Resepi Lepat Labu - My first time making it!

By Thursday, July 12, 2018

Assalammualaikum w.b.t

Senyum ke telinga jer ni sebab rasa satu kejayaan dapat buat lepat labu. HAHAHAH~~~ Korang sure expert dah kan buat pelbagai lepat. Omak ni first time buat yang from scratch A - Z. Kalau balik kampung tuh..tolong juga lah mak saya buat. Tapi selalunya sebab mak buat dah half way. Nanti tetiba jer tengok ..eh! dah sampai stage lipat daun ! How fast~

Alasan kan? walhal dok tidor dalalm bilik😂

Ni sebab teringin punya pasal and nak cari lepat labu time gini area tempat tinggalku memang dalam mimpi lah kot. Sudahnya, bergigih google resepi sana sini. Paling tak suka kan bila time nak cepat lepas tuh kena ingat sukatan  setiap bahan tuh. Nak buat lepat jer pun.

Seperti contoh : 1 biji labu , 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung pulut.

Chill ok?

Sebab dalam fikiran ni..how big or small the labu?

Bila dah sampai kedai runcit yang dekat dengan rumah ni rasa nak menangis sujud syukur sebab tinggal satu jer labu kecik comel lotey. HAHAH! warna kulitnya pun dah warna kuning. PERFECT~

Lepas tuh cari daun pisang , tade la pulak. Maka terus gigih mencari ke kedai yang lain. Nasib baik ada jual.

Resepi yang saya nak share ni memang bahannya main agak-agak jer ok? Ceh! rasa macam sama level ngan mak saya kat kampung tuh.

Ko agak-agak ajerla.

Nangis!

Ni kira level otai berbisa tau uols.  HAHAHA~

Terhegeh-hegeh bila nak lipat daun pisang tuh after isi inti kelapa atas adunan lepat labu . First timer lah katakan.

Resepi lepat labu ini saya adjust ikut resepi-resepi yang ada kat internet ni. Sebab ada yang letak tepung beras, ada yang letak tepung pulut, ada yang letak santan.

Ini resepinya :

Bahan-Bahan Untuk Membuat Lepat Labu

1) Labu kuning - saiz ikut suka korang lah. Sebab kadang itu jer saiz yang tinggal kan. ( membantu tak ? ) HAHAH! Chill ok! akak gurau jer.

Kena kupas kulit dia tuh. Then, korek segala biji and urat rerambut yang kat dalam tengah tuh ok? Biji benih tu kalau korang power, sila keringkan dan tanam. Kot-kot nanti meriah tumbuh subur..boleh jadi tokeh lepat labu yang tersohor!
2) Tepung Gandum - 1 hingga 1 cawan setengah
3) Tepung Pulut - 4 hingga 5 sdb
4) Gula - 4 sdb
5) Pati Santan - 5 sdb
6) Kelapa parut untuk dijadikan inti digaul dengan garam
7) Daun pisang yang dilayur atas api

Sebenarnya, tu main agak-agak jer. Sebab kena depends on saiz buah labu tuh. Yang pasti tips paling penting. Adunan nanti jangan buat cair sangat tau. Buat macam cekodok tuh.

Potong kiub labu dan bersihkan. Lepas tuh rebus sehingga labu menjadi lembut.

Tunggu sejuk sekejap. Kemudian, lenyek labu sehingga hancur. Masukkan tepung gandum . Start dengan setengah cawan dulu. Then, masukkan tepung pulut. Gula dan akhir sekali pati santan.

Gaul sebati adunan. Kalau tengok adunan masih cair sila tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
Sentiasa lebihkan tepung gandum dari tepung pulut.

Bila dah puas hati dengan adunan lepat tuh. Bersihkan daun pisang dan layur atas api gas. Jangan sampai terbako sudah. Korang buat dengan berhati-hati dan lemah gemalai ok?

Step seterusnya. Kerat lah daun pisang tuh ikut saiz yang sesuai. Sudukan adunan bancuhan lepat tadi ke atas daun tersebut. Selepas itu, taburkan kelapa parut yang sudah digaulkan dengan garam.

Kalau suka inti kelapa banyak...bolehlah tabur sesuka hati. Ikut selera tekak masing-masing.
Lepas dah siap semua nya. Susun dalam pengukus. Dan kukus selama 30 - 40 minit.

 Hasil lepat labu ku yang pertama! Yeayyyy~~~~
Kot-kot nanti kena dok oversea lagi, bolehlah dengan yakin buat lepat labu lagi. Okey..berangan jap. HAHAHA~
Alhamdulillah..dapatlah juga bagi kawan-kawan PSG semalam merasa.

That's All and thank you for reading.

You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnyaa kak Nany! Nenek Nani selalu jugak buat lepat ni kalau balik kampung. Heheh.

    ReplyDelete
  2. waaaa... mudah jgk nk bt rupanya... cuma rajin ngn mls je kan penentunya ehehehe (itu diriku)

    msti semerbak harum baunya tuh kn

    ReplyDelete
  3. lovely.
    aida x pernah buat lepat labu.
    lepat pisang pernah la sekali dua hi hi hi...
    simple resepi ni. boleh try in shaa Allah...

    bab jadik tokey lebat labu tu = ohsem! hi hi hi...

    ReplyDelete
  4. Tak pandai buat.. Sha kalau pisang makan lagi.. Labu ini tak boleh nak masuk..

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.