Resepi kek marjerin ala-ala kek minyak.

By Sunday, June 28, 2020 , ,

Assalammualaikum w.b.t

Saya berfikir apakah tajuk yang sesuai untuk entri masakan kali ini. Kek yang baru saya hasilkan semalam rasanya lain dari kek butter yang selalu saya buat. Kemungkinan adalah disebabkan bahan utama kek ini adalah marjerin. Selama ini, kek-kek yang saya buat memang kesemuanya menggunakan butter.


Jadi, tekstur kek ini memang agak berminyak dan lebih lembap. Sedap! ya~~~ mengimbas memori kek yang pernah saya makan ketika kecil di kampung. Agak bosan juga dengan kek yang diperbuat dari butter. Sesekali kita tukar 'rasa' apa salah nya kan?


Anak-anak dan suami pun suka juga kek ini rupanya. InshaALLAH, ada masa dan umur panjang boleh lah saya ulang lagi buat kek menggunakan resepi marjerin.

Resepi asal adalah dari blog Azlita masam manis.Seperti  biasa, saya kurangkan penggunaan gula dan disebabkan marjerin yang saya beli berat bersihnya adalah 240 gram, jadi saya terpaksa tambah 60gram butter.

Resepi asal adalah seperti di bawah :

Bahan A :

250 gram tepung gandum  - saya guna brand baker choice
1 tsp baking power

Campurkan kedua-duanya dan selepas itu diayak bersama.

Bahan B :

150 gram gula kastor - saya kurangkan menjadi 140gram
100 gram gula aising - saya kurangkan menjadi 90 gram
250 gram marjerin - saya guna 240 gram brand Planta
50 gram butter - saya guna 60 gram brand Anchor unsalted

Bahan C :


250 gram telur - saya pecahkan dalam 4 - 5 biji. Telur tearkhir terpaksa saya timbang pecahkan di dalam mangkuk lain dan godak-godakkan seperti mahu membuat telur dadar.
1/4 sudu teh esen vanila - saya guna dalam 1/2 sudu teh

Langkah-langkah membuat kek :

1) Pukul bahan C sehingga warna marjerin bertukar menjadi putih / pucat. Memang agak lama, saya menggunakan mixer auto, jadi lebih mudah sebab boleh tinggalkan sahaja. Cuma ada masa saya 'scrap off' tepi keliling bekas mixer itu supaya ianya dipukul sebati.

2) Masukkan telur satu persatu. Saya biarkan setiap satu telur diaduk di dalam mixer dalam 30 saat - 1 minit.

3) Masukkan esen vanilla

4) Masukkan bahan-bahan A sedikit demi sedikt. Aduk dengan kelajuan perlahan / sederhana. Pastikan semuaya bercampur dengan sebati.

5) Agihkan adunan kek mengikut perisa dan warna kesukaan. Lapik loyang dengan 'baking paper'. Ataupun sapukan keliling dengan butter.

6) Panaskan oven. Waktu yang sesuai untuk memanaskan oven adalah bergantung kepada jenis oven masing-masing. Oven saya mungkin masih baru, jadi sekejap sahaja sudah panas.

7) Tuangkan ke dalam bekas loyang yang sesuai. Saya gunakan 2 bekas loyang bulat berdiameter 6 " dengan ketinggian 3".Tuang adunan berselang-seli dan pastikan adunan hanya penuh sehingga 3/4 ketinggian loyang.

8) Bakar pada suhu 170 darjah celcius dalam 40 minit. Suhu juga bergantung kepada oven masing-masing. Fahami dan pelajari oven masing-masing ya!

9) Apabila sudah masak, biarkan dahulu di atas lerai dan tunggu sehingga sejuk. 

10) Akhir sekali, boleh lah dipotong dan dinikmati bersama teh 'o' panas. Emmmm..sedap sangat!




  
Selamat mencuba semua!


You Might Also Like

3 comments

  1. aduhai kak sedapnya... dana suka kek planta gini, simple tapi sedap

    ReplyDelete
  2. kek macam ni lagi layannnnnn.. x minat yang krim2 sngt
    but choc is sooookay =)

    ReplyDelete
  3. Sedapnye ngah, meh hantar jenjarom :)

    ReplyDelete

Terima kasih di atas segala komen dan sokongan.