang saya perasan cuma ada sekeping sabun yang comel tuh ajer. Kami memang bawa siap-siap dari rumah. Kalau terlupa nak bawa don't worry boleh kluar jap pegi cari kat kedai runcit area kampung tuh.
Tandas bersih dan modern. Kalau korang sewa bilik lain macam Little Tokyo and Akira Kurosawa pula, bilik aor die ade ruang tau kat bahagian atas. Kalau monyet ade memang selamat lah kena skodeng! HAHAH!
Bilik air di dalam bilik LITTLE TOKYO
Ini macam sinki tapi dengan meja 2 tingkat. Panjang tau..tapi bagus juga sebab lepas mandi sungai baju-baju budak ni letak sini dulu. Agaknya kalau nak basuh berus tangan pun boleh sebab ruang meja ni panjang.
Sehelai sejadah juga disediakan bersama arah kiblat. Telekung sila bawa sendiri.
Aktiviti yang paling tak sabar untuk kami semua adalah mandi sungai! Yeayyy~~~~
Kat sungai ni juga owner tuh buatkan buaian. So, bolehlah terjun tiruk dari buaian tuh. HAHAH! Air pula tak dalam mana, macam dalam gambar tuh la kalau orang dewasa yang setinggi 153cm berdiri.
Muka die tuh jadi macam tuh sebab geli dengan serangga yang macam spider tuh warna hitam. Apa ntah nama dia. Takut kena gigit katanya. Gitulah kan budak bandar! HAHAH
Anak-anak suka sangat susun-susun batu kat area empangan yang comel ni ha.
Ada lagi 2 buaian kat sini dan Hammock tuh visitor lain punya . Syok betul kalau dapat berendoi dalam tuh kan. Dengan deruan sungai dan kicauan burung. Waahhh..memang tenang dan sangat mendamaikan.
Ini pula kawasan bbq pit. Kena sewa tau RM40. Nanti staff derang akan pasangkan bara untuk kita. Saya dah siap marinate ayam dari rumah. Letak dalam cool box and isi ais jer dalam tuh.
Penyepit tuh pun siap bawa dari rumah. Cuma tray tuh jer pinjam dari dapur derang. Dah guna jangan lupa basuh elok-elok tau. Hehehe..
Yang dibakar adalah sosej dan ayam sahaja. Sebab itu jer yang sempat nak sambar. Dah last minute katanya kan. Lagipun, siapa lah nak makan banyak-banyak tuh kan. Ayam sekor pun jenuh kami nak habiskan. HAHA!
Ini dapur RUANG. Open style dan lengkap dengan segala kelengkapan masakan. Kalau datang sini and nak order makanan boleh bagitahu awal-awal pada owner so that die boleh sediakan bahan-bahan yang perlu untuk masakkan menu korang tuh.
Sementara tunggu ayam masak , kita layan aiskrim Malaysia dulu yer. RM1 sebatang.
Batch pertama ayam yang dibakar dah sedia untuk dimakan. Sedap sangat resepi marinate syok sendiri from yours truly. HAHAH~
Budak-budak ni enjoy makan. Lepas tuh derang sambung main badminton pula . Kereta pun tak banyak yang parking so luaslah kawasan permainan derang ni.
Lepas main badminton beberapa round, sambung pula main Saidina kat area meja bawah rumah tuh. Dah masuk maghrib break kejap solat. Lepas tuh sambung balik main Saidina dalam bilik.
Main almost pukul 9 lepas tuh semua macam dah penat. Nak tunggu semua bankrupt macam lambat lagi. HAHAH! Banker pun dah ngantuk. Maka selepas semua nya selesai sambung makan baki ayam bakar tadi, biskut , roti dan solat Isyak, kami pun ready ke lala land.Macam biasa lah, drama dulu sebelum tuh sebab nampak kumbang ke apa ntah. Husband ku la yang tukang melayan.
Oh yer..nyamuk ade time maghrib ajer. Lepas tuh hilang begitu sahaja. Maka, malamnya kami masing-masing tidur dengan nyenyak. Sejuk weh..walaupun tak ade aircond. Time subuh lagila, air paip pun sejuk macam dalam peti ais.
Pagi esok nya, kami explore lagi area tuh. Kawan yang rekomen tempat ni bagitahu ade satu pokok kelapa tumbang dekat dengan reban itik tepi kolam. Hujungnya ade pangkin, atap comel dan plug elektrik. Saya memang kagum tengok kejadian nya. Kreatif betul lah derang ni!
Mak buat rules sendiri. Sapa terjatuh kena repeat semula dan meniti balik dari pangkal smpi ke pangkin tuh. HAHAH!
Muka happy dah sampai dulu. Dok gelakkan abangnya yang masih dalam perjalanan meniti batang pokok kelapa. HAHAH!
Adui Umair..muka tuh penuh ekspresi tau!
Pagi tuh, kami cuma breakfast roti sapuan jem strawberry and air bancuh sendiri. Kalau nak order sandwich or yang ada kat menu derang tuh. Kena bagitahu awal-awal sehari sebelum untuk persiapan bahan-bahan.
Ini pun saya suka juga. Bila owner mengamalkan konsep 'trust' di RUANG. Lepas ambil barang yang kita beli sila bayar dan masukkan duit ke dalam tong yang disediakan tuh. Remind me of culture in Japan. Air panas memang ada jam. Incase kalau korang nak bancuh air kopi ke teh "O" .
Kalau nak tahu, dari tingkat atas tempat tidur berkelambu tuh ada roof gardern. Cuma tak banyak lah bunga nya. Banyak daun-daun and bunga liar ajer. Kalau dia tanam pokok tulip ke sakura ke..hahaha! berangan sangat dok kat Jepun.
Maaflah sebab posing dengan seluar tidur ajer sebab lepas ni nak ke sungai lagi bermandi manda. Ahaks!
Antara tempat-tempat yang cantik untuk ambil gambar.
Hiasan di RUANG ni banyak menggunakan barang-barang antik yang lama. Termasuklah radio macam kat bawah ni. Walaubagaimanapun, radio ni masih elok terpasang.
Lepas explore kami sambung mandi kat sungai.
Paling best juga bila sungai yang kecil comel ini cuma 5 tapak ajer dari bilik. Lepas tuh kalau pergi time weekdays memang tade orang. Kami ajer yang conquer main dalam sungai ini.
Akhirnya selepas semua menggigil kesejukan dan kelaparan kami pun balik ke bilik dan siap-siap untuk pulang ke pangkal jalan.
Ingatkan nak ke Kopi Ladang Restaurant dalam 4km dari RUANG ni. Tapi masa kami sampai tutup lah pulak. Nampak gayanya kena repeat ke sini . Anak-anak pun cakap suka and nak pergi lagi. InshaALLAH..one fine day we will be coming here again.
So, Kalau ada sesiap yang berminat boleh check IG RUANG
Things to bring :
1) Extra toto , selimut dan bantal ( Or boleh try minta pada owner . But toto kalau pergi more than 4 person sila bawa sendiri yer)
2) Toiletries
3) Extra towel sebab owner provide 2 ajer
4) Mosquito repellant
5) Minyak gamat or anything utk sapu akibat gigitan serangga
6) Makanan - roti, jem, kerepek
5 comments
jambatan batang pokok kelapa tue...tingat zaman kanak kanak ..meniti jambatan batang pokok kelapa ,,,,
ReplyDeletebestnyaa babe. nama pun catchy je . Tapi I pun jenis penakut jugak hehehe. kalau mandi sungai I la dulu yg terjerit jerit kalau ada benda hitam mcm spider tu. lelabah air ke apa ?
ReplyDeletebtw pasal sekeping tu, I teringin benau nak pegi tapi asyik full je hahaha. RM 800++ kan rate dia? kat Bangsar pun ada, lagi murah. namanya SEKEPING TENGGIRI (catchy gila, tetiba ingat kari ikan tenggiri hahaha)
btw berapa per night ni babe?
wahhhhhh menarik and nampak seronok tempat ni..bawak satu family ni bagusss ni..
ReplyDeletefollow sini #120
Thank you kak Nany kongsikan pasal RUANG ni. Next time boleh try menginap sini pulak. Nampak selesa sangat bilik tu. Janda baik ni memang best sangat kalau nak lari sekejap dari suasana bandar tu. Tidur tak ada aircond pun memang sejuk sangat plus boleh fefeeling macam dekat kampung. Paling syok sebab ada sungai lah. Heheh :)
ReplyDeleteehm tak penah cuba yer tempat2 gini.. selalu nak gi hotel yang ada pooljer.. per kata sekali2 pulang ke alam semulajadi yer... semua pun ingatkan nanny ngan jepun yer...
ReplyDeleteboleh di suggestkan kat en suami ni untuk next trip yer...
Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.