Resepi Kek Labu Sedap

By Friday, April 24, 2020 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Setelah hampir dua minggu buah labu yang dibeli itu berada di dalam peti ais , kini tibalah masanya buah labu tersebut bertukar menjadi 'sesuatu' yang enak untuk dinikmati.


Nak buat sayur labu masak lemak kita dah selalu buat. Jadi, terhasil lah kek labu yang lembut dan sedap. Sebelumnya terfikir nak dijadikan bingka, tetapi memandangankan bijan yang untuk ditabur-tabur itu tiada di rumah ini dan anak-anak juga bukanlah peminat kuih bingka. Jadi buat kek sahajalah senang!

Saya guna kan resepi dari hasil carian di internet. Resepi asal adalah dari Che Mat Gebu - Dapur Tanpa Sempadan

Saya sediakan dahulu bahan-bahan yang diperlukan, kemudian anak-anak tolong la campurkan adunan dan paling penting tolong makan. 😂

Oh yer, Ada sedikit bau 'hanyir' pada permulaan selepas kek ini masak.Di mana saya rasa bau itu datang dari telur yang digunakan. Tetapi, pelik juga sebab saya dah letak vanilla essence dalam tuh.

Namun selepas beberapa hari, bau yang tidak sedap itu sudah hilang dan digantikan dengan bau kek yang harum.

Selain itu, saya rasa penggunaan gula sebanyak 1 cawan 1/2 itu sangat manis. Resepi asalnya begitu, namu saya kurangkan menjadi 1 cawan 3/4 gula. Juga masih manis. Mungkin boleh gunakan hanya 1 cawan sahaja selepas ini. Kepada yang memang sukakan kemanisan, tiada masalah. Boleh jer gunakan resepi asal. Hehehe..

Bahan-bahan Kek Labu Sedap & Lembut ( A)  :

3 biji telur gred A ( saya guna gred B kot sebab macam kecil sikit )
1 cawan butter yang dicairkan ( saya guna unslated butter brand Anchor )
1 - 1/2 cawan gula halus ( saya guna 1 -3/4 cawan )
450 gram - labu yang siap dibersihkan dan dibuang kulit - sila potong kiub dan kukus sehingga lembut.

Bahan-bahan yang digaul dan diayak bersama ( B) :

2 - 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh baking powder
1- 1/2 camca besar susu tepung ( saya gunakan brand Fernleaf )

Cara membuatnya :

Lapik loyang yang akan diguakan dengan kertas baking
Panaskan oven pada suhu 180-200 degree celcius
Lenyekkan buah labu yang sudah dikukus
Campurkan bahan-bahan A di dalam bekas dah kacau rata
Saya gunakan blender sebab nak bagi labu tu hancur dengan sekata. Ala-ala nak buat kek pisang guna blender.
Masukkan bahan-bahan B ke dalam A
Kacau dan kaup balik adunan sehingga sebati
Tuangkan adunan tersebut ke dalam bekas loyang yang sudah disediakan.
Bakar dengan api atas bawah selama 45 minit ataupun sehingga masak.
Siap!




Silakan untuk sesiapa yang ingin mencuba kek labu sedap dan lembut ini. Kalau lebih faham, sila tonton video tutorial anak-anak saya membuat Kek Labu Sedap & Lembut.

That's All and Thank you For reading!


You Might Also Like

2 comments

  1. Seronoknyaaaaa. Kecik2 lagi dah belajar buat kek hehe.
    Saya suka la tengok aktiviti anak-anak akak ni.

    ReplyDelete
  2. selalu rasa masakan air tgn ibu kan, kdg nk juga mkn air tgn anak..hehe..cikguzim follow sini

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.