Ramadan Al-Mubarak!

By Saturday, May 19, 2018 ,

Assalammualaikum w.b.t

Ramadan hari ke-3. Macamana kualiti puasa kita semua?

Didoakan semoga Ramadan kita pada tahun ini lebih baik dari Ramadan pada tahun-tahun yang lepas. Baru hari ke-3 dan kita masih banyak peluang untuk fokus dalam beramal ibadah.

Antara beberapa tips bagaimana untuk kita 'merasakan'  puasa yang sebenar- yang bukan sahaja menahan diri dari lapar dan minum. Tapi it's beyond  that!

Dalam Surah Al-Baqarah

ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ Ø¢َÙ…َÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّØ°ِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ (183) 

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kepada kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa (Q.S al-Baqaroh:183).

Untuk mencapai ketaqwaan adalah perlu untuk kita rasakan dua perkara , iaitu :

1) Ketakutan dengan azab ALLAH
2) Pengharapan agar ALLAH menerima segala amal ibadah kita.

Janganlah ingat selepas kita selesai melakukan sebarang amal itu, kita rasa sudah cukup puas dan lega sebab dah settled semua urusan.

Penting untuk kita berdoa dan bermuhasabah agar ALLAH S.W.T menerima segala amal kebaikan yang telah kita lakukan.

Walaupun kita sedang berpuasa, kadang kita terleka..alpa. Dok 'membawang' perkara-perkara yang kurang berfaedah.

Dok scroll IG/FB sampai terlupa waktu solat dah masuk. Tapi, mata masih melekat pada screen telefon.

Benda-benda yang kita dah terbiasa buat sebelum ni memang susah nak kawal. Itulah sebabnya dinamakan JIHAD.

Lawanlah nafsu dengan bersungguh-sungguh. Ada terbaca artikel kat mana ntah . Dah lama dah pun..like few years back. 

Sebelum masuk Ramadan, kena banyakkan berdoa supaya ALLAH S.W.T panjangkan umur kita untuk sampai ke bulan Ramadan ni. Sebab terlalu banyak kelebihan dan pahala yang berganda-ganda.

Kiranya, kita ni memang kena BERSYUKUR sangat-sangat sebab ALLAH S.W.T beri peluang untuk kita melalui bulan Ramadan ini. Harapnya dapat lah sehingga ke Ramadan tahun-tahun hadapan.

Alhamdulillah..untuk tubuh badan yang sihat jadi dapat berpuasa, bertadarus, bertarawikh. KOrang yang ada kekangan tak dapat tarawikh di masjid or atas sebab-sebab tertentu. 

La Tahzan, Don't be sad.

InshaALLAH..ALLAH akan lihat semua perkara yang kita buat. Walaupun ianya hanyalah sekecil zarah. Siapalah kita insan biasa yang juga hamba kepada ALLAH yang esa untuk menentukan pahala dan dosa.

Owh eh! saya nak share juga something. Kalau selama ni saya print fasting chart untuk anak-anak sahaja. Kali ini, saya print untuk saya juga. 

Cuma saya alter lah perkara or aktivit apa yang saya nak buat . Sesuaikan dengan diri masing-masing since day in day out kita tak sama. 

Kalau ada yang berminat boleh click kat sini and print :

http://www.qamardesigns.se/ramadan-printables.html

Korang boleh tulis sendiri kat bahagian atas tuh beberapa amalan yang korang rasa bersesuaian dengan jadual waktu harian korang semua.

Contohnya saya letak :

1) Dhuha
2) Mathurat
3) Hafazan pula saya target nak buat surah Yassin. 
4) Mengaji
5) Solat Tarawikh
6) Tahajud

Or

Boleh juga buat yang simple2 juga.  Seperti contoh : solat di awal waktu. Haaa~~ bunyi macam senang. Kalau tak biasa memang rasa berjihad sangat! huuuu

Lagi apa eh?

Ha...boleh juga tadabur mana2 surah. Share dengan kawan-kawan. Buat group tadarus juga dengan kawan-kawan. 

Akhir kata , saya ingin memohon kemaaf zahir dan batin sekiranya saya terkasar bahasa ketika menulis.

Semoga ALLAH melimpahi rahmat sebanyak-banyaknya dan memberi keampunan kepada kita semua.

:)

 
 

You Might Also Like

4 comments

  1. Scrolling phone. Solat awal waktu. On point.

    Selamat berpuasa sister. Lama dah tak datang sini.

    ReplyDelete
  2. Betul. Bulan ni kita umat Islam perlu tingkatkan amal ibadah. Bulan mulia kita perlu fokus dan istiqomah ke arah kebaikan. Thanks nany sharing this info

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa nany..alhamdulilah ..sampai juga ke bulan ramadhan..tq for reminder juga...cuba berjihad untuk solat di awal waktu dan kurangkan scroll FB/IG

    ReplyDelete
  4. Salaam Ramadhan kak Nany. Mudah mudahan makin berlipat ganda amalan kita di bulan mulia ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.