Kedai online barangan kering dan basah sepanjang tempoh PKP penghantaran di sekitar Bandar Kinrara

By Thursday, April 16, 2020

Assalammualaikum w.b.t

Sepanjang temppoh PKP ini, banyak masa yang kami habiskan di rumah. Pernah 2 - 3 saya keluar untuk mencari barang-barang keperluan harian rumah.

Sebenarnya, saya memang suka membeli di kedai berbanding atas talian. Puas hati dapat belek-belek, pegang dan sentuh. Senang kata, boleh la gunakan segala deria yang ada. Hahah~

Tetapi, dah kena perintah berkurung ni, jadi saya pun kenalah mencuba beberapa kedai di atas talian yang menjual hidupan laut dan darat seperti udang, ikan, sotong, ayam dan lembu.Begitu juga dengan bahan-bahan asas kering seperti tepung, garam , gula, rempah dan telur.

Kebanyakan kedai-kedai ini, saya dapat tahu daripada kawan-kawan yang berkongsi di group whatsapp dan ada yang personal hantar mesej kepada saya. Thanks kawan-kawan. You know who you are!  Ada yang pernah mencuba perkhidmatan mereka ada yang belum pernah. Tetapi, saya periksa juga di FB / IG mereka. Baca feedback para pelanggan yang pernah mencuba perkhidmatan mereka.

Jom kita lihat kedai-kedai online yang pernah saya cuba ya!

1) The good prawn - Ada FB dan ada IG

Antara yang terbaik so far. Saya suka sebab produk mereka kesemuanya segar. Ikan dan ayam sudah siap disiang , dipotong dan dibersihkan. Mereka ambil masa juga dalam 3- 4 hari untuk memproses pembelian. Ada ketika, mereka terpaksa menutup kedai sebentar kerana permintaan yang agak tinggi sepanjang tempoh PKP ini. Tetapi, usah risau kerana apa yang perlu anda lakukan adalah  selalulah menjengah IG mereka untuk mendapatkan info terkini.

Ayam Delima Organik ini sudah habis stok. Saya cuba order untuk kali ke-dua tapi dah habis.
Cencaru pun dah siap disiang. Boleh request kalau nak minta mereka belah belakang ikan tuh. Ada borang yang kena isi.
Daging tuh pun dah siap dipotong tau.
 2) Deli Fresh - Tiada Socmed. Berhubung secara whatsApp. ( +60 11-6976 2972 ) Ikan-ikan juga akan disiang, dibersihkan dan dipotong mengikut kehendak masing-masing.

Selain ikan-ikanan, saya juga beli tulang, daging lembu dan ayam. Tulang tuh saya masak sup, daging pula saya buat blackpepper. Sedap ..Alhamdulillah...

3) Ayam Aji - Mempunyai FB.
Saya telah membeli 3 ekor ayam kampung. Tetapi, agaknya mereka tersilap pilih atau bagaimana, ada seekor dapat ayam pencen. Itupun saya tersedar selepas ayam tersebut dimasak rendang. Liat sungguh! dah masuk dalam pressure cooker.barulah lembut dan sangat sedap. Hehehe...

Pada awalnya, ayam yang itu sahaja berbau agak luar biasa. Dan memandangkan saya terlupa nak pesan supaya ayam-ayam tersebut dicuci dan dipotong akibatya ,saya ambil masa yang agak lama untuk kerja pemotongan dan pembersihan ayam-ayam tersebut. Ditambah lagi dengan ayam yang seekor itu agak berbau. Saya pun hairan juga kenapa la berbau begitu. Nak kata busuk, dagingnya masih OK.

Hurmmmmm...

Kesat peluh tau mengerjakan ayam-ayam ini. HAHAH~~Yang ti tengah tu la ayam pencen. Pelik juga saiz nya luar biasa dari yang lagi 2 ekor tuh.
Resit sebagai rujukan di masa hadapan
4) Alun Entreprise - Tiada Socmed. Hanya berhubung secara WhatsApp.

Personal shopper yang didatangi khas dari Pasar Borong Seri Kembangan tu ha. Senang hidup tak perlu drive, beratur, balik kena mandi bersabun bagai. Order jer melalui WhatsApp esok lusa, InshaALLAH barang sampai.


Hasil membeli-belah menggunakan WhatsApp

5) Susu Farm Fresh - 019-6649966 ( https://bapaksusu.com/dealers )   ( https://hydrococo.com.my )

Siapa penggemar susu segar Farm Fresh boleh lah beli atas talian melalui no. yang saya berikan di atas. Penghantaraan dibuat sehingga ke rumah.  Susu UHT 1 liter ini berharga RM7 sekotak. Delivery charge RM8. Kemungkinan mengikut kawasan.

So far lima kedai ini saya dah jumpa. Makanya nanti, kita ulang-ulang balik la ya kalau bahan-bahan tersebut kehabisan stok di dapur.

That's All and Thank you for reading.

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.