Resepi Salad Dressing Do It Yourself!

By Sunday, January 19, 2020

Assalammualaikum w.b.t

Rupanya tidak lah susah mana untuk menghasilkan salad dressing sendiri. Bahan-bahan pun mudah jer nak cari. Resepi ini saya dapat dari seorang sahabat , thank you so much Lia! Sedap sangat and lepas ni tak payah dah nak beli di luar. Sihat pun sihat sebab bahan-bahan nya semua rendah kalori.


Jom kita semak resepi untuk membuat salad dressing D.I.Y

Bahan-bahan :

1) Greek Yoghurt - Sebab rendah kalori sesuai sangat lah untuk mereka yang betul-betul jaga kesihatan ataupun nak turunkan berat badan. Korang kena cari yang plain and check dulu nutrition facts label ya~ Make sure cari yang tak ada langsung kandungan gula. Jangan tersilap beli pula. Heheh... ( 200 - 250 gram )

2) Lemon juice atau apple cider vinegar ataupun pakai cuka biasa pun boleh jer. Saya guna lemon juice - 2 tbsp

3) Extra virgin olive oil - 2 tbsp ( apa-apa brand pun boleh )

4) Bawang putih - 2 ulas and sila cincang halus-halus ya.Kalau nak senang, boleh jer ditumbuk halus menggunakan lesung batu.

5) Black pepper - 1/2 tsp

6) Madu - 2tbsp

7) Garam - 1/2 tsp

8 ) Dried herbs - thyme, rosemary, basil, oregano, parsley ( Tapi saya guna 3 bahan jer, sebab itu jer yang ada ) - sukatan setiap satu bahan adalah 1/2 tsp.

Cara-cara untuk menghasilkan salad dressing :


Masukkan 200 - 250 gram greek yoghurt ke dalam botol kaca ataupun bekas yang bersesuaian. Selepas itu, tuangkan EVOO ( Extra virgin olive oil ) dan lemon. Kacau-kacau dan rasa dahulu. Kalau rasa kurang masam, then tambahlah lagi lemon. Kalau rasa dah OK, boleh masukkan semua bahan-bahan yang lain. Lepas tuh korang kacau lah yoghurt tadi sehingga semuanya tergaul sebati. Siap untuk dinikmati.

Boleh dimakan dengan salad buat pencicah. Sebenarnya, nak cari pengganti mayonnaise. Nanti korang boleh lah cuba ya~ senang jer pun!


p/s : Sedap betul baby spinach ni tau! saya suka makan raw macam tu jer ataupun saya saute and letak salt with pepper. Malangnya, selalu juga out of stock.

Thank you for reading guys!

Have a nice day~

You Might Also Like

1 comments

  1. sebelum ni dana biasa pakai mayonis kewpie tu, atau buat guna olive oil dan lemon je... tpi tengok akak buat ni teringin lak nk cuba yang pakai yogurt nih

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.