Resepi Puding Karamel Tanpa Telur. InshaALLAH dijamin sedap menjilat sudu~
Assalammualaikum
Resepi ini saya jumpa di carian internet semasa bulan puasa yang lalu. Saya cuba mengurangkan penggunaan telur kerana telur di waktu itu sangat penting untuk dibuat lauk ketika bersahu.
Dengan telur, saya boleh menghasilkan resepi telur dadar dan sup telur yang digemari oleh anak-anak. Senang cerita seisi keluarga lah kan!
Kehabisan telur boleh menjadi suatu kebimbangan buat saya kerana malas untuk ke kedai di musim PKP ini.
Maaf,
Kerana permulaan yang agak panjang. Jom, kita semak bahan-bahan dan cara-cara untuk membuatnya.
Bahan-Bahan A
Untuk dijadikan karamel :
1/4 cawan gula
3 sudu besar air
Bahan-Bahan B
10 gram agar-agar - saya guna agar-agar tali.
4 cawan air
3 sb tepung kastad
setengah tin susu pekat manis
1 tin susu sejat - jenama apa pun boleh
1 sudu besar esen vanilla
Langkah penyediaan :
Karamel
Pertama sekali adalah dengan memasak karamel di atas loyang yang bersaiz 8 inci. Saya menggunakan loyang bulat. Masak sehingga warna gula tersebut bertukar menjadi keperang-perangan. Jangan sampai hangit yer kawan-kawan kerana ianya akan menghasilkan rasa yang pahit sehingga kan nanti anda sendiri tertanya-tanya. Adakah ini karamel ataupun panadol biji? 😂😂
Kalau rasa bosan untuk tunggu lama-lama boleh cuba buat seperti saya. Awalnya, saya gunakan api yang sederhana dan apabila sudah ada bibit-bibit keperangan pada gula tersebut, pantas saya perlahankan api dan gunakan penyepit pasta atau apa sahaja alatan yang anda rasa sesuai untuk pastikan karamel bergerak ke sana ke sini ke kiri dan kanan.
Biarkan ianya di suhu bilik.
Puding
Sementara itu, mari kita masak puding nya pula. Mudah sahaja ya caranya iaitu dengan memasukkan kesemua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk yang bersesuaian. Masak sehingga kesemua bahan-bahan tersebut hancur dan larut bersama.
Kemudian, tapis dan tuangkan ke dalam bekas loyang yang ada karamel tadi. Biarkan dahulu pada suhu bilik sehingga suam.
Selepas itu boleh lah dimasukkan di dalam peti sejuk. Biarkan selama lebih kurang 4 - 5 jam. Sebenarnya , lagi lama lagi baik.
Untuk menghidang, gunakan pinggan atau bekas yang sesuai. Pastikan pinggan atau bekas tersebut tidak rata 100% kerana takut lelehan karamel akan terkeluar. Cari yang melengkung supaya ada penahan agar cecair karamel tetap teguh mempertahankan cinta nya dengan si puding ya. 😆
Pinggan ini bersaiz 9 inci. |
Itu sahaja untuk kali ini. Selamat mencuba semua ya~
3 comments
Terserlah kesedapannya
ReplyDeleteDah buat aritu cantik kejjadiannya.
ReplyDeleteSedapnyaa nampak. Okay next time boleh try guna resipi kak Nany ni sebab Nani pun tak berapa gemar puding karamel yang letak telur tu.
ReplyDeleteTerima kasih di atas segala komen dan sokongan.